Bajau dan kumpulan yang
sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun
dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah
dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai
barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah
sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau merupakan
penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan
tradisional pada masa dahulu. Di Sabah, mereka adalah nelayan yang tinggal di
daerah Ѕemporna sementara di daerah Kota Belud, Papar dan Tuaran mereka
adalah nelayan, pesawah dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau Кota
Вelud
pula digelar “Koboi Sabah” mini kerana Bajau sudah lama terkenal dengan
penunggang kuda dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama
juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga
mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut
dan Pelayar Terunggul.”
Orang Bajau boleh
dibahagikan kepada Orang Bajau Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan,
Tuaran, Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur
pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan,
Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
Bajau yang berasal daripada
daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai
'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang
kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang
Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu
kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud
amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan
cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.
Orang Bajau Pantai Вarat
adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur
khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian
tradisi, adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Masyarakat Bajau
Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala
masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan