Ahad, 24 Mac 2013

KEMATIAN,AKHIRAT DAN AKHIR ZAMAN

BAB 5 - BEZA KELUAR NYAWA ANTARA ISLAM DAN KAFIR.

Telah diriwayatkan oleh at Thabrani dan Abu Naaim dari al Amasy dari Ibrahim dari Alqamah dari Abdullah bahawa Rasulullah telah bersabda " sesungguhnya nyawa orang Mukmin itu keluar dengan melompat sedangkan nyawa orang Kafir itu dicabut dengan keras seperti manarek keldai (yang tak mahu bergerak) ". Seorang mukmin yang pernah membuat dosa akan merasa kesakitan dan keperitan semasa dia dicabut nyawanya (shakaratulmaut), maka dosanya akan terampun. Jika orang kafir yang pernah melakukan kebajikan (kebaikkan) lalu ia akan beroleh sedikit kemudahan disaat ia dicabut nyawanya. Ini adalah sebagai balasan Allah kepada setiap manusia yang menghadapi shakaratulmaut. Waallahua'alam.

BAB 6 - TANDA KENING BASAH PADA ORANG MUKMIN.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Buraidah bahawa Nabi saw telah bersabda " Seorang mukmin itu meninggal dunia dengan kening basah". Hadis yang sama juga telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi sebagai hadis hasan. Kemudian dari riwayat Abu Abdullah at Tarmidzi al Hakim didalam kitabnya 'Nawardir al Ushul' dari Salman al Farsi yang mengatakan, ia pernah mendengar Rasulullah bersabda iaitu "Perhatikan 3 pekara kepada orang yang akan meninggal dunia. Jika keningnya basah, sepasang mata (kelopak mata) berpeluh dan hidungnya mengembang, ia adalah petanda rahmat dari Allah diturunkan kepadanya. Jika ia terpejam seperti gadis yang dicekik, kulitnya berwarna kehitaman dan dikedua sudut mulutnya berbuih, maka ia petanda azab dari Allah swt yang diturunkan kepadanya ". Menurut dia lagi, pada saat hendak meninggal dunia, sisa-sisa dosa orang mukmin itu akan diseksa atau dicuci hingga mengakibatkan keningnya basah. Ulama lain berpendapat kening yang basah adalah akibat dari perasaan malu kepada Allah kerana pernah melangar laranganNya. Apabila didalam keadaan tubuhnya dibahagian bawah telah mati sedangkan yang mampu bergerak hanyalah dibahagian atas sahaja, maka "letak" rasa malu hanyalah pada sepasang matanya sahaja. Pekara seumpama ini tidak nampak pada orang-orang kafir atau orang Islam yang sedang sebuk diazab. Oleh itu peluh yang keluar membasahi kening orang mukmin adalah petunjuk ia sedang merasa malu kepada Allah swt diatas kesilapannya. Ketiga-tiga rahmat Allah yang dinyatakan didalam hadis diatas tadi, boleh dilihat kesemuanya secara serentak, atau satu persatu atau hanya dua tanda saja atau satu tanda sahaja. Semua tanda itu adalah menurut tangga keimanan dan ketakwaan masing-masing. Didalam riwayat Baihaqi dan at Tarmidzi disebutkan dari Abdullah bin Mas'ud iaitu " Kematian seorang mukmin ditandakan dengan kening yang basah. Dosa- dosa yang tertinggal akan dicuci dan diseksa semasa meninggal dunia."


BAB 7 - ADAB MASUK KAWASAN KUBURAN DAN MASAALAH MENANGIS.

Telah diriwayatkan oleh Abu Daud dari Buraidah bin Khashib bahawa Rasullah saw bersabda "Aku pernah melarang kamu semua dari menziarahi kuburan. Sekarang berziarah kuburlah kamu semua kerana didalam ziarah itu terdapat peringatan". Diriwayatkan oleh an Nasai' dari Buraidah bahawa Nabi telah bersabda " Barangsiapa yang ingin menziarah kubur, dipersilakan tetapi jangan berkata jahat (perkataan-perkataan yang tidak baik)." Telah diriwayatkan oleh Abu Umar dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw telah bersabda " Setiap orang yang melawat kubur sahabat sesama Islam dan dikenalinya kemudian mengucapkan salam maka akan dijawab oleh penghuni kubur akan ucapan salamnya itu". Tetapi didalam sebuah hadis daaif yang telah diriwayatkan oleh Baihaqi dan ad Dailami bahawa ia berkata " Sekalipun kamu tidak mengenali mereka dan tetap mengucapkan salam kepadanya, nescaya akan dijawab juga salam itu ". Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Saidatina Aisyah ra dikatakan pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang ayat yang perlu dibaca ketika memasuki tanah kuburan. Rasulullah menjawab "Ucapkanlah, semoga keselamatan sentiasa dilimpahkan kepada para penghuni kuburan ini yang terdiri dari orang-orang yang beriman dan orang-orang muslim. Semoga Allah mengasihi orang-orang terdahulu dan orang-orang dibelakang antara kami, Insyaallah kami akan bergabung dengan kamu semua". Kemudian disebut didalam Shahih Bukhari dan Muslim bahawa pada suatu hari Nabi saw mendapati seorang wanita sedang menangis disebuah kuburan ahli keluarganya lalu Baginda bersabda kepadanya "Bertawakallah kepada Allah dan bersabarlah".

KETERANGAN:
Daripada hadis-hadis diatas tadi, dapatlah kita mengatahui beberapa pengertian yang agung berkenaan hukum sunat bagi menziarahi kubur untuk semua kaum baik lelaki mahupun wanita. Kemudian adalah sunat memberi salam kepada mayat-mayat dikuburan dan salam itu pastinya akan dijawab oleh mereka. Kemudian tiada larangan untuk kaum wanita menziarahi kubur dan menangis. Seandainya telah terdapat larangan seumpama itu, pastinya Nabi saw akan bersabda untuk melarang perbuatan itu, justru riwayat yang mengatakan kaum wanita dilarang menziarahi kuburan itu adalah tidak shahih. Yang shahih adalah Rasulullah saw tidak melarang kaum wanita dari menziarahi kubur dan mereka juga boleh menangis (tidak hingga meraung) cuma mereka mesti mematuhi hukum-hukum syarak seperti mesti menutup aurat, tidak boleh bercampur gaul dengan lelaki yang bukan muhrim, tidak dibenarkan bercakap pekara-pekara yang tidak baik, tidak dibenarkan berkelakuan tidak sopan, tidak boleh berpakaian menjolok mata dan lain-lain lagi. Kemudian tiada beza diantara kaum wanita dewasa atau remaja. Jika ada perbezaannya , sudah tentu Rasullah akan bersabda tentangnya. Kaum wanita boleh saja menangis dikuburan sama saja seperti menangis sewaktu ahli keluarga mereka baru meninggal dunia. Hanya perbezaan budaya sahaja yang berlainan. Jika masyarakat Arab, mereka akan menangis sambil meraung-raung, meratap dan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi dan dada mereka, mengoyak-goyak baju terutama dibahagian poketnya, mengambil pasir dan disiram dikepala mereka sambil menghentak-hentak kaki dan ada juga hingga baring ditanah berguling-guling , menghempas-hempas diri dan mencakar-cakar tanag sambil menangis. Begitulah dasyatnya mereka meratapi kematian ahli keluarga mereka, tidak seperti masyarakat Melayu yang lebih sopan. Berdasarkan Ijma Ulama-ulama ASWJ pekara meraung seumpama masyarakat Arab itu adalah ditegah dan adalah haram hukumnya didalam syarak. Terdapat satu larangan dan ancaman dari sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim yang menyatakan bahawa Nabi saw telah bersebda "Aku bebas tanggungjawab daripada wanita-wanita yang mencukur rambutnya, yang meratap dan mengoyak-goyak bajunya sendiri ". Ada pun menangis biasa akibat perasaan sedih, atau kasihan dan bersifat manusia biasa adalah tidak ditegah kerana Rasulullah juga turut menangis ketika kematian putranya yang bernama Ibrahim. Saidina Omar al Khathab juga tidak melarang kaum wanita menangis ketika kematian Abu Salman. Kesimpulannya, menangis kerana kematian adalah dibenarkan cuma jangan melampaui batas.


BAB 8 - KEMATIAN DIDAHULUI DENGAN SHAKARATULMAUT.

Didalam al Quran terdapat 4 buah ayat dimana Allah berfirman menjelaskan keseksaan semasa berhadapan dengan maut.Pertama didalam surah Qaf ayat 19 yang mafhumnya ;
"... dan datanglah shakaratulmaut dengan sebenar -benarnya ".
Kedua didalam surah al Waqi'ah ayat 83 yang mafhumnyua ;
"Mengapa tidak kamu kembalikan roh bila ia telah sampai dikerongkong (shakaratulmaut)".
Ketiga didalam surah al An'aam ayat 93 yang mafhumnya ;
"Alangkah dahsyat sekiranya kamu dapat melihat diwaktu orang-orang zalim (kaya dan sombong) didalam tekanan-tekanan shakaratulmaut ".
Keempat didalam surah Kiamah ayat 26 yang mafhumnya ;
"Tidak sekali-kali, apabila nafas (roh) telah sampai kekerongkong".
Telah diceritakan tatakala Rasulullah menghadapi shakaratulmaut oleh sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ra bahawa Rasulullah memandang sebuah bejana (bekas) air untuk minum yang dibuat dari kulit. Baginda memasukkan tangan kedalam bejana itu dan mencedok sedikit air dan disapu pada mukanya lalu bersabda " Tiada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya kematian itu didahului dengan tekanan-tekanan shakaratulmaut". Kemudian Baginda mengangkat kedua tangannya lalu bersabda "Bertemu Allah yang Mahatinggi" sampai Baginda wafat dan kedua tangannya pun jatuh terkulai.
Telah diriwayatkan oleh at Tarmidzi bahawa Aisyah ra berkata "Aku tidak merasa irihati kepada seseorang yang mengalami kematian dengan mudah setelah aku melihat dahsyatnya kematian Rasulullah". Kemudian dari sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Aisyah ra berkata "Rasulullah wafat didalam pelukkanku".
Diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah dalam Musnadnya (kitab tulisannya), dari Jabir bin Abdullah bahawa Nabi saw bersabda "Bolehlah bercerita tentang Bani Israel dan tiada dosa kerananya, pada mereka terjadi cerita yang pelik dan menakjubkan ". Kemudian Baginda mula bercerita kepada kami "Beberapa orang dari Bani Israel sedang pergi kesebuah kuburan. Mereka berkata, 'seandainya kita melakukan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah, nescaya akan muncul kepada kita salah seorang penghuni kubur ini yang boleh menceritakan kepada kita tentang kematian". Setelah solat dua rakaat dan berdoa, tiba-tiba muncul dihadapan mereka seorang lelaki yang berkepala putih berkulit hitam legam dan pada sepasang matanya terdapat kesan sujud. Lelaki itu berkata "Apa yang kamu berdua mahukan daripada ku ?. Aku sudah meninggal sejak seratus tahun yang lalu, tetapi sampai sekarang tetap aku merasakan panasnya kematian. Oleh itu tolong doakan kehadrat Allah supaya diperkenankan aku mendapat keadaan asal ku dulu ".
Kemudian didalam sebuah hadis maudhu yang telah diriwayatkan oleh Abu Hadiyah @ Ibrahim bin Hadiyah dari Anas bin Malik bahawa Nabi telah bersabda " Sesungguhnya seseorang hamba pasti akan mengalami bencana maut dan tekanan-tekanan shakaratulmaut. Setiap sendi-sendi akan mengucapkan salam perpisahaan hingga bertemu lagi menuju hari kiamat ".
Telah diceritakan didalam kitab ar Ri'ayat pada mukasurat 140 hingga 141, karangan Imam al Muhasabi katanya, sesungguhnya Allah swt telah bertanya kepada Nabi Ibrahim as "wahai kekesihKu, bagaimana kamu rasakan kematian mu ?. Nabi Ibrahin as menjawab "Seperti sebatang besi yang panas yang dilekatkan pada kapas yang basah kemudian ditarik ". Allah swt berfirman "Kami akan membantu meringankan kamu, Ibrahim". Kemudian diceritakan pula ketika roh Nabi Musa as sampai kehadrat Allah swt, maka ia ditanya "Wahai Musa, bagaimana kamu merasakan kematian mu ?. Nabi Musa as menjawab " Aku dapati diriku seperti seekor burung merpati yang dipanggang hidup-hidup diatas alat pemanggang tampa boleh mati dan tidak boleh terbang". Didalam riwayat yang lain Nabi Musa as menjawab "Aku dapati diriku seperti seekor kambing yang dilapah hidup-hidup oleh seorang pelapah daging". Sedang riwayat menceritakan berkenaan Nabi Allah Isa bin Maryam as mengingatkan "Wahai para sahabat karibku, berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan memberikan kemudahan shakaratulmaut kepada kamu semua ". Manakala ada juga menceritakan bahawa kematian itu lebih dahsyat daripada dipancung dengan pedang, dipotong dengan gergaji atau di kacip dengan gunting, wallahua'lam.
Telah diriwayatkan oleh al Hafizh Abu Nu'aim dalam kitabnya "al Hilyat", dari Makhul dari Wa'ilah ibnu Asfa' bahawa Nabi saw bersabda "Demi Allah yang jiwaku berada didalam genggamanNya, pandangan mata malaikat maut itu lebih menyakitkan daripada seribu kali pancungan pedang". Sambungan hadis ini akan dituliskan dilain bab. Disebut pula didalam hadis riwayat Humaid at Thawil dari Anas bin Malik bahawa Nabi saw bersabda "Sesungguhnya malaikat maut itu mengelilingi dan memagari seorang hamba yang akan meninggal dunia, jika tidak ia akan melambung kerana kuatnya tekanan shakaratulmaut, ke padang pasir atau ke gurun sahara". Satu riwayat yang dikatakan oleh al Qadhi Abu Bakar ibnu Arabi "Setelah seluruh makhluk mati lalu malaikat maut diperintah oleh Allah swt untuk mencabut nyawanya sendiri". Malaikat maut berkata "Demi Keperkasaan Engkau, seandainya aku tahu betapa sakitnya tekanan shakaratulmaut itu, nescaya aku tidak mahu mencabut nyawa seorang mukmin". dalam sebuah hadis dhaif yang diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dari Suhail Hausyab bahawa ia berkata "Rasulullah ditanya tentang dasyatnya kematian itu, Baginda menjawab 'Kematian yang paling ringan adalah seperti sebatang duri yang berada didalam kapas. Adakah mungkin untuk mencabut duri itu tanpa kapas yang melekat ?".
Dalam riwayat Ibnu Saad didalam kitab Thubaqat (26014), Syahr berkata "Ketika Amr ibnu Ash hendak meninggal dunia, putranya bertanya 'Wahai ayah, pernak kau berkata kepadaku ingin berjumpa dengan seorang yang alim sewaktu menjelang ajalnya bagi menceritakan apa yang ia rasakan. Ternyata orang itu ialah ayah sendiri. Maka sekarang tolong ceritakan kepadaku rasanya menjelang maut'. Amr ibnu Ash pun menjawab ' Wahai anakku, sesungguhnya waktu ini dadaku seperti berada diatas sebuah bangku, aku bernafas seolah-olah mengeluarkan jarum beracun. Ku rasakan seperti ada sebatang duri yang ditarik dari hujung tapak kakiku hingga kehujung kepalaku". Kemudian dia bersyair...
"Kalau ku tahu akan pekara ini akan ku gembalakan kambing gurun dipuncak gunung".
Diriwayatkan oleh Abu Maisarah secara marfu bahawa ia berkata " Seandainya rasa sakit yang dialami oleh sehelai rambut dari seorang mayat diletakkan diatas penghuni langit dan bumi, nescaya mereka akan mati semua". Kemudian dia bersyair ;
"Akan ku ingat terus kematian tanpa kenal takut, kerana hatiku keras seperti seketul batu. Akan ku buru dunia, kerana aku merasa akan hidup kekal. mesti pun dibelakangku kematian terus mengekori jejak ku. Ketahuilah... kematian seharusnya cukup untuk menjadi pengajaran, dan ia telah ditentukan kepada sesiapa sahaja, menunggu disekeliling mu, tanpa kau boleh lari darinya ".
KETERANGAN :
Wahai saudara sekalian... telah tiba masa dan ketikanya untuk sedar dari lamunan mimpi, kepada sesiapa pun yang masih khayal sebelum kematian mencakup dirinya, sebelum geraknya terdiam, sebelum nafasnya terhenti sebelum dia berangkat kekuburnya, tempat tulang belulang akan hancur lebur.
Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa ia pernah berutus surat kepada sahabatnya yang berpesan seperti berikut ;
"Am'ma Ba'du... Aku berpesan kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah Yang Mahaagung. Berhati-hatilah kepada Nya. Jadikanlah takwa dan wara' sebagai bekal, kerana sesungguhnya kamu berada disebuah negeri yang bakal akan diterbalekkan bersama-sama penghuninya. Allah telah menyediakan Kiamat dengan segala huruhara. Allah akan minta pertanggungjawabkan semua yang kamu lakukan walau sekecil mana pun. Kamu semua adalah hamba Allah, oleh itu ingatlah akan kematian yang pasti tiba. Bacalah firman Allah ini :-
"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati" - surah Ali Imran ayat 185.
"Semua yang ada dibumi akan binasa" - surah ar Rahman ayat 26.
"Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat (maut) mencabut nyawa mereka dengan memukul muka dan punggung mereka ". - surah Muhammad ayat 27.
Aku dengar bahawa mereka dipukul dengan cemeti yang dibuat dari api Neraka. Allah berfirman yang mafhumnya ;
"Katakanlah, Malaikat maut yang diserahkan (tugas mencabut nyawa) untuk mu akan mematikan kamu, hanya kepada Tuhan tempat kamu kembali". -surah as Sajadah ayat 11.
Aku mendengar bahawa kepala malaikat maut itu berada dilangit, kedua kakinya berada dibumi. Seluruh dunia ini berada digenggaman malaikat maut, seperti sebuah pinggan yang berada di hadapanmu sewaktu hendak makan. Aku dengar pula bahawa malaikat maut itu memandang kewajah setiap manusia sebanyak 366 pandangan. Aku dengar malaikat maut itu memandang setiap rumah yang berada dibawah langit sebanyak 600 kali. Aku dengar malaikat maut itu berdiri ditengah-tengah dunia dan memandang keseluruh isi dunia ini baik didaratan, dilautan, digunung- ganang dihadapannya seperti sebiji telur yang berada didepan kaki kamu semua. Aku dengar malaikat maut mempunyai pembantu yang sangat banyak dan setia. Jika diperintahkannya untuk menelan langit dan bumi sekali gus pun akan dilakukannya. Aku dengar malaikat maut adalah malaikat yang paling ditakuti oleh seluruh malaikat seperti ketakutanmu kepada srigala. Aku dengar para malaikat pemikul A'rasy jika didekati oleh malaikat maut akan jatuh A'rasy berkeping-keping dilepaskan lari kerana ketakutan. Aku dengar malaikat maut itu mencabut nyawa bermula dari bawah kuku kakinya, uratnya, rambutnya dan bahagian angota-angota yang lain, lalu apabila roh melepasi setiap sendi sakitnya melebihi dipancung 1000 pedang. Aku dengar jika kesakitan yang ditanggung oleh sehalai rambut mayat itu diletakkan pada langit dan bumi, hancur leburlah seluruhnya.Aku dengar ketika malaikat maut mencabut nyawa orang mukmin akan memakai sutra putih dan memakai wangian yang sangat harum. Manakala apabila ia mencabut nyawa orang kafir, ia akan memakai jubah berwarna hitam dari Neraka yang baunya lebih busuk dari bangkai ".
Telah disebut didalam suatu riwayat, ketika ajal seorang mukmin telah dekat maka ia dihampiri 4 malaikat, satu mencabut nyawa dari bahagian kaki kanan, satu dari kaki kiri, satu dibahagian tangan kanan dan satu lagi dibahagian tangan kiri. Kemudian nyawanya dilepaskan begitu saja ketika mereka mencabut dibahagian kepala dan hujung jari-jari. Berbeza dengan orang kafir, ketika dicabut nyawa mereka seperti mencabut besi penyucuk yang panas dari segumpal kapas yang basah.
Dialam kitab 'Kasyfu Ulum al Akhirat' karangan Abu Hamid menyatakan, "Kerana itu bayangkan dirimu wahai orang yang tertipu, ketika kamu akan menghadapi sharakatulmaut yang mencengkam. Saat itu kamu tiada berdaya lagi. Aku melihat kamu terbaring lemas. Aku tahu kau mendengar perbualan orang-orang yang sedang menunggu mu, tetapi tidak kau hiraukan lagi. Anak perampuan mu menangis seperti tertawan oleh musuh, merengek sambil berkata "Ayah... sepeninggalanmu nanti bagaimana nasib ku sebagai anak yatim ?, Siapa yang akan memberi keperluanku ?, Sekali lagi kamu dengar rintihannya namun tiada daya kamu lagi untuk menjawab." Waktu itu kamu hanya menahan keperitan yang tak terhingga, hinggakan tidak hirau keadaan sekeliling mu lagi.
Seorang abadi bersyair ;
"Putri bungsuku pengosok-gosok pipinya didadaku pelahan-lahan sambil menangis dan menyeru, Ayah... aku tidak sanggup, bagaimana dengan nasib anak-anak yatim yang bakal kau tinggalkan ini. Kami seperti anak-anak burung yang kehilangan ibu". Bayangkanlah keadaan mu wahai manusia, setelah kamu diangkat dari pembaringanan mu untuk dimandikan, dikafankan kemudian dilepas keluar dari pintu rumahmu. Keluarga, sahabat, rakan dan taulan yang dekat menangisimu. Bagaimana dengan isteri dan anak-anakmu yang selepas itu tidak akan melihatmu selama-lamanya ???.
Seorang penyair berlagu ;
"Wahai orang yang tertipu, kenapa kamu masih bermain dengan sejuta harapan palsu. Ketika ajal kematianmu sudah sangat dekat ??? Seharusnya kamu tahu, rakus (tamak) adalah samudera luas yang menjauhkan bahtera dunia ketengah-tengahnya. Seharusnya kamu tahu, kematian pasti akan menengkapmu, rasanya amat menyakitkan, waktu itu kamu lihat dengan matamu sendiri, anak-anakmu akan menjadi yatim, isterimu akan menjanda, mereka meratap sedih sambil menampar-nampar diri sendiri. Setelah tubuhmu dibaluti kain kafan kemudian diusung dan ditimbusi tanah sedang mata mu terkacip rapat."
KETERANGAN:
Para Ulama nemgatakan "Kalau tekanan shakaratulmaut yang sangat dahsyat menimpa para Nabi dan orang-orang bertakwa, bagaimana dengan orang-orang awam yang selama hidupnya tidak ingatkan kematian serta tidak mahu menyiapkan dirinya ???". Firman Allah didalam surah Saad ayat 67 dan 68 yang mafhumnya ;
"Katakanlah, berita itu berita yang benar, Yang kamu berpaling daripadanya".
Menurut para Ulama lagi, pekara dahsyat kematian dan shakaratulmaut mengandungi dua pengajaran kepada manusia awam.
Pertama; supaya mereka mengatahui betapa sakitnya kematian dan ia sebenarnya bersifat tersangat rahsia sekali. Pada kelazimannya, yang dapat dilihat ketika seseorang yang akan meninggal dunia tiada gerakan dan tanda-tanda gelisah, seolah-olah ia melihat nyawanya keluar dengan mudah sehingga orang-orang awam beranggapan kematian itu satu pekara biasa dan lumrah sahaja. Namun apabila ada keterangan mengatakan bahawa Nabi Muhammad saw yang menjadi kekasih Allah sekalipun merasakan kesukaran dan keperitan dalam menghadapi shakaratulmaut, baharulah mereka semua tergamam, tersentak dan termenung mengenangkan nasib diri sendiri ? bagaimana ?. Keculi yang dirasakan oleh para syuhada yang terbunuh didalam peperangan dengan orang-orang kafir.
Kedua; Semantara ada yang bertanya, kenapakah para Nabi dan Rasul yang menjadi kekasih Allah sahaja yang dikenakan kesukaran menghadapi shakaratulmaut ??? Bukankah Allah sentiasa mendatangkan pertolongan kepada mereka seperti yang telah berlaku kepada Nabi Ibrahin as yang dinyatakan dalam firmanNya "Akan Kami permudahkan kematianmu " ??? Jawapan bagi soalan-soalan diatas ialah sebenarnya, Manusia yang paling berat menerima Ujian Allah didunia ini adalah Para Nabi-nabi dan Para Rasul-rasul. Sebagaimana sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Nabi saw ."Jika Allah mendatangkan cobaan kepada mereka, itu adalah untuk menyempurnakan keutamaan-keutamaan kepada mereka dimataNya dan untuk meninggikan darjat-darjat mereka disisiNya ".
Oleh iti bukanlah bermaksud mereka mesti diazab, atau semata-mata untuk menyeksa mereka. Sebaliknya jika Allah menghendaki mereka-mereka itu diakhirkan hidup mereka dengan cubaan-cubaan yang berat sudah tentu mereka semua redha, atau pun Allah boleh datangkan saja pertolongan kepada mereka untuk meringankan azab itu. Semua ini tidak terjadi, sebaliknya hanyalah dengan sebab Allah mahukan mereka mendapat Darjat dan Mertabat yang tinggi disisiNya dengan ganjaran pahla yang sangat besar disebabkan kematian yang sangat sukar itu. Allah lah Yang Mahaagung dan Mahamengatahui akan tahap kekuatan dan kesabaran seseorang makhlukNya.
Contohnya seperti Nabi Ibrahin as yang diberi cobaan dengan Api, atau Nabi Musa as yang dicuba dengan ketakutan, atau Nabi Muhammad saw yang dicuba dengan kemiskinan serta permusuhan kaum kafir dan Yahudi yang kuat. Juga cubaan-cubaan kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul sebelumnya itu adalah untuk mengangkat darjat dan mertabat mereka disisi Allah swt. Ia bukan lah dibangsakan sebagai kekejaman atau seksaan akibat dosa mereka seperti yang berlaku kepada orang-orang kafir, munafiq atau durhaka. Oleh kerana itu kedua-dua pekara ini mestilah dilihat berasingan bukannya sama antara kedua itu.
KETERANGAN:
Ada pula diantara manusia berfikir bahawa setiap jiwa itu pasti akan merasa seksaan shakaratulmaut, kenyataan itu memang ada kebenarannya tetapi Allah sebagai Zat yang tiada fana dan kekal selamanya juga mempunya Kuasa membezakan dan mempertimbangkan antara setiap makhluknya tahap kesukaran shakaratulmaut yang mereka alami bersesuaian dengan kedudukan dan darjat mereka disisiNya. Makhluknya bererti bukan manusia sahaja malahan setiap benda hidup diatas muka bumi, dilautan, diangkasa dan dilangit semua termasuklah sipengcabut nyawa itu sendiri Malaikat Izraail atau Malaikat Maut, juga tidak akan lepas dari menghadapi maut. Sesuai dengan firman Allah swt didalam surah Ali Imran ayat 185 yang mafhumnya ;
"Setiap jiwa pasti akan merasakan maut".

Didalam kitab nukilan Abu Hamid 'Kasyfu Ulum al Akhirat' mengatakan "Allah swt membahagikan kematian ditiga alam. Yang berada di Alam Dunia pasti akan mati. Yang berada di Alam Malakut pasti akan mati dan yang berada di Alam Jabarut juga akan mati. Manusia pertama yang mati ialah anak Adam kemudian dirinya juga isterinya Hawa as dan keturunannya yang lain dan kemudian binatang-binatang. Yang kedua ialah para Malaikat dan Jin dan yang ketiga ialah Malaikat-malaikat pilihan." Firman Allah didalam surah al Hajj ayat 75 yang mafhumnya ;
"Allah memilih utusan-utusanNya dari kalangan Malaikat dan Manusia".

Firman Allah lagi didalam surah al Ambiya ayat 19 dan 20 yang mafhumnya ;
"Dan malaikat-malaikat yang disisiNya, mereka tidak mempunyai rasa angkuh untuk menyembahNya dan tiada rasa letih. Mereka bertasbih siang dan malam tiada henti-henti".
Mereka merupakan makhluk suci yang diciptakan Allah seperti firmannya didalam surah al Ambiya ayat 17 yang mafhumnya;
"Sekiranya Kami hendak mencipta permainan, nescaya akan kami cipta dari sisi Kami. Jika kami mahu membuatnya ".
Mereka ini akan mati dengan mendapat tempat yang terhormat disisi Allah swt. Hampirnya mereka dengan Allah bukan bererti mereka terlepas dari manghadapi maut. Menurut pendapat Ibnu Qasi, selain perbezaan itu, terdapat juga perbezaan didalam mengalami kematian. Ada manusia yang begitu mudah mengalami kematian iaitu ketika sedang tidur seperti yang dialami sesetengah orang soleh. Sebenarnya tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran kita akan tahap-tahap kematian itu sendiri kerana ia adalah didalam rahsia Allah jua. Perbezaan rasa kematian itu juga terdapat diantara umat Islam dengan orang-orang kafir, golongan durhaka, golongan munafiq dan lain-lain lagi. Sedangkan diantara umat Islam itu sendiri juga mengalami perbezaan akan rasa kematian itu contohnya antara golongan Nabi dan muslim awam tentunya terdapat perbezaan. Kemudian diantra golongan Nabi itu sendiri mengalami perbezaan merasakan kematian bersesuaian dengan martabat mereka disisi Allah swt. Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 253 yang mafhumnya ;

"Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagiannya dari yang lain. Diantara mereka ada yang berkata-kata terus dengan Allah dan meninggikan sebahagian mereka beberapa darjat...."

Telah Allah beri keringanan akan kematian Nabi Ibrahim as seperti yang telah dinyatakan tadi, maksudnya apa yang telah diringankan Allah bererti tiada lagi yang lebih ringan dari itu dan apa-apa juga yang telah diberatkan oleh Allah, bererti tiada lagi yang lebih berat dari itu. Begitu juga sesuatu yang dibesarkanNya bererti tiada yang lebih besar dari itu. Separti firman Allah "Apabila kami lihat disana(syurga), nescaya kamu akan lihat berbagai macam nikmat dan kerajaan yang besar". Maka tiada kerajaan yang lebih besar dari kerajaan disyurga, juga tiada yang lebih ringan azabnya selain azab shakaratulmaut.

KETERNGAN :

Dari semua penjelasan berkenaan shakaratulmaut yang dibentangkan tadi, maka ketahuilah kita bahawa kematian merupakan suatu bincana yang sangat mengerikan, hal yang sangat dashyat, pekara yang merungsingkan malahan juga digelar malapetaka yang menghentikan segala nikmat dan kesenangan dunia. Kematian akan menghancurkan seluruh tubuh badanmu, tulang belulang mu, kekuatan mu, harta benda mu, keluarga mu, kehebatan mu, kepandaian mu, pangkat darjat mu yang pula akan menghuraharakan nasib mu kemudiannya.

Ketika Sultan Harun al Rasyid sakit tenat, seorang tabib kerajaan Parsi didatangkan untuk merawat baginda. Ia diperintah untuk menguji air kencing Sultan termasuk beberapa pesakit dan orang yang sehat, namun ia tidak diberitahu yang mana satu milik Sultan. Lalu dia pun melakukan ujian satu persatu botol contoh air kencing dan apibila sampai giliran air kencing Sultan, dia lantas menyuruh tuan punya air kencing tersebut agar cepat membuat wasiat untuk keluarganya kerana penyakitnya telah tenat. Sedangkan tiada komen diberi kepada sampel air kencing yang lain, Sultan pun amat berputus asa keatas dirinya sendiri kerana tiada ubat yang dapat menyembuhkan penyakitnya lagi, lalu baginda pun berkata ;

"Si tabib itu... mistipun pandai mengubat, ternyata ia tidak mampu menolak ajalnya yang akan datang, ia pun akan mati disebabkan penyakit yang pernah diubatinya. Yang mengubat, yang diubat, yang membuat ubat, yang menjual ubat... semuanya pasti mati".

Heboh dikeliling bandar orang ramai bercakap berkenan Sultan yang sedang gering itu, malahan ada yang menyampai-nyampai berita bahawa Sultan Harun ar Rasyid sudah pun Mangkat. Menyedari penyakitnya yang semakin parah, lalu beliau memerintah dibuatkan pedati pada seekor keldai lalu dinaikan baginda diatasnya. Ia bertujuan untuk mengelilingi bandar bagi memberitahu rakyatnya bahawa baginda masih hidup dan sihat. Ternyata ushanya itu sia-sia saja, dia sudah tidak berdaya lagi. Setelah beberapa ketika ia pun minta diturunkan semula kerana tidak selesa. Selepas itu dimintanya kain kafan, lalu baginda diminta memilih sendiri kain yang digemaraninya oleh pengasuhnya. Kemudian baginda memerintahkan digali liang lahad dekat dengan bilik tidurnya. Apabila ia mahu memusingkan kepalanya untuk melihat, baginda pun berkata "Sudah tiada gunanya lagi hartaku dan aku lepaskanlah semua kekuasaanku". Pada malam itu juga baginda pun mangkat.

Wahai saudara seklian, bagaimana pendapat mu tentang malaikat maut yang akan datang kepadamu dan kemudian pergi membawa nyawamu. Malaikat yang mengubah penglihatanmu dan merosakkan susuk tubuhmu. Malaikat yang memaksa kamu berpisah dengan mereka yang kamu sayangi. Malaikat yang mengubah cara kehidupanmu yang dilimpahi nikmat dunia, kaya raya, gemilang, terbilang, berpengaruh, berpangkat, terhormat, bebas, berani, kuat, hebat, ditakuti, digeruni, tiba-tiba menjadi sekujur mayat yang akan ditanam kedalam lahad yang sempit dan gelap gulita oleh orang-orang yang sangat kamu sayangi dan yang menghormatimu. Kamu ditimbuni tanah, pasir dan batu, kemudian selepas itu kamu hanya tinggal nama saja. Kamu kemudian ditelan tanah, dipijak-pijak bahkan kadang kala dibina ungun api diatas mu atau dibina dinding bangunan, jalan raya dan sebagainya lagi.

Suatu hari Saidina Ali bin Abu Talib dihidangkan sebuah bekas air minuman. Setelah baginda memegang dan melihat bekas air itu, baginda pun berkata "Allah pasti tahu berapa banyak mata yang memakai celak dan pipi yang mengalir air mata yang kemudian bercantum dengan kamu ".

Dalam suatu cerita berkenaan dengan dua orang sedang bertengkar berkenaan dengan sebidang tanah. Atas kehendak Allah, seketul batu bata tiba-tiba boleh berkata-kata " Wahai kamu berdua, Apa yang sebenarnya yang sedang kamu rebutkan ?. Aku dahulu adalah seorang Raja besar yang memiliki segala kekuasan selama setahun. Tetapi kemudian aku mati dan menjadi tanah. Seribu tahun kemudian aku diambil oleh seorang pembuat tembikar lalu dijadikan sebuah bekas air. Setelah digunakan hingga pecah, aku pun kembali menjadi tanah selama seribu tahun lagi. Kemudian aku diambil dan dibuat batu bata yang sekarang ini aku bakal dijadikan dinding pula. Oleh itu buat apa kamu bertengkar seperti ini ???."

Diceritakan oleh Abu Muhammad @ Abdul Haq didalam sebuah kitabnya yang bertajuk 'Al Aqibat wal Wujud" yang mengisakhan banyak cerita taladan yang intisarinya berpusat kepada pandangan sesuatu yang sudah hancur akan dibentuk semula menjadi baru semula. Sesuatu benda yang berubah juga boleh diubah lagi. Dia bercerita sewaktu dia masih muda, "suatu hari aku bersama seorang kawan sedang memindahkan tanah dari sebuah kuburan Yahudi yang terletak dikota Qurdhuba dengan menggunakan keldai. Tanah itu sudah bercampur dengan sisa tulang belulang , daging, rambut dan kulit mereka yang sudah meninggal dunia disana. Tanah itu kami bawa kepada pembuat tembikar.

Pendapat sebilangan Ulama ASWJ, perubahan itu hanya melibatkan jasadmu saja, tetapi tidak pada roh mu kerana ia punya urusan lain dengan Allah swt. Apa yang terpisah darimu tidak bererti ia tidak boleh kembali seperti semula. Barang yang terpisah itu bukanlah hilang sia-sia untuk selama-lamanya, malahan ia bukan menjadi dalil pertemuan semula tidak boleh terjadi. Firman Allah didalam surah Thohaa ayat 51 dan 52 yang mafhumnya ;

"Berkata Fir'aun, 'maka, bagaimana keadaan umat-umat terdahulu ??" Musa Menjawab " Pengatahuan tentang itu ada disisi Tuhanku, didalam sebuah kitab. Tuhan kami tidak akan salah dan tidak akan lupa ".

Sila ikuti siri yang akan datang , Fasal A Kematian ini didalam bab-bab yang seterusnya, kerana banyak lagi rahsia-rahsia yang tersembunyi yang tidak terbuka kepada umum didalam siri ini. Selamat membaca...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin