Jumaat, 15 Mac 2013

SIAPA PEMIMPIN AKHIR ZAMAN

Selain dari sainstologi, ada yang sibuk menerokai bidang penyembuhan (healing) untuk kesihatan sejagat. Ramai guru-guru kerohanian (spiritual master) dapat mencari antidote untuk mengembalikan kesihatan dengan teknik gelombang bunyi dan pernafasan, reiki dan cakra dalaman.
 
Ibunda juga tidak nafikan wujudnya nabi-nabi akhir zaman yang tinggi taraf keilmuan mereka dari segi sains dan teknologi. Mereka mempunyai wawasan akal fikir yang jauh terperinci tentang Tuhan dan kerohanian.
 
Nabi-nabi sentiasa dianugerahi Tuhan dari masa ke semasa. Memang benar adanya nabi-nabi di segenap pelusuk dunia semasa dan selepas kewafatan Muhammad. Mereka ini diturunkan dari setiap bangsa.
‘Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu kebenaran yang tidak disukai oleh hawa nafsumu, dengan sombong takbur kamu menolaknya sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian lain pula kamu bunuh?’ Al Baqarah 87.
 
Janganlah kamu bertelagah kerana mereka mengagungkan nabi dari bangsa dan keturunan sendiri. Dan jangan pula kamu mengkafirkan dan bunuh mereka kerana mempercayai sesuatu yang kamu tidak percaya. Kerana itu adalah hak asasi setiap manusia untuk menuntut dan mencari Tuhan.  Hakikat kufur kepada Tuhan amatlah sedikit darjah kepesongannya. Mereka yang kufur adalah kaum yang melakukan ibadah dalam kesesatan. Mereka telah di sesatkan dalam kejahilan mereka sendiri. Namun ketahuilah! Paling ramai manusia sudah bertukar rupa menjadi rupa iblis dan setan. Mereka menindas kaum suci yang tinggal berhampiran mereka. Mereka buta dan tuli dan tidak boleh menerima kepercayaan yang lain selain dari kepercayaan mereka. Inilah jahil dalam beragama.
Mereka menjadi iblis mencari pasal dalam kegiatan keagamaan. Mereka bukan sekadar terperangkap dengan ilmu yang terlekat dibawah aliran mazhab dan teori-teori hampas tetapi mereka menjadi khianat dalam alim sedangkan mereka orang-orang beragama.
 
« Dan janganlah engkau usir orang yang menyeru Tuhannya pagi dan petang. Mereka mencari keredhaan Tuhan. Engkau tidak memikul tanggungjawab mereka sedikitpun dan mereka tidak pula memikul tanggungjawab engkau sedikitpun » Al An’aam 52.
 
Ada juga yang menjadi iblis mengatur pelbagai permainan hiburan untuk menghanyutkan manusia dengan menggalakkan dosa-dosa besar tanpa segan silu kerana mengikut trend dan class. Ramai juga tok-tok wali yang sibuk mengumpul keris lama, kitab lama, jampi serapah lama, azimat, tangkal, wafak dan masih di alam bunian dengan mainan emas dan batu-batu permata. Ada yang masih seronok dengan permainan orang-orang halus dan ilmu untuk kekebalan dunia. Kepada manusia yang masih berada di zaman lama , ilmu lama… demi masa sangatlah merugikan diri sendiri. Kerana mereka ini kurang menggunakan akal.
 
Orang sudah sampai ke bulan dengan roket tetapi mereka masih mencipta kereta unta untuk berjalan di bandar.
 
Agama apapun, Majusi, Hindu, Zoroaster, Buddha, Kristian ataupun Islam semuanya adalah agama yang sedang menuju kepupusan dimuka bumi. Ia tidak sesuai lagi dipratikkan di akhir zaman.
 
Lalu nikmat beragama yang dianuti semakin hilang ditelan zaman.
 
Kenapa ibunda berkata begini?
 
Apakah Islam dan Kristian masih relevan untuk diguna pakai?
 
Undang-undang Islam masih relevan di langit namun cara hidup Islam langsung tidak relevan untuk manusia akhir zaman. Ilmu dari ajaran Kristian masih relevan di bumi namun cara hidup bebas ala Kristian jauh meninggalkan eksistensi diri sendiri. Fikirkan….
 
Lalu pesan ibunda, carilah jati dirimu, hakikat diri dan hakikat Tuhan…. Apa yang relevan dan apa yang tidak. Gunakan akal dan bukakan hati dengan keikhlasan.
 
Ikhlas itu adalah satu rahsia daripada rahsiaKu. Aku pertaruhkan dia pada hati mereka yang Ku kasihi dari kalangan hambaku – Hadis Qudsi.
Dimensi Akal Fikir
  Cuba lihat sekeliling kamu. Mereka yang masih berpegang kepada ajaran lama kelihatan agak kuno. Apatah lagi pemikiran mereka tidak mampu membawa mereka menerokai dimensi akal fikir yang logik tentang Tuhan dan alam semesta.
 
Mereka seakan terkongkong dibawah ajaran kitab suci. Pandangan mereka sempit dan  tidak terbuka untuk menerima pembaharuan.
 
Manusia yang masih berpegang kepada ajaran lama ini rendah pemikiran baik dari segi cara hidup, pencerahan ilmu, pemodenan fikiran dan kemajuan hidup mereka sedang menghala  ke belakang. Semakin kuat memegang ilmu duniawi dan ilmu keramat semakin hidup tidak pernah senang dan tenang.
 
Mereka seakan masih berada di alam yang lama, seperti alam kayangan. Alam dimana akal fikir tidak diguna sepenuhnya. Iaitu alam yang masih menggunakan gajah, naga, burung dan unta sebagai kenderaan.Jika manusia tidak menggunakan akal fikir bermaksud mereka masih berada di alam binatang. Binatang tidak menggunakan akal fikir untuk mengkaji kebenaran dan kesahihan. Maka kepercayaan kuno menzahirkan kehidupan yang kuno, tidak berstruktur, tiada kebersihan dan penuh dengan unsur-unsur mistik.
 
Malahan tempat persembahyangan mereka dicemari bau busuk asap colok atau dipenuhi sajian makanan. Sedangkan Tuhan mengkehendaki tempat ibadat yang bersih dan suci.
 
Wangian seperti essential oils ‘sandalwood’ atau ‘lemongrass’ sesuai diguna dizaman sekarang untuk mengharumkan tempat ibadat. Ia menaikkan aromaterapi akal dan fikiran. Bukan menyalakan kayu gaharu atau colok yang berdebu.
 
Inilah dimensi akal fikir yang agak ketinggalan dan agak tidak sesuai dengan suasana kehidupan kotemporari.
 
Tidak salah untuk mengekalkan kepercayaan lama namun begitu jika mempelajari kepercayaan lain, itu lebih baik dalam peningkatan dan kemajuan diri.
 
Sesetengah amalan masih relevan untuk dipegang.
Acara sembahyang amalan Kristian agak sesuai untuk di praktik di zaman moden. Dengan alunan koir ala soul, berbahasa Inggeris atau ‘local language’ nyanyian tersebut dapat mengumpul kekuatan kerohanian dalam penghayatan ayat-ayat suci. Perubahan dalam lenggok nyanyian sesuai dengan zaman moden amat menepati fitrah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin