Ahad, 24 Mac 2013

DAP AKAN MEMERINTAH DI PULAU PINANG SEPERTI DI SINGAPURA

Menjelang Perhimpunan Agung DAP DI Pulau Pinang buat kali terakhir sebelum PRU 13 pada 16 Disember ini, pengerusinya Karpal Singh menyatakan keyakinan penuh bahawa DAP pasti akan dapat kekalkan 9 kerusi di Pulau Pinang. Ertinya DAP akan terus menguasai negeri ini.

Bagaimanapun beliau menyatakan kebimbangan terhadap dua isu yang dicetuskan oleh parti kongsinya yang akan menyebabkan kemusnahan Pakatan Rakyat. Beliau meletakan kesalahan ini kepada Pas kerana mengharamkan perempuan menggunting rambut lelaki di Kelantan dan juga tindakan Kerajaan Negeri Selangor meroboh kuil Hindu di Taman Seroja Sepang.

Karpal Singh berkata, dalam jangkaannya pasti PKR akan menang 9 kerusi dan seterusnya kena lihat selebihnya bagaimana Pas akan hapuskan kerusi BN, buat masa ini Pas mempunyai 1 kerusi, dan akan rampas 5 ataupun 6 kerusi dari tangan BN.

Pada PRU 2008 DAP telah mendapat 19 kerusi, PKR 9 kerusi dan Pas 1 kerusi, gabungan ketiga-tiga parti ini sebanyak 29 kerusi untuk menerajui kerajaan Pulau Pinang.

Ketiga-tiga parti perlu terus bekerjasama

Karpal Singh semasa memberi ucapan pada pembukaan persidangan perhimpunan Agung DAP Pulau Pinang hari ini berkata, beliau sekali lagi mengingatkan semua, pemerintahan kerajaan di Pulau Pinang perlu kerjasama dari ketiga-tiga parti barulah dapat kekalkan pemerintahan tersebut.

Sebelum ini, apabila beliau meninjau keadaan semasa di seluruh negara, beliau lihat walaupun pada PRU akan datang ini Pakatan Rakyat berpeluang melangkah ke Putrajaya, parti-parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat perlu peka dengan perkembangan isu-isu semasa yang begitu sensitif, pastikan tidak buat sebarang kesilapan lagi.

Seterusnya beliau ambil contoh kerajaan negeri Selangor tentang robohkan kuil Hindu di Taman Seroja Sepang, bersikap salahguna kuasa, sepatutnya perkara itu tidak berlaku. Yang kedua tentang isu yang berlaku di Kelantan berkaitan isu kedai gunting rambut di Kota Bharu.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat mempunyai tanggungjawab berat untuk dipikul, iaitu UBAH kerajaan, ada tanggungjawab untuk membersihkan Malaysia, perkara-perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku, ini akan menjadi sasaran BN ada alasan untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Terjemahan:
Abdullah Tan


KOMEN

Isu pengharaman penggunting  rambut wanita di Kelantan dan tindakan meroboh kuil Hindu di Sepang mungkin tidak popular di kalangan orang Cina atau India tetapi popular di kalangan penyokong Pas dan di perlukan oleh Pas untuk mempastikan sokongan Melayu dan Islam kepadanya di Kelantan  dan Selangor.

Maka itu Lim Kit Siang membisu terhadap hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh "Negara Kebajikan Pas" kerana DAP penuh yakin bahawa hal itu sekadarkan retorik sahaja. Haji Hadi telah pun pasti tidak akan jadi Perdana Menteri maka apa perlunya orang Cina takut.

DAP bersimpati dengan Pas yang dalam keadaan lemas menghadapi berbagai tekanan BN memerlukan beberapa Isu untuk menunjukkan ia masih Islam dan beliau perlukan Karpal Singh untuk mententeramkan ahlinya yang tidak rasional.

Lim Kit Siang yakin bila Pakatan Rakyat berkuasa lebih dari perempuan pun boleh gunting rambut di Kelantan dan kuil hindu yang lebih hebat dari Batu Cave pun boleh didirikan kerana ketika itu Malaysia akan berada di bawah pluralisme agama yang akan menjamin pengikut agama apapun ke syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin