Isnin, 11 Mac 2013

SEJARAH SUKU KAUM BUGIS DI NEGERI SABAH

Bugis Sabah sebenarnya bukan penduduk asal atau peribumi di Negeri Sabah. Majoriti Bugis di Sabah hari ini adalah Bugis Indonesia kerana mereka telah datang selepas kewujudan negara Indonesia yang merdeka selepas pada 17 Ogos 1945 iaitu akhir tahun 1960an, 1970an dan kemuncaknya ketika 1980an seterusnya berterusan sehinggalah ke hari ini. Mereka ini telah disemai dengan semangat cintakan tanah air mereka Indonesia dan mengamalkan budaya hidup Indonesia terlebih dahulu sebelum datang ke Malaysia. Sebab utama rakyat Indonesia ini dahulunya sanggup datang sejauh ini ke Malaysia adalah atas sebab faktor ekonomi yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik di Malaysia berbanding di tanah air mereka.
Bugis Indonesia adalah berbeza dengan masyarakat Melayu yang banyak di Tawau ( wujud dari perkahwinan campur di kalangan suku-suku kaum Melayu seperti keturunan Suluk tempatan, Tidung Tawau, Iban Muslim, Jawa, Banjar dan juga keturunan Bugis sendiri. Ini kerana orang-orang Bugis asli dari Indonesia ini kurang gemar perkahwinan campur dengan masyarakat Melayu tempatan di Sabah. Sebaliknya mereka cenderung berkahwin dengan sesama sendiri (di kalangan Bugis Indonesia) dan hidup dengan mengamalkan cara hidup mereka sendiri iaitu adat resam dan budaya Bugis atau gaya hidup Indonesia. Mereka juga lebih suka bertutur dengan bahasa Bugis dan menggunakan loghat Bugis jika bertutur dalam bahasa Melayu.
Mengikut analisis semasa komuniti Bugis di Sabah boleh dibahagikan kepada 3 bahagian. Pembahagian kumpulan etnik Bugis adalah seperti berikut : Melayu Bugis ( 10 % ), Bugis Bertaraf Wargenegara ( 30 % ) , Bugis Indonesia Bukan Bertaraf Warganegara ( 60 % ).
Tafsirannya adalah Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu Tawau yang mempunyai darah Bugis namun tidak mengamalkan budaya Bugis dan tidak tahu bertutur dalam bahasa Bugis. Ini kerana kewujudan mereka di Sabah sudah terlalu lama dan keturunan mereka sudah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan Melayu yang lain seperti Tidung, Arab, Suluk dan Bajau. Jumlah mereka adalah sedikit dan sukar dikenalpasti kerana mereka menganggap diri mereka adalah keturunan Melayu Tawau. Mereka juga hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Selain itu, mereka tidak ada hubungan keluarga dengan bangsa Bugis di Sulawesi selatan sebaliknya hubungan kekeluargaan mereka hanya di kalangan masyarakat Melayu Tawau yang terdiri dari pelbagai asal keturunan. Golongan ini juga tidak pernah ‘balik kampung’ kerana bumi Sabah adalah kampung halaman mereka malah mereka tidak mempunyai keluarga di Indonesia.
Tafsiran Bugis Bertaraf Wargenegara pula ialah kumpulan pendatang Indonesia yang dilahirkan di Sulawesi selatan dan datang ke Sabah semata-mata untuk bekerja di ladang-ladang. Kemudian mereka melahirkan anak-anak di sini yang kemudiannya mendapat pendidikan di sekolah sekolah kerajaan. Hari ini mereka dan anak-anak mereka yang telah dewasa telah pun mendapat taraf warganegara, penduduk tetap ataupun penduduk sementara. Sebab itulah golongan ini seringkali ‘balik kampung’ kerana sanak saudara, adik-beradik malah nenek moyang mereka berada di Indonesia tanah tumpah darah mereka.
Manakala tafsiran Bugis Indonesia Bukan Wargenegara pula ialah golongan pekerja Indonesia yang berbangsa Bugis yang terlalu ramai terdapat di negeri Sabah. Mereka ini bertaraf warganegara Indonesia dan bekerja secara sah di Sabah menggunakan pasport luar negara. Ramai yang sedang memohon taraf kerakyatan di Putrajaya.
Kebanyakan komuniti Bugis di Sabah tertumpu di daerah Tawau hingga ke kawasan daerah sekitarnya seperti Kunak dan Lahad Datu. Mengikut sejarah Tanah melayu adalah dipercayai suku kaum Bugis ini telah meninggalkan Kepulauan Sulawesi menuju ke Pulau Jawa, Sumatera, Semenanjung Malaysia, Kalimantan dan Borneo sejak abad ke-16.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin