Cina Pulau Pinang lebih
bijak berpolitik daripada orang Melayu. Orang Cina boleh memerintah
Malaysia jika orang Melayu asyik bergaduh sesama sendiri. Orang Cina
tidak fanatik kepada parti sehingga bangsa dan kaum keluarga mereka
berpecah belah. Mereka berpolitik untuk menjaga kepentingan masa depan
mereka. Orang Cina boleh pangkah MCA dalam PRU13 ini dan mereka juga
boleh memangkah DAP PRU yang akan datang.
Sebenarnya kaum Cina
rata-rata lebih suka kerajaan PR terutama yang dikuasai oleh DAP.
Walaupun Guan Eng bukan penduduk asal Penang tapi Guan Eng bijak
berpolitik untuk menjaga hati orang-orang Cina. Dia tak perlu jaga hati
orang Melayu sebab orang Melayu sendiri berpecah belah sesama mereka.
Oleh itu dia hanya jaga hati pengundi-pengundi Cina. Itu sebabnya dalam
majlis sambutan Hari Krismas dia mendesak kerajaan persekutuan
meluluskan penggunaan kalimah Allah oleh gereja walaupun dia tahu isu
kalimah Allah sangat sensitif kepada orang Islam.
Walupun ratusan demo dan
laporan polis dibuat, Guan Eng tetap tidak akan memohon maaf. Memohon
maaf bermakna dia akan kalah. Sebaliknya orang Melayu sendiri yang
berpecah belah. Satu puak menyokong Guan Eng seolah-olah cadangan itu
terkeluar dari mulut seorang ulamak dan satu puak lagi menentang
kebanyakan dari UMNO serta beberapa kerat dari puak PAS. Inilah realiti
yang berlaku dalam politik orang Melayu dan Cina.
Yang pasti, Cina akan
dapat kelebihan dalam isu ini. Yang pasti UMNO mahupun PAS akan rugi dan
menderita andaikata DAP terus berkuasa dalam PRU yang akan datang.
Alhamdulillah, akhir-akhir ini golongan ulamak muda dan senior,
guru-guru sekolah pondok dan NGO-NGO berteraskan Islam telah berani
tampil menyatakan sokongan kepada UMNO dan BN secara terbuka.
Ini bermakna orang Islam
hanya boleh menyokong UMNO/BN atau menyokong PAS bagi memenangi DAP.
Rakyat umum mengetahui jika menyokong BN, jika BN menang dan yang
mempunyai kuasa majoriti adalah UMNO. Sebaliknya jika sokong PAS, dan
jika PR yang menang tapi yang mempunyai kuasa adalah DAP bukan PKR
mahupun PAS.
Ustad Kazim telah
melahirkan rasa bimbang mengenai perkara ini hingga beliau sendiri
secara terbuka meminta orang Islam menyokong kerajaan sedia ada kerana
kerajaan sedia ada suda mampu dan terbukti dapat menjaga agama Islam.
Katanya lagi jika kerajaan baru yang memerintah berdasarkan pengalaman
yang kita sedang lihat, Islam akan menuju kehancuran.
Oleh itu, umat Islam
perlu berfikirkan semasak-masaknya. Jangan ikut nafsu dan jangan percaya
kepada fitnah orang yang masih mengatakan UMNO mengamalkan kronisme,
rasuah dan sebagainya. UMNO hari ini sudah banyak berubah melalui
kepimpinan DS Najib. Berfikiran terbuka jangan ikut hawa nafsu amarah
anda!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan