Mungkin rakyat Malaysia tidak terfikir begitu, kecuali rakyat di Sabah itu adalah rakyat Sulu yang berusia 350 tahun.
Maksud penulis, 350 tahun itu adalah
masa yang silam, jika ia dibincangkan di waktu-waktu selepas makan itu
tidak menjadi satu masalah, jika ia dianggap benar dan mahu menyerang
menggunakan bala tentera, ia akan menjurus kepada mahkamah antarabangsa,
dan ia akan menjadi bahan ketawa sahaja.
350 tahun lalu, Sultan Brunei
menyerahkan negeri Sabah kepada Sultan Sulu sehingga penghujung hayat
Sultan Sulu, kini menjadi alasan yang tuntutan mereka yang tidak
munasabah, sebaliknya keturunan Sultan Sulu itu sudah lupa, bahawa
mereka pada hari ini sudah tiada tempat dan darjat lagi.
Jika ada orang yang anggap negeri
Sabah adalah sebahagian daripada Sulu, jika begitu cuba tanya kepada
orang-orang Kadazan di negeri Sabah, mereka telah menetap di negeri
Sabah lebih seribu tahun malah lebih lama dari itu, jika mahu lihat
siapa yang layak, 350 tahun itu terlalu singkat waktunya.
Isu sejarah telah pun diterangkan, kita tidak perlu sebut lagi!
Sebaliknya Malaysia perlu ambil
perhatian terhadap sikap Filipina pula. Dalam beberapa minggu
kebelakangan ini, suasana politik dan pihak media Philipina ambil
perhatian berat terhadap perkembangan di negeri Sabah, rata-rata mereka
lebih simpati kepada tentera Sulu.
Ada sesetengah orang anggap Sultan
Sulu hanya mahukan tanah hak mereka sahaja, ada sesetengah dari mereka
anggap, ia bukan isu kesultanan Sulu, tetapi ia juga ada kaitannya
dengan negara Filipina.
Dengan itu, mereka mahu kerajaan
Filipina campur tangan, beri tekanan kepada kerajaan Malaysia,
sekurang-kurangnya ambil kesempatan itu untuk kemukakan ke peringkat
antarabangsa, sekali lagi putuskan hak negeri Sabah itu milik siapa.
Ada sesetengah ahli politik
Filipina, mereka mempertikaikan selama ini isu Sabah masih belum ada
penyelesaiannya, Filipina masih berhak ke atas negeri Sabah, hari ini
tentera Sulu telah pun mencabar, dengan itu sepatutnya ambil peluang dan
kesempatan ini untuk kemukakan hak ke atas negeri Sabah.
Presiden Filipina Benigno Aquino III
dalam keadaan serba salah, di bawah tekanan hak tanah negara Filipina,
jika beliau tangani secara lembut, beliau akan dituduh lemah, dan beliau
akan dituduh pengkhianat kepada kepentingan negara.
Jika berdiri di pihak yang wajar dan
undang-undang, pastinya presiden Filipina pun tahu bahawa tentera Sulu
telah menyerang negara lain, dan tidak boleh dibantu, pada masa yang
sama, beliau tidak boleh kerana gara-gara isu itu merosakkan hubungan
beliau dengan Malaysia.
Dari segi pandangan sudut umum, Presiden Filipina Benigno Aquino III
lebih matang mengendalikan isu ini. Langkah yang pertama beliau telah
jelaskan dengan terang antara kerajaan Filipina dengan tentera Sulu,
mahu mereka tinggalkan negeri Sabah.
Selepas itu beliau mahu kerajaan Malaysia selesaikannya secara aman, supaya tentera Sulu dapat tinggalkan tempat secara selamat.
Permintaan Benigno Aquino III,
pihak Malaysia telah tangguhkan tindakan pasukan keselamatan
seterusnya, masa perbincangan dapat dipanjangkan lagi, tetapi akhirnya
tanpa menuju sebarang keputusan.
Diikuti dengan suara tembakan, dan
tekanan daripada politik dan pihak media Filipina, ia menjurus kepada
keadaan yang tidak stabil.
Isu hak tanah kedaulatan Filipina,
sebenarnya fakta itu tidak kukuh, sebaliknya mereka pertahankan tuntutan
hak peninggalan pewaris Sultan Sulu ke atas negeri Sabah, isu itu
semakin lama semakin kurang sihat.
Pewaris Sultan Sulu kemukakan hak ke
atas negeri Sabah, ia bukan sahaja melibatkan negeri Sabah, tetapi ia
melibatkan kepulauan-kepulauan di Mindanau, termasuk 5 buah pulau besar
serta 800 kepulauan kecil di Philipina.
Jika cadangan tuntutan ke atas Sabah
itu dapat diwujudkan, langkah yang pertama, pihak kerajaan Filipina
sepatutnya terlebih dahulu pulangkan kepulauan-kepulauan di Filipina
kepada pewaris Sultan Sulu.
Tetapi fakta utama, kesultanan Sulu
telah pun terhapus. Pada zaman itu apabila Sepanyol berkuasa, telah
hancurkan kesultanan Sulu, kawasan jajahan Sultan Sulu diserahkan kepada
Filipina.
Selepas itu, perjanjian antara pihak
British dan Sepanyol, negeri Sabah di bawah jajahan British, selepas
itu daripada milik British diserahkan kepada Malaya, pada ketika itu
diselang dengan pungutan undi dari rakyat negeri Sabah itu sendiri,
dimana orang-orang Sabah bersetuju tubuhkan Malaysia.
Berkaitan kesultanan Sulu, daripada
jajahan Sepanyol bertukar menjadi jajahan Amerika, sehingga Filipina
Merdeka, kewujudan kesultanan Sulu terus dinafikan; dan tidak wujud, apa
yang dimaksudkan hak dan kuasa Sultan Sulu itu? Tiada kedaulatan, macam
mana boleh tuntut hak tanah?
Jika orang-orang Filipina menyokong
tuntutan tanah oleh Sultan Sulu, sepatutnya orang-orang Filipina
serahkan tanah-tanah dan kepulauan Mindanau kepada kesultanan Sulu,
barulah boleh dibincangkan.
Lebih-lebih lagi, hari ini ada 3
orang yang mengaku mereka adalah pemegang tahkta Sultan Sulu, sebenarnya
siapa yang benar-benar keturunan Sultan Sulu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan