Selasa, 26 Mac 2013

NEGERI PULAU MUTIARA AKAN DI AMBIL OLEH KERAJAAN KEDAH

ALOR SETAR - Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan mohon perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) memulakan tuntutan Pulau Pinang dikembalikan kepada negeri itu.
Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, PKDK menyokong penuh cadangan PSMCK dalam usaha membawa tuntutan itu ke tengah namun segala dokumentasi yang mengesahkan Sultan Kedah masih berhak ke atas Pulau Pinang perlu disemak secara menyeluruh.

Menurutnya, semakan itu sangat penting memandangkan ia memerlukan perbelanjaan dan masa yang banyak bagi membolehkan urusan penyerahan kembali Pulau Pinang kepada Sultan Kedah oleh Kerajaan Pusat dapat direalisasikan.

“Buat masa ini, Kerajaan Pusat perlu mempertimbangkan tuntutan kenaikan kadar pajakan daripada RM10,000 kepada RM10 juta terlebih dahulu, sebelum memutuskan sama ada menyerahkan Pulau Pinang kembali kepada Sultan Kedah atau tidak.

“Bagaimanapun, sekiranya Tuanku Abdul Halim sendiri menyatakan hasrat mahu Pulau Pinang dikembalikan, Kerajaan Pusat perlu akur dengan kehendak baginda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sokongan Pengerusi PSMCK, Datuk Dr Wan Shamsudin Mohd Yusof kepada Kerajaan Negeri untuk menuntut kembali Pulau Pinang sebagai sebahagian Kedah, selaku pemilik asal pulau itu dan wilayahnya.

Dr Wan Shamsudin berkata, Sultan Kedah masih berhak ke atas Pulau Pinang memandangkan bayaran pajakan setiap tahun membuktikan ia masih milik Kedah.

Tengku Zainol Rashid berkata, PKDK akan menemui Dr Wan Shamsudin dalam masa terdekat untuk menyatakan hasrat bekerjasama dengan PSMCK dalam memperjuangkan hak Kedah ke atas Pulau Pinang.

“Pada masa sama, saya mohon Tuanku Sultan Kedah agar memberi perkenan kepada semua pihak terlibat dalam usaha menuntut kembali Pulau Pinang yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada Kedah,” katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin