Sebelum ini saya pernah menulis sebuah artikel yang mungkin
menimbulkan kemarahan segelintir orang iaitu sebuah artikel bertajuk “Bagaimana Mencari Modal Memulakan Perniagaan”.
Apa yang orang marah adalah sedutan dari artikel itu di mana saya menulis..
1. Perumpamaan yang saya buat ini hanyalah sekadar perumpamaan mengenai situasi seseorang yang bekerja makan gaji.
Nabi Muhammad sendiri sering membuat perumpamaan-perumpamaan untuk memudahkan kita untuk memahami sesuatu. Contohnya seperti Hadith di bawah :
“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai“.(Hadis riwayat Ahmad)
Adakah ini bermakna, Nabi menyamakan dan merendahkan taraf seorang manusia menjadi seekor kambing ?
Sudah tentu tidak, Nabi menggunakan teknik penggunaan “metaphor” untuk memahamkan orang kebanyakkan. Namun jika orang itu masih tidak faham, mungkin perlu ada kaedah yang lebih hebat agaknya.
2. Saya kurang pasti tahap mana tuan belajar NLP. Saya pernah belajar NLP dari Anthony Robbins dan tak ada kaitan NLP dengan “setiap orang berusaha mengikut cara dan resources yang mereka tahu”
Kalau saudara nak gunakan jargon untuk menunjuk pandai pun. Saya rasa tidak perlu. Lagipun jika benda itu salah, lagi memalukan diri sendiri.
Ini samalah seperti seorang yang berdiam diri, orang akan sangka samada orang ini “bodoh kot”… tetapi sekali dia buka mulut, orang akan kata “confirm bodoh”.
3. Yang saya paling sedih adalah saudara yang mungkin seorang ‘intellek’ yang memahami Neuro-Linguistic Programming tidak mampu untuk menangkis satu pun hujah dalam perumpamaan itu.
3. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita nak cakap. Jangan mudah melenting tak tentu pasal dan menyuruh orang memasuki neraka. Menangkap gambar di sana dan di sini tidak bermakna kita memahami erti kehidupan.

Bekerja makan gaji adalah cara terbaik menjadi binatang peliharaan yang berada di dalam kandang, berkawan dengan rakan-rakan yang terhad, tiada kebebasan, terpaksa dengar arahan boss, membuat kerja yang tidak disukai, dipersalahkan atas semua kesalahan dan yang paling utama, makan gaji adalah kareer yg palingg berisiko. Anda boleh dipecat bila-bila masa. Tapi masyarakat mengajar kita, kerja makan gaji adalah kerja yang selamat.Dan semalam ada seseorang ‘ustaz’ komen di artikel ini dengan nada yang sangat marah. Artikel hari ini adalah untuk menjawab ‘ustaz’ ini… Sebelum itu, mari kita lihat komen ‘ustaz’ ini.
Salam.Jawapan saya:
Tidak betul makan gaji seumpama binatang di dalam kandang. Amat besar dosanya menyamakan orang yang berkerja makan gaji sebegitu. Mereka yang berkerja dengan ikhlas untuk menyara keluarga dengan makan gaji adalah jihad yang sah di sisi islam. Maka bila kita merendah-rendahkan taraf mereka itu, kita juga sama seperti binatang yang tidak ada perasaan, tidak ada akal untuk memikir, juga tiada hati untuk mengerti.
Saya juga berkerja sendiri, dan seorang trainer. Saya sendiri cuba menginspirasikan orang lain berniaga. Tidak pernah terlintas untuk mengumpamakan orang lain itu seperti binatang peliharaan bila makan gaji. .
Dalam NLP sendiri kalau tuan pernah belajar lah, perkara pertama yang tuan perlu tahu ialah, setiap orang berusaha dengan cara dan resources yang mereka tahu dan mereka ada.
Jadi bila kita tak ada pengetahuan tentang kemanusiaan itu, dan tidak tahu caranya, tak usahlah kita teruskan cuba mengajar orang lain. Cara yang salah, keji dan desparate hanya membuatkan kita menempah jalan keneraka.
Salam ikhlas
1. Perumpamaan yang saya buat ini hanyalah sekadar perumpamaan mengenai situasi seseorang yang bekerja makan gaji.
Nabi Muhammad sendiri sering membuat perumpamaan-perumpamaan untuk memudahkan kita untuk memahami sesuatu. Contohnya seperti Hadith di bawah :
“Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai“.(Hadis riwayat Ahmad)
Adakah ini bermakna, Nabi menyamakan dan merendahkan taraf seorang manusia menjadi seekor kambing ?
Sudah tentu tidak, Nabi menggunakan teknik penggunaan “metaphor” untuk memahamkan orang kebanyakkan. Namun jika orang itu masih tidak faham, mungkin perlu ada kaedah yang lebih hebat agaknya.
2. Saya kurang pasti tahap mana tuan belajar NLP. Saya pernah belajar NLP dari Anthony Robbins dan tak ada kaitan NLP dengan “setiap orang berusaha mengikut cara dan resources yang mereka tahu”
Kalau saudara nak gunakan jargon untuk menunjuk pandai pun. Saya rasa tidak perlu. Lagipun jika benda itu salah, lagi memalukan diri sendiri.
Ini samalah seperti seorang yang berdiam diri, orang akan sangka samada orang ini “bodoh kot”… tetapi sekali dia buka mulut, orang akan kata “confirm bodoh”.
3. Yang saya paling sedih adalah saudara yang mungkin seorang ‘intellek’ yang memahami Neuro-Linguistic Programming tidak mampu untuk menangkis satu pun hujah dalam perumpamaan itu.
3. Jadi berhati-hati dengan apa yang kita nak cakap. Jangan mudah melenting tak tentu pasal dan menyuruh orang memasuki neraka. Menangkap gambar di sana dan di sini tidak bermakna kita memahami erti kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan