Jumaat, 15 Mac 2013

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN



                             

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
                                                                                                                                       (Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS

Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman.
      
Di antara sifat-sifat bangsa Yahudi yang disebutkan di dalam Al-Quran :-
a)        Keras hati dan zalim.
b)        Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam.
c)        Mengubah dan memutarbelitkan kebenaran.
d)        Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka.
e)        Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran.
f)        Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah.
g)        Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian.
h)        Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam.
i)        Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik.
j)        Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin



Mari kita renung sejenak keadaan umat Islam hari ini. Adakah di antara kita yang bersifat dengan sifat-sifat seperti yang disebutkan di atas? Jika tiada, Alhamdulillah kita panjatkan kepada Allah SWT. Namun, jika ada yang bersifat sedemikian, bertaubatlah dan masih ada masa untuk mengubahnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin