Bacaan surah Al-Mulk, ayat 2:
Kehidupan manusia bermula di alam roh, dunia (fana - alam
yang bakal hancur), alam kubur, alam masyar dan kemudian alam syurga atau
neraka. Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, sebanyak 40 juta
sperma berenang masuk dan cuma satu yang Allah izinkan bercantum dengan ovum
untuk membentuk nutfah dan hidup disitu selama 9 bulan. Ketika dalam kandungan
ibu, roh akan ditiupkan kemudian akan dituliskan tentang rezekinya, ajalnya dan
amalan dan kehidupannya dan sama ada dia ahli syurga atau ahli neraka.
Setelah itu, kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam
dunia. Di dunia juga kita mengalami 5 peringkat kehidupan. Peringkat bayi –
semua orang sediakan keperluan kita daripada makan, tidur, pakaian dan
sebagainya. Kemudian kita menjadi kanak-kanak. Seterusnya kita menjadi remaja.
Nabi SAW mengatakan bahawa remaja merupakan satu juzuk daripada kegilaan.
Setelah itu, kita menjadi dewasa dan kemudian kita akan menjadi tua. Setelah
itu, Allah akan matikan kita dan kita bakal kembali kepada Allah SWT.
Kehidupan di alam barzakh jauh lebih besar dan lebih penting
daripada kehidupan di dunia. Alam barzakh bermula ketika kita telah meninggal,
sebelum dimasukkan ke dalam kubur lagi. Ketika itu kita bakal bertemu
ujian-ujian yang lebih getar lagi. Semua orang akan mengalami alam ini. Alam
barzakh ada dua jenis – sama ada merupakan salah satu daripada taman syurga
ataupun kawah neraka. Nabi SAW mengatakan bahawa orang yang paling cerdik ialah
sesiapa yang sentiasa mempersiapkan dirinya untuk bertemu Allah. Manakala orang
yang paling bodoh ialah seseorang yang mengikut hawa nafsunya.
Ketika menghampiri sakaratul maut – jika dia seorang yang
baik, malaikat maut akan datang dalam keadaan yang cantik dan elok para
rupanya. Roh kita akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar – dari kaki ke
pinggang, ke perut, dan ke halkum. Ketika roh berada di halkum, kita perlu
mengucap syahadah. Mata kita akan mengikut arah roh kita keluar. Roh yang baik
akan wangi baunya dan akan dibawa oleh 60 ribu malaikat untuk naik ke langit
dan bertemu Allah. Allah akan mengishtihakan roh baik termasuk dalam roh
illiyyin. Setelah itu, roh akan dipulangkan kembali ke sisi jasad dan roh akan
dapat melihat kerja-kerja pengurusan jenazah. Cuma orang lain tidak boleh
nampak roh yang pulang.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Bila ditimpa musibah,, bolehkan kita mengharapkan
kematian?
J: Ulama ada membincangkan dan memutuskan ada dua keadaan.
Pertama – baca doa seperti yang diajar Nabi SAW yang berbunyi, “Ya Allah,
hidupkan aku jika kehidupan itu baik untuk aku. Matikan aku jika kematian itu
baik untuk aku”. Pertama – kita perlu menghadapi musibah sebaik mungkin kerana
kehidupan merupakan peluang mencari pahala. Jika mati tiada lagi pahala kita.
Kedua – yakin bahawa setiap musibah itu pasti ada hikmah dan ganjaran yang
Allah akan berikan.
S: Apakan amalan yang perlu dilakukan ketika menghampiri
kematian?
J: Ketika menghampiri kematian akan ada berbagai-bagai
ujian. Paling besar ialah cubaan syaitan untuk merosakkan syahadah kita.
Pertama, ulama menyatakan agar kita sentiasa melakukan kebaikan agar dapat mati
dalam keadaan yang baik juga. Lidah banyakkan berzikir, dan kekalkan diri dalam
keadaan berwudhuk. Dekatkan diri kita dengan orang soleh agar mereka dapat
membimbing kita menghadapi sakaratul maut. Jika seseorang itu beriman kepada
Allah dan istiqamah dalam kebaikan, Allah akan turunkan malaikat untuk
mendampinginya ketika menghadapi kematian.
S: Apakah tanda-tanda mati dalam keadaan husnul khotimah
atau suul khotimah?
J: Nabi SAW mengajar kita berdoa memohon agar mati dalam
keadaan yang baik. Antara tanda-tanda mati husnul khotimah:
- ketika menghampiri kematian, dia akan berubah menjadi lebih baik.
- Dapat mengucap ‘Lailahaillah’.
- Dahinya berpeluh (merupakan tanda rahmat Allah kepadanya)
- Hidungnya kembang-kempis, air matanya akan mengalir dan raut wajahnya menjadi lebih cerah ketika sakaratul maut.
Sebaliknya tanda-tanda suul khatimah pula ialah:
- Semakin sukar melakukan ibadah dan amal kebaikan
- Keluar buih daripada bibirnya dan najis keluar dengan banyak ketika menghadapi sakarul maut.
S: Bagaimana untuk membantu orang di alam barzakh?
J: Dalam satu hadis Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud
“Apabila mati anak Adam, putus amalan-amalannya kecuali doa anak soleh untuk
ibu bapanya, sedekah jariah yang pernah dilakukan dan ilmu yang bermanfaat yang
diajarkan kepada orang lain”. Amalan orang yang hidup untuk membantu orang yang
telah meninggal pula adalah dengan:
- menziarahi rakan-akan mereka yang telah meninggal. Menziarahi mereka dapat merapatkan silaturrahim dan mengalirkan pahala kepada mereka yang meninggal.
- Menziarahi kubur mereka
- Bersedekah atas nama mereka
- Berdoa memohon keampuan dosa kepada mereka
- Baca Quran dan niat sedekahkan pahala untuk mereka juga.
S: Bolehkah orang yang fasiq datang kepada seseorang ketika
menghadapi kematian? Apakah cirri-ciri orang yang fasiq?
J: Antara ciri-ciri orang yang fasiq ialah orang yang
berterusan membuat dosa kecil, atau membuat dosa besar tanpa bertaubat. Oleh
itu, dikhuatiri bahawa orang ini akan memberi kesan tidak baik kepada orang
yang dekat dengan kematian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan