Dalam kitab purba
hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta
hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas
(suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan
bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah
Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan
pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
Satu kitab kuno India
ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah
Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha
Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan
orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain
dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi
atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana
terdapat banyak emas disitu.
Dalam sejarah Yunani,
Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada
abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone,
yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana
(sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China,
I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil
kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud
negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam
teks pelayarannya.
Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah
melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di
Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan
rajanya
Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman
II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di
Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12.
Berabad-abad lamanya
para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan
kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah
Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini
sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok
lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi
yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan
bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang
menakjubkan itu.
Dalam peta lama
Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah
pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih
merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang
sehingga tahun 1817.
Kemewahan dan
kekayaan Tanah Melayu dengan emas sangat terkenal dari zaman Firaun dan
Nabi Sulaiman lagi. Gunung Ledang di Johor dikaitkan dengan Mount of
Ophir (merujuk kepada “Lombong Emas Solomon” yang masih menjadi misteri
dunia (Ophir berada di Philipines) menyebabkan Tanah Melayu sentiasa
diancam, diserang dan dijajah. Nenek moyang melayu dahulu pernah
mengganut Agama Budha ketika Tamadun Aryan berkuasa, agama Hindu ketika
Brahmin-Brahmin India datang berniaga disini dan akhirnya Islam setelah
berhubung terus dengan Saudagar-saudagar Arab di Melaka dan Sumatera.
Akhirnya, Tanah
Melayu telah dijajah oleh semua kuasa, sebut sahaja, Siam, Champa,
China, India, Portugis, Belanda, British, Jepun pernah menguasai hasil
kekayaan emas di tanah ini.
Ketika zaman
imperialisme, British begitu berminat untuk menguasai pengeluaran emas
di negeri Pahang yang ketika itu dipimpin oleh Sultan Ahmad dengan
pelbagai helah dan tentangan dari pemimpin setempat akhirnya mereka
dapat menguasai Pahang dengan bantuan Raja Abu Bakar (sultan johor) dan
residen british pertama dilantik di Pahang adalah JP Roger pada tahun
1824.
Rounsevelle Wildman,
seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul
logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada
tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.
Rezab emas negara
dikatakan masih lagi tersimpan sebanyak 106,000 Ton daripada
kajian-kajian yang diilakukan dan ia sentiasa bertambah apabila penemuan
baru dan akan berkurang apabila mineral tersebut digali dari perut
bumi.
Malaysia bukannya
negara pengeksport emas terbesar, malah kita bukan dikalangan 30 negara
terbesar memiliki emas, Menurut kajian sebuah institut mineral yang
berpangkalan di Amerika, Malaysia berada di tangga ke-39 dunia mempunyai
rezab emas yang belum digali.
Perlombongan emas di
Malaysia hanya terhad di beberapa kawasan sahaja, ia dikenali sebagai
Jalur Tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang,
Jeli, Kelantan, sehingga Gunung Ledang di Johor. Lombong terbesar yang
masih aktif di Malaysia adalah di Penjam,kuala lipis, ia mengeluarkan
hampir 95% pengeluaran emas Malaysia. Tempat lain yang masih aktif
adalah di Kuala Selinsing, Damar Reef dan Tersang di Pahang . Selain itu
masih ada 5 lagi lombong di Jeli dan 6 lombong sekitar kawasan raub,
kuala lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan
komersial.
Kesan dari penjajahan
British keatas tanah melayu dari tahun 1817 sehingga 1957 menyaksikan
hampir semua emas negara telah dikorek habis habisan oleh penjajah
seperti di bekas-bekas lombong di Jeli, Gua Musang dan Tanah Merah,
Kelantan yang kini menjadi lombong mati.
Pada tahun 2008,
negara dikejutkan dengan penemuan emas di Pantai Mersing dari kesan
“Gold Rush” pada Jalur Timur iaitu selari dengan Jalur emas di Lubuk
Mandi, Terengganu yang telah ditutup tetapi dibuka semula pada tahun
2002.
Hanya terdapat dua
jenis emas di Malaysia iaitu Au-Cu-Ag-Zn di Jalur tengah dan Au-Cu di
Jalur timur. Ia biasanya berada di lereng-lereng bukit di kawasan
tadahan air sungai. Sungai yang biasa dikaitkan dengan emas adalah
sungai Jelai dan Koyan di Pahang.
Pada awal tahun 2010
kita dikejutkan sekali lagi dengan penemuan “emas” di Pendang, Kedah di
kawasan kuari yang telah ditutup tetapi setelah kajian dilakukan, “emas”
tersebut sebenarnya adalah “Pyrite” iaitu mineral yang biasa digunakan
untuk membuat emas palsu. Pendang di kedah adalah selari dengan Jalur
Barat yang kaya dengan bijih timah suatu masa dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan