Selasa, 12 Mac 2013

MASALAH HAID UNTUK KAUM WANITA

Langkah pertama – mengenalpasti punca kelewatan haid.
Langkah kedua – mengenalpasti tanda-tanda seperti pertumbuhan buah dada dan rambut di kemaluan dan ketiak menunjukkan tanda pengeluaran estrogen.
Langkah ketiga – Pemeriksaan tubuh dan perkakas peranakan adalah penting untuk mengesan kecacatan semula jadi, ujian ultrasound pada perut untuk mengesan ada atau tidak rahim dan ovari.
Langkah keempat – Ujian darah untuk menyukat paras hormon adalah penting untuk mengenal pasti punca masalah. Rawatan bergantung kepada punca masalah. Pembedahan kecil perlu dilakukan untuk membuka selaput dara jika ia tertutup. Jika faraj tidak wujud, pembedahan untuk membentuk ‘artificial vagina’ dilakukan. Rawatan hormon diberikan jika puncanya ialah kecacatan pada kilang pituitary atau ovary.
Langkah kelima – Merawat dengan kaedah urut terapi di mana meransang tubuh badan yang bermula dari tulang belakang untuk melancarkan perjalanan darah bagi tubuh badan. Terapi ini haruslah menumpukan lebih di bahagian saraf dan organ sistem reproduksi (sistem peranakan).
HAID TIDAK TERATUR !
Pusingan haid yang tidak teratur, ialah pusingan yang kurang daripada 25 hari atau lebih daripada 35 hari. Ini dianggap tidak teratur, ada setengah wanita haidnya datang dua atau tiga bulan sekali. Keadaan ini sering berlaku di kalangan anak anak gadis yang baru masuk ke alam remaja atau wanita yang hampir putus haid. Keadaan ini bukanlah satu penyakit tetapi hanya disebabkan oleh gangguan hormon. Wanita yang mengalami masalah ini adalah kurang subur kerana ia kurang mengeluarkan benih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin