Sabtu, 2 Mac 2013

BAGAIMANA MENANGANI MASALAH PEMIMPIN YANG ZALIM KEPADA RAKYATNYA

Kembalilah kepada al Qur'an dan al Hadith jika terdapat perbezaaan pendapat,

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (al-Quran) dan rasul-Nya (sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”
 [an Nisa:59]

Dalil al Quran mengenai pemimpin yang zalim

Dalil 1

Kaedah al Qur'an menangani pemimpin yang zalim, didahului dengan ayat yang menceritakan bagaimana sezalim-zalim pemimpin, iaitu Fir'aun diturunkan kepada Bani Israil akibat daripada maksiat yang dilakukan oleh orang-orang Bani Israil itu sendiri.

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan.”

[Surah al An`am: 129]

Tafsiran ayat ini adalah,

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka (rakyat) sendiri hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.

[Syarh al `Aqidati at Tohawiyah, juz 2, hal. 542]

Dalil 2

Kaedah dakwah yang lemah lembut dan bebas daripada caci-mencaci telah diterangkan oleh Allah untuk Nabi Musa dan Nabi Harun ketika mereka mahu berdakwah kepada Fir'aun (sezalim-zalim pemimpin sehingga mengaku dirinya Tuhan).

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut.”

[Toha:44]

Dalam buku tarikh dikisahkan bahwa ada seorang wa’izh ( pemberi nasihat ) datang kepada khalifah Harun al rasyid. Orang itu berkata dengan cara yang sangat kasar. Maka sang khalifah berkata : “Ingatlah bahwa aku tidak lebih buruk daripada Fir’aun dan engkau tidak lebih baik daripada Musa as, sedangkan Allah telah memerintahkan Nabi Musa untuk berkata kepada Fir’aun dengan cara yang lemah lembut”. Kemudian Harun Al Rasyid membaca surah Taha ayat 44 tersebut.

Dalil 3

Allah menyuruh kita,

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

[Fushshilat :33-34]

Tolak amal kejahatan dengan sikap yang lebih baik, seperti (menolak) kemarahan dan kejahilan dengan kesabaran, dan membalas dendam dengan memaafkan. Dengan hal itu, mereka yang yang bermusuhan itu akan menjadi seperti kawan baik jika kamu bertindak seperti (cara yang lebih baik) itu.

[Tafsir Al Jalalain]

Dalil 4

Kaedah berhikmah dan pelajaran yang baik,

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.”

[an-Nahl : 125]

Dalil 5

Kaedah agar jangan berkasar dan keras hati,

“Dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu..”

[ali Imran:159]

Dalil al Hadith kaedah menasihati pemimpin Islam yang zalim

Dalil 1

Rasulullah saw bersabda,

“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya.”

[Bukhari]

Dalil 2

Rasulullah saw bersabda,

“Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu.”

[HR al Bukhari dan Muslim]

Dalil 3

"Dari Wail r.a. berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka daripada kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan.”

[HR Muslim]

Dalil 4

“Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu.”

[HR al Bukhari dan Muslim]

Dalil 5

“Dengarlah dan taatilah penguasa di waktu susah dan senang, di waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat.”

[HR Ibn Hibban, sanadnya hasan]

Dalil 6

"Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun dia jahat.”

[Diriwayatkan oleh al Baihaqi dengan sanad yang sahih]

Dalil 7

Kata-kata Khalifah ar Rasyidin ini disokong oleh sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah akan mengukuhkan agama ini (Islam) dengan orang yang jahat.”

[HR al Bukhari]

Rasulullah s.a.w. sudah pun mengetahui bahawa selepas kewafatan baginda, umat Islam akan dipimpin oleh orang-orang yang tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Bagaimana kita menghadapinya sudah pun diajarkan caranya oleh baginda dalam banyak hadith-hadith sahih, iaitu dengan membaiki keadaan ummat itu secara keseluruhannya. Daripada rakyat biasa, pertengahan dan peringat atasan.

Dalil 8

Dari Abu Musa r.a. ia berkata :

“Rasulullah saw. setiap kali mengutus seorang dari sahabatnya untuk suatu urusan, beliau bersabda, “Berilah khabar gembira dan jangan membuat orang lari, permudah dan jangan mempersulit”.

[Muslim]

Dalil kaedah para Sahabat menangani pemimpin Islam yang zalim

Kaedah para sahabat menangani permasalahan pemimpin yang zalim dan pembunuh sahabat, iaitu Hajjaj bin Yusuf.

Dalam Shahih Bukhari no. 1660, 1662 dan 1663 disebutkan bahwa sahabat ‘Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu pernah salat dengan bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf ats Tsaqafi. Padahal al Hajjaj adalah seorang yang fasik dan bengis, sementara Abdullah bin Umar radhiyallahuannhu adalah seorang sahabat yang sangat hati – hati dalam menjaga dan mengikuti sunnah Nabi SAW.

Al Hajjaj adalah seorang amir yang zalim, dia menjadi amir di Irak selama 20 tahun dan dialah yang membunuh Abdullah bin Zubair bin ‘Awam di Makkah. Hajjaj mati tahun 95 H (Taqribut Tahdzib no. 1144 dan Tahdzibut Tahdzib II/184-186 oleh al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalany)

Demikian juga yang dilakukan oleh sahabat Anas bin Malik radhiyallahuannhu yang juga bermakmum kepada al Hajjaj bin Yusuf.

Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: "Janganlah kamu menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku." (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq.)  [HR Bukhari] 

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya”. [HR Tirmidzi] 

Para-para sahabat ra yang mulia ini cuba menghalang wujudnya fitnah sesama ummat Islam lebih daripada kepentingan diri mereka sendiri, di samping menegur dengan berhemah terhadap pemimpin yang zalim dan bersabar menanggung ujian tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin