Pendahuluan
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang.
Pada zaman dahulu alkohol dikenali sebagai satu bahan yang
dicampur ke dalam arak dan memabukkan, sekarang tidak semua alcohol memabukkan
malah ia amat berguna untuk dicampurkan ke dalam bahan-bahan tertentu. Oleh itu
menghukumkan alcohol sebagai benda yang memabukkan perlu dikaji semula. Kertas
kerja ini adalah untuk membincangkan hukum alkohol yang dicampu ke dalam minyak
wangi.
2.
Definasi Alkohol
Alkohol, adalah sejenis gas cair (fluida). Gas mempunyai sifat:
i.
Kemampuan
berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi.
Energi kinetik akan menaik, bila temperatur menaik (dinaikkan).
ii.
Campuran
molekul-molekul gas adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah
dalam garis lurus dan tidak hilang tenaganya, akibat pelanggaran antara sesama
molekul tadi itu.
iii.
Menempati
volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat
yang sama.
Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setetes
minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini alkohol yang
dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut dibawa dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)nya pun sama
dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.
Jawatankuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama
yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan
(Ho). Ia terdiri daripada bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol,
Bothanal dan lain-lain lagi. Dua jenis alkohol yang paling baik ialah
i. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu).
ii. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
i. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu).
ii. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.
Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia
merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di
dalam minuman keras. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan
mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.
Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.
Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan
dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk membuat alat solek dan
minyak wangi.
2.
Hukum Alkohol
Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun ia mempunyai daya
pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah
memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda nabi S.A.W
Bermaksud:Setiap yang memabukkan arak, dan Setiap arak
adalah haram
Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samaada
mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang
memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal diminum.
Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan
tidak najis dan halal dimakan.
3.
Alkohol Dalam Minyak Wangi
Ulamak-ulamak dahulu menfatwakan alkohol yang terdapat pada
perfume adalah najis, sebagaimana najisnya khamar/arak. Manakala ulamak-ulamak
sekarang mengatakan sebagai suci tidak najis. Masing-masing berijtihad
berdasarkan hasil kajian yang mereka perolehi.
Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari
arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi
alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak maka hukumnya tidak
najis dan tidak haram diminum.
Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah
diharuskan.
Menurut Abd al-Rahman al-Jaziri dalam kitab " Al-Fiqh Ala al-Mazahib al-Arba`ah
" dalam bab "Al-Najasat, Alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi
untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah
harus.
Lembaga Fatwa Al-Azhar pula berpendapat bahawa alkohol itu tidak
najis manakala arak tetap najis.
Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat “Mengenai alkohol
di dalam minyak wangi, hukumnya tidak haram malah ia disunatkan”.
Al-Marhum Syeikh Sya'rawi dalam bukunya Anta tas'al Wa al-Islam
Yujib “Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol
menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk”.
4.
Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang.
Masalah alkohol di dalam perfume ini adalah masalah khilafiyah.
Ini kerana Jumhur ulamak bersepakat menyatakan bahawa khamar dan jenis-jenis
arak yang lain adalah najis sedangkan mereka berbeda pendapat mengenai kandungan
alkohol yang ada pada benda-benda selain arak adakah ia bernajis ataupun tidak?
Alkohol jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan
bakar, hukumnya tidak haram. Oleh itu alkohol tidak najis. Adapun terdapat
beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol
misalnya adalah kerana ia disalahgunakan untuk diminum dan untuk bermabuk-mabuk.
Wanita
boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang
memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan