Rabu, 12 Oktober 2011

KEZALIMAN BINATANG ADALAH BERDOSA.

Bentuk Kezaliman Terhadap Binatang

Baru-baru nih banyak cerita pasal Petknode tuh. Hmm kesian binatang menjadi mangsa. Sedih kot anak kucing yang kecil-kecil tuh mati. Dahlah kurus kerempeng, ada yang muka sedih gila. Ish ish ish.

Kezaliman terhadap binatang tidak terhad kepada perbuatan memukul atau membalingnya dengan sesuatu objek. Tak bagi binatang pun zalim. Memang zalim gila kalau tak bagi makanan dekat binatang. Sedangkan manusia pun parah kalau tak makan, apa tah lagi binatang kan.

Antara kezaliman terhadap binatang:
  • memukul, menendang, melempar dengan sesuatu objek
  • menganiaya, mendera atau membuli
  • mengurung di dalam tempat atau kurungan yang kecil, sempit, atau tidak sesuai
  • menambat dnegan mengikat tali pada leher dengan terlalu ketat sehingga menjerut
  • menunggang secara berlebihan tanpa rehat sehingga ia keletihan
  • memaksanya bekerja atau menggunakannya untuk mengangkat barang-barang yang terlalu berat
  • menyebabkan kesakitan pada tubuhnya atau membuat ia menderita seperti menyimbah dnegan air panas atau mencucuknya dengan benda tajam
  • memaksanya membuat aksi-aksi luar biasa yang bukan aksi semulajadi seperti di dalam sesuatu pertunjukan dengan tujuan untuk mendapatkan wang
  • membiarkan ia kelaparan dengan tidak memberi makanan
  • tidak memberi makanan dan minuman yang cukup
  • tidak menjaga kebersihan dan kesihatan serta tidak menyediakan tempat tinggal yang sempurna
  • menggunakannya untuk perlagaan atau pertaruhan

*Kalau binatang se comel ini dibiarkan tanpa makanan, apalah jenis manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin