Tips Pengambilan Ubat-ubatan Pada Bulan Ramadhan di
bawah ini berguna untuk anda yang mengambil ubat dan risau macam mana
nak jadualkan pemakanan ubat-ubatan pada bulan Ramadhan.
Tips pengambilan ubat-ubatan ini saya jumpa di blog yang cukup berinformasi untuk kita semua iaitu blog Untuk Semua. Penulis merupakan seorang pharmacist. Jadi, saya share informasi berguna untuk anda yang mungkin memerlukan. Selamat membaca!
Antara Kemusykilan yang sering diajukan oleh pesakit tentang
batal puasa mereka sekiranya menggunakan ubat-ubat seperti berikut :
Tips pengambilan ubat-ubatan ini saya jumpa di blog yang cukup berinformasi untuk kita semua iaitu blog Untuk Semua. Penulis merupakan seorang pharmacist. Jadi, saya share informasi berguna untuk anda yang mungkin memerlukan. Selamat membaca!
Jika Arahan Mengambil Ubat…..
|
Anda boleh
|
Sekali sehari sebelum atau selepas makan
|
Ambil sebelum atau selepas bersahur
Kalau ingin mengambilnya semasa berbuka:
Jika arahan sebelum makan, berbuka dahulu dengan air dan buah tamar dan ambil ubat. Ambil makanan utama selepas 20 hingga 30 minit kemudian.
Jika arahan selepas makan,
ambil ubat selepas berbuka. Adalah digalakkan untuk berbuka dengan air
dan buah kurma, rehat atau solat maghrib dahulu, baru makan makanan
utama dan ambil ubat 20 hingga 30 minit kemudian.
Amalkan masa yang sama setiap hari semasa mengambil ubat dalam bulan Ramadhan.
|
Dua kali sehari selepas makan
|
Ambil ubat sekali semasa bersahur dan sekali sehari selepas berbuka.
|
Dua kali sehari sebelum makan
|
Ambil ubat sebelum sahur dan berbuka dahulu dengan air dan buah kurma dan ambil ubat. Selepas itu, baru makan makanan utama. (Makan ubat sebelum mengambil makanan utama dalam selang masa
satu- setengah jam).
|
Tiga kali sehari selepas makan
|
Ambil ubat selepas berbuka, sebelum tidur sekitar pukul 12 tengah malam dengan minuman dan selepas bersahur.
|
Tiga kali sehari sebelum makan
|
Sama seperti di atas tetapi sebelum makan
|
Setiap lapan jam
|
Kalau tiada pilihan dan penyakit anda tenat atau tidak stabil, patuhilah arahan doktor anda
|
Jenis Ubat
|
Batal/ Tidak batal puasa
|
Ubat titis mata
|
Tidak batal
|
Ubat titis telinga, hidung
|
Batal
|
Ubat sapu pada kulit (krim atau jel), koyok tampalan kulit
|
Tidak batal
|
Supositori dan pesari
|
Batal
|
Segala jenis suntikan (suntikan otot, sendi, kulit dan pembuluh darah)
|
Tidak batal
|
Pengambilan oksigen dan gas pelali
|
Tidak batal
|
Spray atau semburan mulut (inhaler)
|
Tidak batal
|
Kumuran
|
Tidak batal
|
Ubat yang diletakkan di bawah lidah
|
Batal
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan