Selami 13 perkara perlu dielak bagi menghias rumah idaman HIASAN dalaman sebenarnya bersifat peribadi. Ia cenderung kepada penonjolan cita rasa empunya diri. Bagi yang berani, mereka mungkin inginkan pembaharuan, kelainan selain rela menongkah arus seperti keputusan memilih rona garang untuk bilik tidur dan ruang makan.
Selain itu, menyusun gambar tidak perlu mengikut kelompok ukuran bingkai manakala cat dinding ruang tamu tidak semestinya dari kelompok warna senada.
Apapun anda pemiliknya, maka, jika sentuhan sedemikian membuat anda selesa teruskan saja namun, jangan keterlaluan menghias rumah sehingga tetamu berasakan kehadiran mereka seperti tidak dialu-alukan.
Kewajaran menghias rumah masih dituntut dan diperlukan bagi membantu anda memiliki sebuah kediaman yang bukan saja cantik dipandang mata tetapi selesa diduduki. Pastikan anda berasa tenang, damai dan tidak merimaskan. Jadikan kediaman `sarang persembunyian’ yang mampu mententeramkan jiwa anda.
Justeru, sebelum mulakan langkah menghias, pastikan maklumat asas hiasan dalaman dikenal pasti. Ini penting bagi membantu anda membuat pilihan terbaik.
Menurut penulis laman web About.com Guide, Coral Nafie, ada 20 perkara yang sama sekali patut dielakkan ketika menghias rumah. Antaranya:
Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.
Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.
Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.
Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.
Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu.
Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.
Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.
Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.
Belajar memahami perincian yang boleh tampilkan keunikan gaya hiasan dalaman. Misalnya, lampu meja, kusyen hiasan berbeza fabrik dan rona, lilin beraroma serta jambangan bunga. Yang pasti, keseluruhan gaya kediaman mampu membuat anda dan tetamu teruja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan