Isnin, 10 Oktober 2011

BUMI AKAN HANCUR PADA 2012.


bumi.jpg

Kiamat besar disebutkan oleh Allah akan datang secara tiba-tiba, tanpa dapat diramal secara tepat oleh manusia. Nabi Muhammad hanya diberikan oleh Allah ilmu berkenaan tanda-tanda hampirnya sahaja. Tiada siapa yang mampu meneka tarikh tepatnya, sama ada tahun atau bulannya.
Sesiapa yang cuba mengira-ngira sama ada berdasarkan jumlah dan ayat al-Quran dan sebagainya, ia sebenarnya sedang melakukan kekarutan dan menyeleweng dari jalan yang benar.
فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا السَّاعَةَ أَن تَأْتِيَهُم بَغْتَةً فَقَدْ جَاء أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ
Ertinya : Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang? ( Surah Muhammad : 18)
Itu perihal kiamat besar, namun disampingnya ada kiamat kecil, iaitu kematian yang sentiasa basah di bibir Rasulullah mengingatkan umat dan sahabatnya. Kiamat kecil ini juga kerap datang secara tiba-tiba, sehingga kata orang ia datang "tanpa seorang itu mampu atau sempat bersedia".
Hakikatnya itu tidak benar, sebenarnya Allah mendatangkan kematian setelah kita semua diberikan masa dan infra secukupnya untuk bersedia. Cuma kita yang terlalu lalai dan terhijab dek kerana kecantikan dan kenikmatan sementara yang wujud di atas dunia ini.  
Saya suka berkongsi tiga video melalui entry ini. Satu darinya telah saya kongsikan di facebook saya, namun bagi meluaskan lagi jangkauan kebaikan yang boleh diperolehi dari video ini, saya muatkan ia di web ini. Sebuah video yang saya tonton berkali-kali, dan sebuah video yang mampu mengalirkan air mata.
Video ini memperlihatkan seorang yang dijemput kematian ketika betul-betul sesudah solat. Betapa kita tidak dapat menjangka bila nyawa akan ditarik. Setiap organ yang berfungsi di dalam tubuh kita adalah dengan izin dan kuasa Allah, kita tidak mampu mengawalnya.  Kita tidak tahu, bila tiba-tiba ia jammed. Terhentinya ia beberapa minit cukup untuk menamatkan umur kita di atas dunia. Ia bukan seperti enjin kereta yang boleh ditangguh-tangguh untuk memulihkannya.

LUPA
Ramai yang terlupa di akhirat sana, nikmat yang maha besar sedang menunggu bagi sesiapa yang bersedia dan sentiasa menambah persediaan dan bekalannya. Nikmat Syurga tidak mampu sama sekali digambar, sebagaimana pereka cipta kereta Ford di awal rekaannya tidak akan mampu sama sekali terbayang kereta Ferrari di zaman ini. Jika diandaikan seorang dari kita tiba-tiba melayang ke masa silam dan cuba menerangkan perihal bentuk dan enjin Ferrari, bentuk  dan fungsi i-phone dan i-pad ,tentunya tiada siapa yang berada di zaman itu boleh membayangkannya.
Begitulah kenikmatan akhirat yang disebut oleh Nabi dari Allah ta'ala :
أعددت لعبادي الصالحين ما لا عين رأت ، ولا أذن سمعت ، ولا خَطَرَ على قلب بشر
Ertinya : Aku menyediakan bagi hambaku yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Manakala dalam catatan Imam Ahmad
إنه من يدخل الجنة ينعم ولا يبأس، لا تبلى ثيابه، ولا يفنى شبابه، في الجنة ما لا عين رأت، ولا أذن سمعت، ولا خطر على قلب بشر
Ertinya:  Sesungguhnya sesiapa yang memasuki Syurga Allah akan dikurniakan nikmat yang tidak akan jemu, tidak binasa pakaiannya, tidak hilang kepemudaan/pemudiannya, apa yang di dalam Syurga, sesuatu yang mata tidak mampu tergambarnya, dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga dan tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia. (Riwayat Ahmad)
Para ulama menghuraikan, perihal Nabi Adam yang pernah mendiami Syurga tidak sama sekali bertembung dengan hadis ini kerana syurga itu sentiasa berubah-ubah nikmatnya dan tidak akan sama sekali membosankan. Luasnya tidak tercapai oleh bayangan aqal manusia. Menurut hadis, individu yang menerima syurga paling terbawah pun besarnya adalah beberapa kali ganda dunia hari ini, apatah lagi yang lainnya. Justeru itu, apa yang dilihat oleh nabi Adam, dengan mudah sekali bagi Allah mengubahkan kepada apa yang dikehendakiNya.
Akhirnya sekali, ingatlah pesan dan teguran Imam Hasan Al-basri:
ما رأيت يقينًا لا شك فيه أشبه من شك لا يقين فيه من الموت
Ertinya : Tidaklah aku melihat satu perkara yang amat pasti (yakin) serta tiada keraguan padanya akan datang tetapi diperlakukan seperti suatu perkara yang tidak pasti hadirnya, (seolah tidak yakin kewujudannya) lebih dari perihal kematian.
Sama-samalah kita berdoa agar sewaktu nyawa kita ditarik kita berada di dalam keadaan yang baik di sisi manusia, amat baik di sisi Allah. Janganlah dimatikan kita sewaktu terlanjur melakukan maksiat.


TRAGEDI KIAMAT - Al- Ustaz Hj Taib Azamuddin Mohd Taib

Apabila tiba masanya yang telah ditentukan oleh Allah, maka sangkakala ditiupkan dan pengsanlah seluruh mahluk didunia. Kejadian yang amat mengejutkan ini berlaku berturut-turutan. Kemudian dibunyikan sangkakala dikali kedua, semua manusia dan seluruh mahluk bangun dan sedar kembali dari pengsan bagi menghadapi ke muka pengadilan.

* Peristiwa kiamat yang digambarkan dalam al-Quran merupakan satu tragedi yang paling dahsyat daripada apa yang dapat digambarkan. Satu gerakan bumi yang menakutkan, kencang dan cepat, kerana di waktu itu bumi akan digulung dengan suatu tarikan kuasa Allah SWT. ( Tafakur sejenak ) -
Bayangkan , sedangkan sejarah Tsunami yang berlaku pun amat mengerikan. "
Bayangkan keadaan kiamat dimana bumi digulung dengan amat pantas ".
' ALLAH HU AKBAR ' - Allah Maha Besar diatas segala-galanya.

* Sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan dari Mu'adz bin Jabal r.a bermaksud :-

" Jika datang hari kiamat, hari kerugian atau penyesalan, maka umatku akan dihalau oleh Allah SWT dari kubur mereka menjadi 12 golongan.

Golongan Pertama.

Mereka dihalau dari kubur tidak bertangan, tidak berkaki, kemudian dipanggil kehadapan Allah. Mereka terdiri daripada orang-orang yang menyakiti jiran tetangga & mati sebelum bertaubat.

Golongan kedua.

Mereka dibangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang atau babi,dihadapkan kehadapan Allah untuk pengadilan. Mereka ini adalah orang-orang yang memudah-mudahkan kefarduan sembahyang dan mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ketiga

Dibangkitkan dari kubur dengan perut besar dipenuhi ular dan kala. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mahu membayar zakat

Golongan ke Empat

Dibangkitkan dari kubur dengan darah mengalir dari mulut, isi perutnya terburai keluar disamping api menyala-nyala dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang-orang yang berdusta dan melakukan penipuan dalam perniagaan, mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ke Lima

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk lebih daripada bangkai, Mereka ini adalah orang-orang yang merahsiakan kemaksiatan dan kejahatan yang mereka lakukan, mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ke Enam

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan lehernya terputus-putus. Mereka ini adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu dan pendusta, mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ke Tujuh

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan tidak berlidah, mulutnya mengalir darah dan nanah. Mereka ini adalah orang-orang yang melarang orang lain untuk memperkatakan kesaksian sesuatu kebenaran, mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ke Lapan

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan terpusing dengan kaki keatas kepala, farajnya keluar nanah yang panas mendidih. Mereka ini adalah orang-orang yang melakukan zina dan mati sebelum sempat bertaubat.

Golongan ke Sembilan

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan wajahnya hitam pekat, matanya terjojol keluar dan perut berisi api. Mereka ini adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim

Golongan ke Sepuluh

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan kulitnya berbelang-belang dan berkudis. Mereka ini adalah orang-orang yang menyakiti hati kedua ibu bapa

Golongan ke Sebelas

Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan yang buruk rupa, bergigi besar, bibir terkeluar keparas dada, lidahnya terkeluar dan perut membuncit keparas paha. Mereka ini adalah orang-orang yang minum arak

Golongan ke Dua Belas

Dibangkitkan dari kubur dengan muka berseri-seri, melintasi Siratulmustakim secepat kilat. Mereka ini adalah orang-orang yang mengerjakan amal Solleh, melarang melakukan kemaksiatan, menunaikan sembahyang lima waktu dan mereka mati dalam taubat

* Tafakur dan imaginasikan peristiwa ini, kembalilah kepada jalan yang benar mengikut hukum Allah dan bertaubatlah sebelum terlambat.

" HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT " - Perhebatkan amal Solleh sementelahan masih diberi kehidupan didunia ini





Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin