Jumaat, 27 Januari 2012

ANAK LUAR NIKAH

Setiap hari ada je kes buang bayi yang sah2 anak luar nikah. Ada yang dibuang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia. Memang tidak berhati perut manusia jenis macam ni. Lagi kejam dari haiwan yang memang dah nyata tidak dikurniakan akal untuk berfikir.
Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Sumber : Berita Harian 21/03/2010
Jauhi Pergaulan BebasAda keyword masuk ke blog cik tom mengenai “hakikat mengenai anak haram“. Fuhh.. cik tom rasa tak sepatutnya anak luar nikah atau anak yang tak sah tarafnya dipanggil anak haram. Sedangkan diorang tidak bersalah pun. Yang patut dipersalahkan ialah emak bapak diorang yang hanya mengikut hawa nafsu semata-mata atau maybe perempuan yang jadi mangsa rogol.
Firman Allah Taala; ”Bahawasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” (Surah al-Najm, 38)
Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorang pun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan kedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah perbuatan zina yang dilakukan antara lelaki dan wanita sehingga menyebabkan lahirnya anak tersebut.
Pada hakikatnya anak luar nikah adalah sama seperti insan-insan lainnya. Dia lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Kain putih yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan penjaganyalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk pula jadinya.
Sabda Rasulullah s.a.w.; ”Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapanyalah yang akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Pelbagai penyelesaian yang kerajaan cuba lakukan untuk selesaikan masalah kes anak luar nikah ni. Contohnya sekolah untuk perempuan yang mengandung, pendidikan seks dan cik tom ada dengar ura-ura nak buat rumah untuk buang bayi. Tempat bagi menggelakkan diorang buang bayi merata-rata. Betulkah itu solusi yang sesuai? Rasanya masalah anak luar nikah boleh jadi makin berleluasa sebab mereka fikir sekolah, rumah boleh jadi penyelesaian anak luar nikah mereka. Buatkan mereka lagi berani berzina.
Semuanya ini hanya satu langkah penyelesaian selepas perkara tue dah terjadi. Bukankah lebih baik kita mencegah sesuatu dari mengubati sesudah yang dah berlaku? Maybe kerajaan atau NGO patut amik inisiatif lain seperti menyemak kembali slybus pendidikan agama islam dan kaji semula mengenai pendidikan seks. Memperketatkan lagi undang-undang atau laksanakan hukum hudud.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin