Isnin, 23 Januari 2012

KESELAMATAN KERETA ANDA

BAGI anda yang sering melakukan perjalanan dengan menggunakan kereta sendiri, pastinya menganggap ia sebagai rumah kedua.

Apa yang pasti, pelbagai barang dan kelengkapan penting ada dalam kereta. Yang penting, anda sentiasa mencari jalan bagaimana untuk melindungi kereta kesayangan anda itu.

Berikut beberapa panduan membantu melindungi kereta anda dan semua barang di dalamnya ketika bercuti.

1. Simpan barangan berharga sebelum sampai ke destinasi dituju.

Ketika sampai di hotel atau tempat letak kereta di dalam atau luar kawasan, simpan barang berharga di bagasi kecil yang terdapat di papan pemuka atau tempat yang anda rasakan selamat.

Jangan letak barang berharga di tempat yang mudah dilihat kerana ia boleh menarik perhatian pencuri untuk membuat jenayah terhadap kereta anda.

2. Pilih tempat letak kereta dengan bijak.

Di mana pun anda meletak kereta, sentiasa berwaspada dan jangan menganggap remeh walaupun keadaan tempat itu aman kerana pencuri akan menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mendapatkan apa yang dikehendaki mereka.

Ketika di bandar, pilih tempat letak kereta yang ramai. Ketika meletak kereta di pinggir jalan pula, cari tempat letak kereta berdekatan kedai, di bawah lampu jalan atau di tempat terbuka bagi menyukarkan pergerakan pencuri. Jalan yang sibuk adalah lokasi yang sangat baik.

3. Jika ragu, gunakan tempat letak kereta rasmi atau berbayar.

Meletak kereta di tepi jalan memudahkan menjadi sasaran pencuri. Jika tidak sedap hati dengan memilih untuk meletak kereta di tepi jalan, anda boleh mencari tempat letak kereta di pusat beli-belah atau yang berbayar.

Namun, anda juga perlu berhati-hati kerana malang tidak berbau. Justeru, berhati-hatilah sentiasa dan kunci kereta anda sebaiknya.

4. Seelok-eloknya letak kereta anda sendiri.

Ketika anda ke hotel, biasanya petugas tempat letak kereta (valet) akan menjamin keselamatan kereta dan itu adalah benar.

Tetapi, ada juga perlu berhati-hati kerana godaan untuk mencuri boleh datang secara tiba-tiba.

5. Kereta buruk juga boleh di curi.

Sesetengah mungkin pernah terfikir jika kereta yang diletakkan di sebelah anda lebih bagus daripada kereta anda, pasti pencuri itu lebih cenderung mencuri kereta itu dan anda selamat.

Tetapi, pencuri kini juga lebih bijak. Jika anda cuai, si pencuri boleh menjadikan kereta anda sebagai sasaran seterusnya.

Jadi, anggaplah kereta anda sesuatu benda yang berharga.

6. Periksa barang berharga secepatnya apabila kembali ke kereta.

Untuk memastikan tidak ada yang dicuri, sebaiknya anda perlu segera memeriksa barangan berharga sesampai saja anda di kereta.

Rasa curiga diperlukan bila membabitkan barangan yang anda anggap penting kerana pencuri boleh saja tidak meninggalkan jejak ketika mencuri barangan yang ada di dalam kereta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin