Isnin, 23 Januari 2012

PANDUAN KESELAMATAN SEMASA BERLAKU BANJIR.

banjir2
Musim tengkujuh menyebabkan banjir di beberapa negeri kebelakangan ini, menenggelamkan rumah dan merosakkan tanaman serta memaksa penduduk berpindah.
Namun, tidak semua mangsa banjir mengambil langkah berjaga-jaga memastikan keselamatan ahli keluarga terjamin, terutama megendalikan barangan elektrik.
Kita terlupa air ialah pengalir elektrik dan jika rumah ditenggelami banjir,  kemungkinan penghuninya terkena renjatan elektrik amat besar berikutan palam elektrik yang terendam atau kemungkinan ada kabel yang terputus menyebabkan arus elektrik boleh mengalir di dalam air.
Berikutan itu, sebagai langkah berjaga-jaga ketika banjir, Tenaga Nasional Berhad (TNB), menasihatkan orang ramai mengutamakan aspek keselamatan.
TNB sebagai syarikat ultiliti tunggal membekalkan elektrik kepada penduduk Malaysia, meminta orang ramai segera menghubungi pejabatnya yang berdekatan jika mengalami sebarang masalah atau pertanyaaan berkaitan bekalan elektrik.
Talian khidmat TNB iaitu 15454, bersedia sepanjang masa menerima panggilan orang ramai yang menghadapi masalah berkaitan elektrik ,sama ada di dalam premis pelanggan atau membabitkan talian TNB di luar. Jika ternampak tiang elektrik tumbang dan terendam di dalam air atau ada kabel talian TNB yang terputus, segeralah hubungi talian khidmat TNB bagi mengelak ada yang menjadi mangsa terkena renjatan elektrik.
Langkah terbaik apabila air memasuki rumah dan berkemungkinan menenggelamkan barangan serta punca elektrik ialah mematikan suis utama kerana ia akan menghentikan seluruh pengaliran elektrik dari talian utama di luar ke rumah.
Mungkin  ramai tidak melakukannya, sama ada terlupa atau mahu menggunakan perkakas elektrik tetapi biarlah bergelap menggunakan lampu suluh atau lilin daripada ada anggota keluarga ditimpa malang.
Elakkan mengguna perkakas elektrik sehingga dipastikan tiada punca atau kabel elektrik terendam di dalam air.
TNB menasihatkan orang ramai diminta sentiasa berhati-hati ketika mengendalikan  peralatan elektrik ketika masalah banjir, dengan tidak meyentuh sebarang peralatan elektrik atau suis dengan tangan basah selain tidak menggunakan sebarang peralatan yang terendam dalam air.
Orang ramai diminta menutup semua punca bekalan elektrik termasuk suis utama jika diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara dan tidak menghampiri sebarang peralatan yang menyalurkan tenaga elektrik seperti kabel elektrik, sama ada yang masih dalam keadaan sempurna mahupun terputus atau yang berada di atas tanah.
Selain itu, TNB meminta ibu bapa mengawasi anak-anak agar tidak menghampiri tiang elektrik yang tumbang atau kabel elektrik yang terputus  serta tidak menghampiri kawasan yang dinaiki air hingga mencecah kabel elektrik, sama ada voltan rendah atau voltan tinggi kerana dikhuatiri masih mengalirkan elektrik.
Jika perlu berpindah, seboleh-bolehnya simpan barangan elektrik di tempat tinggi agar tidak ditenggelami kerana selain mengelak kerugian akibat perkakasan elektrik rosak, juga menjamin keselamatan apabila kembali ke rumah.
Pastikan semua barangan elektrik, termasuk peti sejuk dan mesin basuh benar-benar kering sebelum digunakan. Jika ada barangan elektrik yang kecil, seperti kipas dan pengisar ditenggelami banjir , jemur perkakas itu sehingga benar-benar kering sebelum disambung ke punca elektrik. Seelok-eloknyaminta juruelektrik memeriksa perkakas berkenaan sebelum digunakan.
TNB biasanya akan menutup bekalan elektrik ke pencawang, pepasangan dan wayar elektrik yang terjejas untuk sementara waktu sebagai langkah keselamatan dan akan hanya disambung semula setelah banjir surut dan keadaan disahkan selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin