"Harapan umpama sinar matahari yang menyuluh bumi. Adakalanya mendung kerana ditutupi sang awan, adakalanya cerah memberikan sang bumi keceriaan"
Jika hari ini anda masih lagi termenung mengharap pada si dia, jika hari ini anda masih lagi ternanti-nanti si dia kembali kepada anda...Dengarlah suara hati saya berpesan..Baru-baru ini, ada seorang sahabat yang bertanya kepada saya:
"G, hari jadi bekas kekasih aku dah dekat, nak aku bagi dia hadiah ke tak?"
"Mat,jika kau berharap bila kau berikan dia hadiah, dia akan kembali kepada kau,hentikanlah saja."
Akhirnya, Mat tidak jadi beri hadiah kepada bekas kekasih dia. Pembaca yang saya sayangi, jika anda jadi seperti sahabat saya, apakah yang akan korang lakukan? Adakah anda akan memilih untuk memberi si dia hadiah semata-mata untuk menghidupkan harapan itu kembali? Anda rasa adakah si dia akan kembali jika anda berikan segalanya kepada dia? Adakah dengan menyerah jiwa dan raga anda juga bermakna anda akan akan dapat mengunci si dia?
Tidak kawan..Bukan begitu caranya untuk mendapat cinta...Jangan sama sekali gunakan harta dan tubuh badan anda untuk dapatkan cinta sama ada yang telah malap ataupun yang sedang umpama telur dihujung tanduk. Bagaimana bila si dia terima hadiah tersebut dan kemudian tidak menunjukkan sebarang harapan untuk anda? Yang lebih buruk, macam mana kalau si dia langsung tak mengucapkan terima kasih untuk hadiah yang diberikan? Apakah anda bersedia dilukai lagi? Apakah anda akan terus mencuba dan mencuba?
Ya, mungkin mencuba itu akan membuahkan hasil. Berhenti mencuba itu bereti putus asa. Tapi cubalah celikkan sikit mata, bukalah seluas-luasnya... Lihatlah disekeliling anda, ketika anda masih berharap, masih tergila-gilakan dia, ada orang lain disekeliling anda yang sedang menaruh harapan kepada anda. Cubalah cari, insyaallah, mungkin dia lebih baik daripada insan yang anda mengharapkan cintanya entah masih ada lagikah sisa untuk anda.
Bagi sang adam yang dihormati, berhentilah berharap pada si dia jika wajahnya yang anda idam-idamkan. Apakah bila hari tua nanti, rupanya bukan lagi seperti anak dara, adakah nasibnya sama seperti mereka yang ditinggalkan dirumah orang-orang tua? Ditinggalkan selepas mereka lakukan segala-galanya untuk orang yang mereka sayangi..
Bagi sang hawa yang disayangi, memang kadang kala lelaki terlalu memberi harapan kepada anda. Tetapi biarlah mereka sendiri yang mengucapkan kata cinta itu. Bukan semua lelaki mampu berkorban demi cinta.Tapi jangan terlalu gopoh dengan kata cinta itu. Ujilah cinta dan kesetiaan si dia..Jika boleh, suruh si dia terus meminang anda. Sentiasalah jaga diri selagi si dia bukan muhrim untuk anda. Kerana dalam minda lelaki tak boleh lari daripada seks dan mungkin anda ditinggalkan selepas mendapat anak esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan