Hukum Mandi Jenazah
1 Memandikan jenazah adalah fardu
kifayah terhadap semua orang muslim. Jika sebahagian orang melakukannya
maka sebahagian yang lain terlepas dari doa. Ganjaran pahala hanya
kepada yang melakukannya, maka kesemuanya tidak berdosa.
2 Orang yang mati lemas sebab tenggelam didalam air wajib dimandikan tidak memadai basaha lemas itu.
3 Tidak memadai orang yag mati dimandikan oleh malaikat atau jin bahkan wajib dimandikan semula oleh anak Adam.
Hukum Yang Bergantung kepada Jurumandi Jenazah
1 Terlebih baik yang memandikan mayat lelaki itu lelaki dan mayat perempuan itu perempuan.
2 Harus lelaki memandikan
isterinyayang bukan didalam "idah raj'iyah' atau hamba perempuannya
selama ia bukan isteri orang atau perempuan "idah sekali pun hamba
kitabiah.
3 Harus isteri yang bukan dalam idah
raj'iyah memandikan suaminya tetapi hamba perempuan tidak boleh
memandikan penghulunya yang mati
4 Jika muslim mati dan disana hanya
terdapat seorang lelaki kafir dan seorang perempuan Islam hendaklah
lelaki kafir memandikan dia dan disembahyang oleh perempuan Islam.
5 Jika mayat perempuan Islam tiada
disana kecuali ada seorang muslim yang Ajnabi wajib ia tayamumkannya.
Demikian juga jika mayat lelaki Islam tiada disana kecuali seorang
perempuan yang Ajnabiah, maka wajib ia tayamumkan mayat itu dengan
berlapik.
6 Seafdal orang yang memandikan mayat
lelaki ialah mereka yang afdal menyembahyangkannya. Iaitu anak, cucu,
bapa,, datuk, saudara, anak saudara, bapa saudara sebelah bapa kemudian
sebelah ibu, pemerintahnya, imam, pengganti imam dan sepupu.
7 Seafdal orang yang memandikan mayat
perempuan ialah saudara maranya, walinya, perempuan asing, suaminya dan
lelaki yang berkahwin denganya.
8 Mayat budak lelaki kecil yang belum
ada syahwat atau khunsa yang besar boleh dimandikan oleh orang lelaki,
kemudian orang-orang perempuan.
9 Sunat orang yang mandi faham fiqh lagi amanah.
10 Haram orang yang memandikan memandang aurat mayat kecuali darurat dan harus memandang tempat lain.
11 Jangan menyentuh aurat mayat kecuali dengan berlapik.
Peralatan Untuk Memandikan Jenazah
1. Sebuah pangkin atau tempat pemandian yang dikhaskan.
2 Bekas air atau getah paip.
3 4 biji gayung
4 Sebuku sabun mandi zaiton
5 Sebuah baldi untuk air kapur barus
6 Sebuah baldi untuk air limau nipis/air sintuk/air daun bidara
7 Sepasang sarung tangan
8 2 helai kain puteh berukuran 241cm x 130cm untuk kain basahan mandi dan lap lepas mandi
9 7 helai kain yang berukuran 7cm x 15 cm kemudian digulung
10 Lima helai kain penutup mulut juka mayat itu uzur atau plaster
11 2 gulung kapas bersih
12 Lidi-lidi untuk cuci kuku, tangan serta kaki
Cara Mandi Jenazah
Mandi Bersihkan Badan Jenazah
1 Sebaiknya kawasan mandi terlindung
dan orang yang memandikan sahaja ada ditempat itu, boleh walinya
walaupun tidak memandikannya.
2 Mayat dilitupi dengan kain nipis yang air boleh menembusinya
3 Hendaklah mayat diletakan ditempat
yang tinggi seperti kerusi malas atau tempat mandi khas yang terpelihara
dari percikan air najis.
4 Mandi bersihkan mayat ini bertujuan
unruk membersihkan daripada kotoran serta bahan-bahan yang melekat
dianggotanya serta untuk melembutkan sendi-sendi. Air sintuk, sabun dan
air daun bidara bolehlah digunakan dan pastikan mayat tertutup
auratnya.
5 Tekan perut mayat untuk keluarkan
najis dan pastikan sarung tangan digunakan untuk mencuci dubur/kubul,
bersihkan kuku dengan mengunakan lidi-lidi yang disediakan. Bersihkan
gigi, telinga dan matanya dengan menggunakan kain yang telah digulung.
Sekiranya terdapat bahan-bahan yang melekat gunakan minyak untuk
mengeluarkannya.
Proses Mandi Wajib Serta Niat
1 Lafaz Niat. Sahaja aku mandi mayat ini lelaki/perempuan kerana Allah Taala.
2 Lalukan air dari sebelah kanan sebanyak 3 kali disertai dengan niat.
3 Lalukan air sebelah kanan juga 3 kali.
4 Lalukan air dari bahagian tengah mula dengan kepala hingga hujung kaki sebanyak 3 kali
5 Kedudukan gayung adalah didalam kedudukan menyonsong.
Mandi Dengan Air Kapur Barus
. Lalukan air kaopur barus 3 kali dimulai dari sebelah kanan, kiri
dan tengah. Ia bertujuan untuk menghilangkan bau serta kemaskan kulit
mayat.
Wuduk. Wudukan mayat dengan lafaz niat: Sahaja aku mengambil wuduk bagi mayat perempuan/lelaki ini kerana Allah Taala.
1. Lap mayat
2. Tutup rongga-rongga yang terbuka dengan kapas bertujuan untuk mengelakan najis terkeluar.
3. Sekiranya terkeluar najis daripada
salah satu dari dua rongga (kubul/dubur), maka perlulah mayat tersebut
dibersihkan dan dimandikan semula. Sebaliknya jika rongga-rongga yang
lain memadailah dibasiuh sahaja.
KAFAN JENAZAH
Hukum
1 Fardu kifayah keatas orang hidup terutama keluarganya.
2 Sekurang-kurangnya kapan bagi mayat lelaki dan perempuan ialah sehelai yang boleh menutupi seluruh tubuhnya.
3 Sebaik-baik kafan bagi mayat lelaki
ialah: Dua helai kain pembalut, boleh ditambah dengan baju serta serban
maka jumlahnya 5 helai.
4 Sebaik-baik kafan bagi mayat perempuan ialah: Sehelai kain, sehelai baju, sehelai kain tudung dan 2 helai pembalut.
5 Orang yang mati samaada lelaki atau
perempuan yang sedang menunaikan ibadat haji wajib dikafankan dengan
menutup seluruh badannya kecuali kepala bagi lelaki dan muka bagi
perempuan.
6 Sunat dikafankan dengan kain yang
berwarna putih yang bersih. Makruh dengan yang lain daripada puteh
kecuali tidak ada yang puteh. Haram dikafankan lelaki dengan kain sutera
dan makruh bagi perempuan.
7 Sunat kain kafan dibasuh sebelum dikafankan mayat.
8 Makruh mengambil secebis daripada kain yang dikafankan mayat kecuali daripada orang-orang yang soleh atau waris.
9 Haram ditulis apa saja dari ayat
Al-Quran dan nama-nama Allah diatas kain kafan kerana dikhuatiri
terkena najis mayat itu.
Bahan-Bahan
1 Cendana untuk ditabur diatas kain kafan.
2 Kapas 2 gulung
3 4 atau 5 tali pengikat yang diambil dari tepi kain.
4 Lima helai kain kafan ukuran panjang mayat + 1/2 lebih panjang dari ukuran mayat x 60.
5 Kapur barus
6 Minyak wangi yang tiada alkohol
7 Tikar
8 Gunting
9 Kain cawat
Persiapan Sebelum Kafan
1 Kain kafan pembalut pertama diletakan di sebelah bawah dan ditabur cendana.
2 Letak kain pembalut kedua dan taburkan cendana
3 Letakan sehelai kain untuk dipakai sebagai kain serta taburkan cendana
4 Letakan kain untuk dipakai sebagai serban
5 Letakan cawat serta kapas dibahagian pinggang hingga boleh menutupi kemaluan untuk mengelak dari terkeluar najis.
Cara Mengkapan
1 Letakan mayat yang telah dimandikan
diatas kain kapan yang telah disediakan dengan meletakan tangan mauyat
dalam keadaan seperti sedang solat. Pastikan setiap lipatan kain semasa
membungkus mauyat dibuat didalam turutan yangsama seperti keadaan solat
bertujuan memudahkan ianya dibuka semasa dalam liang lahat.
3 Tutup kemaluan mayat dengan kapas yang telah disediakan serta cawat diikat dengan kemas.
4 Lapik sendiri-sendi mayat dengan kapas untuk mengelakan daripada anggota mayat dari mudah bergerak.
5 Pakaikan bahagian kainnya.
6 Pakaikan bahagian serbannya.
7 Pakaikan bahagian bajunya
8 Bungkus mayat dengan kain yang disediakan dengan kemas untuk mengelakan daripada tangan mayat mudah beralih.
9 Bungkus dengan kain yang terakhir.
10. Ikat dibahagian atas kepala, dada,
kaki dan dibawah kaki. Bagi bahagian atas kepala pastikan ikatan
disebelah kiri mayat untuk memudahkan ikatan dibuka semasa didalam liang
lahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan