Jumaat, 13 Januari 2012

SOALAN DAN JAWAPAN.

Soalan

adakah batal puasa? bagaimana hendak tau samada cecair yang keluar itu air mani atau air mazi? apakah maksud keluar air mani dengan sengaja?

Jawapan

Puasa tidak terbatal jika tidak sampai keluar air mani. Akan tetapi, perbuatan tersebut akan mengurangkan pahala puasa kerana ia dikira seperti melakukan maksiat (melihat aurat orang lain). Hukum melihat aurat orang lain tanpa sebab yang dibenarkan adalah haram di dalam Islam.

Untuk mengetahui adakah air tersebut air mazi atau air mani, lihat pada ciri-ciri air tersebut. Jika air tersebut mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat air mazi, maka ia adalah air mazi dan jika air tersebut mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat air mani, maka ia adalah air mani.
Berikut adalah ciri dan sifat air mazi dan mani:
Beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan dalam mengenal air mazi adalah:
1. Cecair lekat berwarna putih.
2. Biasanya keluar disebabkan mengkhayalkan hubungan seks atau terlintas keinginan untuk melakukan hubungan seks.
3. Pada kebiasaannya keluar tanpa dorongan syahwat.
4. Keluarnya tidak memancar/memancut.
5. Tidak disertai rasa lemah setelah mengeluarkannya.

Manakala ciri atau sifat air mani pula ialah:
1. Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelah mengeluarkannya.
2. Baunya seperti bau mayang kurma.
3. Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.

Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukup untuk menentukan apakah yang keluar itu mani ataupun bukan.
Ringkasnya, jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka cecair tersebut tidak boleh dihukumkan sebagai air mani (air mani lelaki sahaja).
Bagi menentukan air mani wanita pula, terdapat dua ciri yang boleh dijadikan sebagai panduan. Iaitu:
1. Baunya seperti bau mani lelaki.
2. Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.


Maksud keluar air mani dengan sengaja ialah dengan usaha sama ada onani, melakukan persetubuhan atau melihat gambar yang boleh merangsangkan nafsu syahwat sehingga keluar air mani.
Wallahu 'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin