Jenayah zina dalam perundangan Islam berbeza dengan jenayah zina dalam
perundangan sivil. Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah
zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin
ataupun belum kahwin. Sementara perundangan sivil pula tidak menganggap setiap
persetubuhan haram itu zina. Hanya pada kebiasaannya hukuman akan dijalankan dalam bentuk
yang khas dari kalangan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu ia dianggap sebagai
pencabulan kehormatan. Apabila persetubuhan itu dilakukan dengan rela hati, maka mengikut
perundangan sivil, tiada hukuman dijatuhkan selagi kerelaan itu tidak mengaibkan.
Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang
mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap.
Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana
perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.
Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina
sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta
musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau
punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan
orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan
keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga
dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh
Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.
Adapun menurut undang-undang sivil, zina
dianggap urusan individu atau masalah peribadi yang tidak menyentuh
individu lain, atau tidak menyentuh urusan masyarakat, kecuali dalam
kes yang dinamakan pelacuran, dimana setengah-setengah negara akan
mengenakan tindakan undang-undang. Kerana itu menurut undang-undang
sivil tiada hukuman dikenakan kepada orang yang melakukan zina, kecuali
jika tiada kerelaan ketika melakukannya.
Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan
zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak
gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi
ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan
sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat barat.
Tidak syak lagi, apabila zina telah berleluasa, maka kebajikan pun hancur
dan azab siksa Allah Ta'ala mendekati semua sebagaimana hadis-hadis menjelaskan yang
demikian itu :
Maksudnya : "Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Umatku (ini)
akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.
Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah 'azza wajalla
akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya."
( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya)
Tersebut dalam 'kitab al-Qadha' hadis Ibnu Umar berbunyi :
Maksudnya : "Apabila nyata (zahir) perzinaan maka zahir pula
kefakiran dan kemiskinan."
(Hadis riwayat al-Bazzar)
Orang-orang barat telah mengharuskan zina dan lain-lain kejahatan yang
seumpama zina, sehingga kerananya kita telah menyaksikan berbagai-bagai azab diturunkan
seperti AIDS, penyakit HIV dan lain-lain, yang sebahagiannya itu masih tiada ubat untuk
menyembuhkannya.
Sepatutnya, kita semua perlu peka dengan keburukan-keburukan zina itu
sambil memahami bahawa ia bukanlah urusan peribadi, tetapi adalah jenayah masyarakat yang
amat merbahaya. Ia mestilah dibanteras bersama-sama sehingga ke akar umbinya, berdasarkan
ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah Ta'ala mengenainya.
Dasar perundangan Islam melihat, bahawa pertemuan pada faraj ( ) di
antara dua orang yang halal nikah kecuali suami isteri adalah zina hukumnya haram. Maka
demikian pula bersentuhan pada yang lain dari faraj di antara keduanya dihukumkan maksiat
serta berdosa. Dasar ini disebut oleh Allah dalam al-Qur'an, firmanNya :
Tafsirnya : " Dan mereka yang menjaga kehormatannya (yang menjaga
nafsu syahwatnya daripada perbuatan zina), kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada
yang demikian, (sesiapa yang mengadakan hubungan dengan yang bukan isterinya atau
hambanya) maka merekalah orang-orang yang melampaui batas."
(Surah al-Mu'minun: 5-7)
Undang-undang Islam juga mengharamkan khalwat dengan perempuan bukan
mahram. Ini dijelaskan dalam hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kiamat, maka jangan sekali-kali dia berkhalwat dengan perempuan yang tidak ada bersamanya
mahramnya, (kerana) sesungguhnya syaitan adalah orang ketiga bersama kedua mereka itu."
(Hadis riwayat Ahmad)
Apabila berkhalwat diharamkan, maka bersentuhan lebih-lebih lagi ianya
maksiat dan haram.
Di antara beberapa kaedah pokok dalam perundangan Islam, terdapat satu
kaedah yang menyatakan:
Ertinya: "Apa yang membawa kepada haram itu, hukumnya adalah
haram." Jika perbuatan seseorang itu belum sampai kepada tahap zina yang membawa
hukuman hadd, maka ia dikenakan ta'zir, sama ada perbuatan itu belum mencukupi
syarat-syarat seperti memasukkan zakar di celah-celah paha ataupun hanya berkhalwat,
berpeluk-peluk, bercium-ciuman dan lain-lain seumpamanya. Semua itu adalah haram dan
dikenakan ta'zir. Ia tidak syak lagi merupakan pendahuluan zina, maksiat dan dosa besar.
Dasar pengharaman ini antara lain, firman Allah Ta'ala:
Tafsirnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada
kerosakan)."
(Surah al-Isra':32)
Perempuan dan lelaki yang melakukan oral seks padahal mereka itu bukan
suami isteri seperti yang ditanyakan, yang berbangkit daripada keputusan sebuah mahkamah
membebaskan mereka yang melakukannya, adalah pada segi syara'
ianya tiada terlepas daripada maksiat dan dosa, suatu perbuatan mendekati zina, dan
mendekati zina itu hukumnya haram serta dikenakan ta'zir, dimana perkara ini tidak
difahami oleh orang bukan Islam, dan mahkamah bukan Islam.
Atau yang jelas pada masa ini belum terdapat
peruntukan hukum ta'zir itu bagi perbuatan oral seks. Kerana itulah
sesiapa jua yang melakukannya mungkin sahaja tidak boleh didakwa atau
dengan kata lain akan terlepas begitu sahaja. Namun hukum Allah tiadalah
terikat dengan semua itu,
sama ada ia diperuntukkan ataupun tidak. Hukum Allah itu
berasaskan al-Qur'an atau hadis
atau ijma' atau apa juga kaedah usul yang disepakati oleh ulama
mengenai dengan sesuatu
kesalahan itu. Yang halal dan haram itu sudah jelas, hanya
terpulang kepada manusia sama
ada mahu mengikutnya ataupun tidak. Bagi orang-orang yang beriman
mereka dikehendaki peka
dengan ungkapan al-Qur'an ini:
Tafsirnya: "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah (kerana
mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir."
(Surah al-Ma'idah : 44)
Tafsirnya: "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka
itulah orang-orang yang zalim.;
(Surah al-Ma'idah:45)
Tafsirnya: "Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka
itulah orang-orang fasiq."
(Surah al-Ma'idah: 47)
Hukum zina adalah jelas daripada al-Quran,
hadis dan juga ulama telahpun sepakat mengenai pengharamannya. Bahkan
ijma' ahli-ahli agama juga, sehingga tidak ada satu agama pun yang
menghalalkannya.
Firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 32:
Tafsirnya:"Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)."
FirmanNya lagi dalam surah al-Furqan ayat 68:
Tafsirnya : "Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang
lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah
membunuhnya, kecuali dengan jalan hak (yang dibenarkan oleh syara'), dan
tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian akan mendapat
balasan dosanya."
Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pula bersabda daripada Abdullah bin Mas'ud Radhiallahu 'Anhuma beliau berkata :
Maksudnya : "Aku bertanya kepada Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Apakah dosa yang paling besar di sisi
Allah? Nabi bersabda : Engkau menjadikan bagi Allah sekutu (sedang) Dia
yang menjadikanmu" Berkata Abdullah : "Aku berkata kepadanya (Nabi) :
"Sesungguhnya perkara itu amat besar." Berkata Abdullah :"Aku berkata : "
Kemudian apa lagi?" Bersabda Nabi : Kemudian (selepas itu) engkau
membunuh anakmu kerana takut dia akan makan bersamamu (takut kepada
kefakiran)." Berkata Abdullah : "Aku berkata : "Kemudian apa ?" Bersabda
Nabi : "Kemudian (selepas itu) engkau berzina (dengan) isteri
jiranmu."
(Hadis riwayat Muslim)
Kejahatan dan keburukan daripada perlakuan zina memang tidak dapat
dinafikan dan tidak syak lagi akan mengakibatkan berbagai-bagai
kerosakan di dalam kehidupan manusia.
Daripada dalil-dalil ini dapatlah kita faham mengapa ugama Islam
menetapkan hukuman yang berat terhadap orang-orang yang berzina itu.
Bagi lelaki atau perempuan yang berzina yang muhshan hukumannya ialah
direjam sampai mati. Manakala bagi lelaki atau perempuan yang berzina
yang tidak muhshan, hukumannya disebat seratus kali dan dibuang negeri selama setahun.
Perkara ini tsabit daripada al-Quran dan hadis-hadis. Firman Allah :
Tafsirnya : "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu
sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat ; dan janganlah
kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum agama Allah, jika benarlah kamu beriman kepada Allah
dan hari akhirat ; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan
kepada mereka oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman."
(Surah an-Nur : 2)
Daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid al-Juhani berkata :
Maksudnya : "Seorang lelaki desa datang menghadap Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam seraya berkata : " Wahai Rasulullah ! Atas
nama Allah, saya minta kepada Tuan supaya Tuan menjatuhkan hukuman
kepada saya sesuai dengan Kitabullah." Kemudian berkata lelaki lawannya
dan dia itu lebih pintar daripadanya: "Ya betul ! Putuskanlah perkara
kami sesuai dengan Kitabullah dan izinkanlah saya lebih dahulu
berbicara." Bersabda Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam
"Berbicaralah." Katanya : "Anak lelaki saya bekerja menjadi pekerja
orang ini, maka dia berzina dengan isteri orang ini dan sesungguhnya
saya telah diberitahu bahawa anak saya itu harus dihukum rejam, maka
saya tebus dia dengan seratus ekor kambing dan seorang sahaya perempuan.
Kemudian saya bertanya kepada ahli ilmu, maka mereka mengatakan kepada
saya bahawa anak saya itu dihukum sebat seratus kali dan dibuang negeri
selama satu tahun, sedangkan isteri lelaki ini mendapat hukuman rejam
(sampai mati). Maka bersabda Rasullullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam :
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya aku akan menjatuhkan
hukuman di antara kedua belah pihak sesuai dengan Kitabullah.
(Tebusan) Hamba sahaya dan kambing itu ditolak dan ke atas anakmu sebat
seratus kali dan dibuang negeri satu tahun. Wahai Unais ! Besok pagi
pergilah engkau kepada isteri orang ini ( dan periksa apakah dia memang
berzina), jika dia mengaku, maka rejamlah dia !" Berkata Abu Hurairah :
Besok pagi Unais pergi kepada perempuan itu, (ternyata) dia mengaku
(berzina)." Rasulullah memerintahkan supaya dihukum rejam, maka
direjamlah perempuan itu."
(Hadits riwayat Muslim)
Manakala dari Abdullah bin Abbas berkata :
Maksudnya : "Telah berkata Umar bin Al-Khattab dan ketika itu
dia duduk di mimbar Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasallam :
"Sesungguhnya Allah Ta'ala mengutus Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi
Wasallam dengan kebenaran dan menurunkan kepadaNya kitab (al-Qur'an). Di
antara ayat-ayat yang diturunkan kepadanya yang kita semua telah
membaca, mempelajari, dan memahamkannya ialah ayat al-Rajm (Ayat ini
telah pun dimansukhkan bacaannya daripada al-Qur'an, tetapi hukumnya
tiada mansukh. (Lihat at-Itqan fi 'Ulum al-Quran 3/72). Rasulullah
Sallalahu 'Alaihi Wasallam telah melaksanakan hukuman rejam, (begitu
pula) kami telah melaksanakan hukuman rejam selepas Baginda (wafat).
Maka aku takut, jika semakin lama, (masa berlalu) ada orang yang berkata
: "Tidak kami dapati hukuman rejam di dalam Kitabullah." Maka mereka
itu sesat kerana meninggalkan satu kefardhuan yang diturunkan oleh Allah
Ta'ala. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam Kitab Allah
ialah hak ke atas orang laki-laki dan perempuan muhshan yang berzina
apabila ada saksi atau (ada bukti) seperti hamil atau pengakuan."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan dengan lelaki atau perempuan muhshan yang
berzina yang wajib dihukum rejam itu ialah orang yang memenuhi syarat di
bawah ini :
(i) Baligh
(ii) Berakal
(iii) Merdeka
(iv) Telah melakukan persetubuhan haram, sedang dia itu dalam pernikahan yang sah.
(Raudhah at-Thabilin 10/86 I 'anah at-Thalibin 4/166)
Hukum rejam atau sebat kepada orang yang berzina ini tidak dilakukan
kecuali apabila telah mencukupi segala rukun dan syarat-syaratnya serta
tsabit itu ialah masuk kemaluan lelaki dalam kemaluan perempuan.
Walaupun perbuatan oral seks itu bukan zina, namun ia telah menghampir
zina. Dan dalam keadaan seperti ini zina bila-bila masa sahaja boleh
berlaku.
Zina selain salah satu dosa besar dan hukumnya juga berat, maka
balasannya di akhirat pula amatlah pedih, sebagaimana riwayat hadis ini :
Daripada Buraidah Radhiallahu 'Anhu, daripada Nabi Sallallahu 'Alaihi
Wasallam katanya :
Maksudnya : "Sesungguhnya tujuh petala langit dan tujuh petala
bumi bersungguh-sungguh melaknat syeikh (lelaki dewasa) yang berzina,
dan sesungguhnya kemaluan orang-orang yang berzina itu akan menyakiti
penduduk neraka dengan baunya yang busuk."
(Hadis riwayat al-Bazzar)
Bersabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi :
Maksudnya : "Tiga golongan pada hari kiamat yang Allah tidak
akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak membersihkan mereka dan tidak
akan melihat mereka, dan bahkan bagi mereka azab yang amat pedih,
(golongan itu ) ialah syeikh (lelaki dewasa) yang berzina, raja yang
pembohong dan peminta-peminta yang sombong."
(Hadis riwayat Muslim)
Balasan kerana zina itu bukan sahaja akan diterima di akhirat, bahkan
ketika di dunia lagi, sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :
Maksudnya : "Apabila zahir (nyata zina dan riba dalam
sesebuah kampung, maka penduduk kampung itu telah menghalalkan untuk
diri mereka sendiri azab dan siksa Allah".
(Hadis riwayat al-Hakim dan dia berkata sahih isnadnya)
Demikian sedikit gambaran mengenai balasan terhadap orang-orang yang
berzina itu, mudah-mudahan ia menjadi iktibar dan peringatan kepada
orang-orang Islam, khasnya mereka yang melakukan oral seks, kerana di
antara zina dan perbuatan oral seks itu tiada jauh batas sempadannya.
Adapun mahkamah yang membebaskannya tanpa sebarang hukuman, sama ada
kerana tida menepati tuduhan di bawah seksyen mencabul kehormatan, atau
seks luar biasa, atau kerana ketiadaan peruntukan mengenainya, adalah
itu semua semata-mata pekara mahkamah, tiada bererti ia menafikan
keburukan oral seks itu, dan tidak bererti juga ia tidak bersetuju
bahawa oral seks itu adalah perbuatan tidak bermoral yang mendatangkan
dosa. Kerana dalam konteks moral semua agama selain Islam adalah sama
sahaja mengagungkan moral itu. Kerana itulah, seperti juga Islam, maka
tidak satu agama pun yang merestui zina, yang menghalalkan minum arak
atau berjudi dan lain-lain keburukan yang sedia ditolak dan diharamkan
oleh Islam.
Maka disegi Islam, keputusan mahkamah membebaskan pelaku oral seks itu
adalah semata-mata perkara keduniaan. Ia tidak akan membawa apa-apa
kesan kepada kedudukan hukum. Jika sekiranya sesuatu yang haram pada
hukum syara' telah diputuskan sebagai harus atau halal oleh mahkamah,
maka keputusan itu sama sekali tidak akan mengubah hukum asal yang telah
ditetapkan oleh syara' itu, walau apapun alasan mengenainya. Jadi
berlandaskan hukum syara' sesiapa yang terlepas daripada hukuman
mahkamah itu, tidak bermakna akan terlepas atau bebas pula daripada
hukuman Allah berupa balasan azab di dunia mahupun di akhirat.
|
KERAJAAN MALAYSIA MEMANG ZALIM KEPADA RAKYAT SATU MALAYSIA TIDAK MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKAN PARABOLA TVRO DI UTAMAKAN KEPADA MAHARAJA FIRAUN,MENTERI,HOTEL DAN KEDUTAAN ASING.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA CELAKA DAN HARAM JADAH.ALLAH SWT PATUT TURUNKAN BALA DAN LAKNAT DI NEGARA MALAYSIA HARAM JADAH.MALAYSIA ADALAH SEBUAH NEGARA SYAITAN DAN IBLIS PENGHISAP DARAH RAKYAT MALAYSIA.BENDERA MALAYSIA PATUT DI BAKAR DAN DI PIJAK.
Jumaat, 13 Januari 2012
ORAL SEX DARI SEGI HUKUM SYARAK.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan