Khamis, 26 Januari 2012

SEMUA AGAMA MENGAJAR KEBAIKAN KEPADA PENGANUT SERTA UMATNYA.

1. Perbezaan utama antara agama Islam dengan agama-agama lain.Agama Islam diberikan nama oleh Allah sedangkan agama-agama lain diberikan nama oleh pengikutnya. Contoh Judaism merujuk kepada bangsa Judah atau Yahudi, Hinduism merujuk kepada sungai Hindus, Budhism merujuk nama pengasasnya Gautama Buddha.
Sesungguhnya agama yang diridhai di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian yang ada di antara mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya (Al-Imran 3;19).
Semua agama pada dasarnya mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhkan kejahatan, tetapi agama Islam lebih daripada itu. Islam membimbing kita ke arah yang praktikal untuk mencapai kebaikan dan menghapuskan kejahatan daripada kehidupan individu dan masyarakat. Islam mengambil kira fitrah/tabii manusia dan kesulitan masyarakat. Islam adalah petunjuk daripada Yang Maha Pencipta maka islam dipanggil juga agama tabii (Dinul Fitrah).


Contohnya - Islam memerintahkan umatnya agar menghindari perbuatan merompak dan juga menganjurkan cara untuk menghapus perompakan.


a. Semua agama utama mengajar bahawa mencuri adalah perbuatan jahat, islam juga mengajar perkara yang sama. Oleh itu, apa perbezaan Islam dengan agama-agama lain? Selain mengajarkan bahawa merompak itu perbuatan jahat, juga menunjukkan cara praktikal untuk mewujudkan struktur sosial sehingga manusia tidak merompak


- Islam menetapkan sistem zakat, Undang-undang Islam menetapkan setiap orang yang mempunyai wang simpanan melebihi nisab iaitu 85 gram emas, patut memberi 2.5% daripada simpanan tersebut kepada yang memerlukan pada setiap tahun hujung Tahun Islam. Sekiranya semua orang kaya mengeluarkan zakat dengan ikhlas, maka kemiskinan akan dapat dihapuskan di dunia, tidak ada seorangpun manusia mati kebuluran/kelaparan.


- Memotong tangan sebagai hukuman merompak. Islam menentukan hukuman potong tangan kepada perompak yang sabit kesalahannya. Qur'an mengatakan dalam Surah Al-Maidah


Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (Al-Maidah 5;38).


b. Hasil tercapai apabila Undang-undang Islam dilaksanakan.
Amerika adalah salah satu negara yang termaju di dunia, malangnya ia mempunyai kadar jenayah yang tertinggi, kecurian dan rompakan. Katakanlah Undang-undang Islam dilaksanakan di Amerika, iaitu setiap orang kaya mengeluarkan zakat 2.5% daripada simpanan melebihi 85 gram emas setiap hujung tahun Islam, dan setiap perompak yang disabitkan kesalahannya dipotong tangan sebagai hukuman. Adakah kadar kecurian dan rompakan di Amerika akan naik, di paras yang sama, atau menurun? Sudah tentu akan berkurangan, sebab utama jumlah masyarakat miskin berkurang sebab bantuan zakat, masyarakat mencuri dan merompak kerana kebuluran atau kemiskinan. Adanya hukuman yang ketat akan melemahkan semangat orang yang berniat untuk merompak.
Saya bersetuju bahawa bilangan kecurian di dunia hari ini sangat tinggi dan sekiranya hukuman memotong tangan setiap pencuri dikuatkuasakan maka berpuluh ribu tangan orang akan dipotong. Apa yang penting kadar kecurian dan rompakan akan segera menurun sebaik sahaja undang-undang potong tangan dikuat kuasakan. Orang yang ingin merompak akan berfikir dua kali sebelum membahayakan tangannya. Hanya dengan mengingati hukumannya sudah cukup melemahkan niat kebanyakan perompak. Hanya segelintir yang merompak, maka hanya beberapa tangan sahaja yang akan dipotong tetapi beribu-ribu orang akan hidup dengan aman, bebas dari ketakutan dirompak. Sebagai contoh Kadar rompakan di negara yang amalkan hukum potong tangan seperti Saudi Arabia sepuluh kali ganda lebih rendah berbanding negara yang tak amalkannya seperti Amerika.
c. Islam agama terakhir dan universal sebagaimana Allah terangkan dalam Al-Qur'an.
Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam menjadi agama bagimu (AL-Maidah 5;3).
d. Islam satu-satunya agama yang tidak mengamalkan syirik
Mengikut terminologi syirik bermakna menyekutukan Allah dengan ciptaan-Nya ataupun menyembah selain daripada Allah. Sedangkan Allah telah terangkan bahawa Allah akan ampunkan semua kesilapan manusia kecuali syirik. Sila rujuk ayat di bawah ini :
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisa 4;48)
Di ayat yang lain Allah mengulang kembali peringatan tentang syirik kepada Allah:
Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan sesuatu dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa selain daripada syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya (An-Nisa' 4;116).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin