Jumaat, 27 Januari 2012

PUTUS CINTA.

Memandangkan adik aku baru putus cinta,aku terpanggil nak buat entri ni.Cinta tu memang sweet giler ah.Macam korang makan keropok poni.Tak kisahlah newbie,noob atau otai dalam bidang ni mesti pernah rasa macam mana sakit hati bila putus cintakan…Bak kata aku,cinta ni macam roller coster,ada turun naiknye..



Dan semakin mencanak perasaan kasih sayang tu,makin sembelit batulah rasa putus cinta tu.Korang yang berani amik risiko bercinta,koranglah kena tanggung yek..Tapi jangan risau,Abg Pojie ada ni,eh,tak payahlah berAbg Pojie,panggil Abg je.mesra sikit an?haha…Aku memang power dalam bidang putus cinta ni sebab aku banyak kali putus cinta.Tapi sekarang kegagalan dah banyak mengajar aku.muahahaha..
*****************************
1)Mesti fikir positif
Ni perkara yang paaaaling penting ah!Biar aku bagi contoh senang.kalau korang tengah lemas kat laut,hanya berpaut pada sepapan kayu yang terapung,pastu bantuan sampai paling kurang pun 4 jam.Pastu korang bley plak pikir negatif,ada ikan jerunglah,hantu airlah,taik terapunglahlah,konpem korang tenggelamnye.Kalau korang pikir positif yang korang tengah belajar berenang,mesti ley bertahanlah!Silap2,tak perlukan pertolongan pun bley sampai pantai.So,yang penting think positif.Macam mana perasaan positif tu datang?Senyum selalu.Kalau korang duk pikir negative je,nanti korang tak dapat tentukan yang terbaik untuk diri korang.


2)Dekatkan diri dgn Tuhan
Ini pun penting,korang kena ingat pada yang maha berkuasa akan qada dan qadarNYA.Mungkin kadang-kadang korang pikir betul ke keputusan korang meninggalkan/tak menerima dia semulakan?So,aku nasihat,tiap-tiap malam tu buatlah solat istiharah,mintak petunjuk DIA.Dan jangan pulak lepas sembahyang je harap terus dapat petunjuk.Kadang-kadang bertahun-tahun barulah dapat petunjuknya.Apa yang penting sabar okghey.


3)Buang segala barang2 dia bagi
Yang ini yang selalu ramai yang tak buat.Korang sayangkan sangat kenangan yang lepas.Benda dah lepas tu,lepaskan sajalah…Tak guna korang pandang belakang.Hidup mesti diteruskan bebeh!So,meh ikut cara aku buang kenangan korang.Korang amik semua barang-barang yang dia pernah bagi,pulangkan pada dia atau korang longgokkan dan bakar.CINCIN PUN JANGAN LUPA!!!Bakar jugak!!!Sedih tak sedih,korang kena buat jugak!Lepas bakar,korang kumpulkan abunya,buang ler kat sungai.Kalau kat laut tu buang kat orang tengah mandi tu,biar semua menggelabah berenang.


4)Cari kawan-kawan mampu jadi pendengar yang baik.
Mesti ada efek rasa sedih nak nangis je kan?Carilah seorang pendengar yang baik,tak mencelah,tak banyak taik telinga,dan bukan kaki ngumpat.Kat sinilah perlunya member!Carilah tempat yang tenang sikit,tak bising-bising so nanti takdelah: "aaa?ape dia?....Haloo!!!cakap kuat sikit!!!"Memang raasa nak hentak je..So,cari tempat yang sesuai pada masa yang sesuai.

5)Jangan duk sunyi2& dengar lagu sedih
Haa…ni yang selalu buat jiwa kacau mencanak baik punya!Dok layan lagu jiwang-jiwang buat po?Banyak lagu2 metal.layan je…Walaupun korang peminat lagu-lagu jazz,tangkap lentook,nasyid,asal rasa sunyi je,bukaklah lagu-lagu yang tak mendatangkan hantu sunyi korang macam lagu berunsur rock/menaikkan adrenalin.Pastu kalau rasa tu tak bley blah,korang buat macam cara aku.Korang pegi panggung wayang,amik seat tengah-tengah,buatlah moviethon daripada pagi sampai malam..Rasa macam atas bawah depan blakang sumer member korang tengok wayang sesama an....WARNING!Jangan tengok cerita cinta!

6)Jangan couple dalam masa terdekat
Bagi aku ni memang berkesan.Sebab selepas korang break up,mesti korang rasa perlukan seseorang berada disisi korang.Cuba fikir balik.Korang dah bersedia untuk dilukai lagi?Kalau sanggup,teruskanlah..Kalau tak,lepak ngan member kat warung lagi layan...

7)Enjoy your life
Last skali,please..please…please enjoy yourself…Bagaimana korang boleh hidup sebelum korang kenal dia,macam tulah korang kena buat!trylah main extreme games!masyuk dowh….bungee jumping ke,topgun takpun rollercoster.Aku memang minat bende-bende ni.Kalau tak pergi pulau then snorkeling.Nak save budget nyer?Korang buat benda yang lama tak buat,pergi masjid sorokkan selipar jemaah bawah tangga.muahaha..jahat giler aku dulu…

         ****************************
Ni antara tipsnyalah.banyak sangat tips.Kalau nak tips lagi email aku: fauzibest5@hotmail.com
So,sedikit kata-kata best,biar kita putus cinta banyak kali,asalkan kita senang selepas berkahwin dan ada sumone yang mampu menjaga korang dihari tuek(tua).Alhamdulillah...perhubungan aku bersama cik awek pun dah masuh 2 tahun hari ni..Hope dapat cepat-cepatlah nikah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin