Jumaat, 13 Januari 2012

WAJIB MENUTUP AURAT.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita . Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk melaksanakannya. Sesungg uhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa.
Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.

Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup
ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.

Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d
an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.

Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama
-sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.

Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W
alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.

Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lela
ki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).

Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.


Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te
rsendiri.

Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.

Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.

Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sek
adar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.

Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.


Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.

____________________

"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak

yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah

kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".

Surah An.Nuur (31)
_____________________
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.

Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".

Surah Al.A'araaf (26)
____________________

"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
".
Surah Al.Ahzab (59)

_______________________

Dan perempuan-perempuan tua yang
telah terhenti (dari haid dan mengandung)
yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian
mereka dengan tidak (bermaksud)
menampakkan perhiasan, dan berlaku
sopan adalah lebih baik bagi mereka.
Dan Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.

Surah An.Nuur (60)

___________________________________________



Catatan Tambahan:


(1) Ulasan di dalam entri yang telah lalu.
Anonymous said...
Saya nampak,masyarakat kita khususnya orang melayu sekarang ni bukan pasai depa tu jahil,tak tau hukum hakam dalam Islam seperti solat jumaat,dedah aurat dll tapi masih buat tak tau juga.Dalam tv ada ustaz2 sebut,ceramah,kuliah dsbnya,tapi tetap macam tu juga,buat pekak badak je.Kadang2kita tengok dlm majlis ramai orang tutup aurat tapi tok ketua boleh boloeh,tak tutup dan tak rasa malu langsung.ni yang menyedihkan kita orang Islam.seolah2 hampa saja kena tutup ,aku tak pa kut!
Pokoknya kita orang melayu hadapi krisis macammana nak amal,tak dak rasa takut kepada Allah,tak rasa kita akan mati satgi,esok ke?
Yang lebih malang lagi,orang yang langgar hukum hakam ni,orang yang ada otak,ijazah berjela2.di mana letak akalnya?
Inilah yang paling penting untuk kita fikir bersama,benar2 rasa risau dengam umat melayu islam malaysia ni.BAGAIMANA NAK BUAT? nak kata tak tau,depa pandai.nak kata tak habaq,dah bebuih mulut ustaz2,penceramah tv,forum ehwal islam ,ada penasihat agama,ada mufti la macam2 ada tapi macam tu jugak........
Dalam hal kehidupan dunia kita bukan main advance dengan berbagai perancangan masa depan yang tetap berakhir bila mati.Tapi wawasan nak hidup tak mati2 selepas mati tak fikir pula?
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberi taufik dan hidayahnya kepada orang2ni..... AMIN YA RABBAL ALAMIN!
Fikirlah BUKAN SENANG NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH !
Saya fikir saudara boleh tulis pulak pasal AURAT dan Kedegilan meng-amalkan lepas ni.

April 27, 2009 4:50 PM
(2) Dilarang bertabarruj.
Bila seorang wanita tidak memakai penutup kepala maka ia telah ber-tabarruj. Bila ia membiarkan lengan tangannya tidak terbungkus kain maka ia telah ber-tabarruj. Bila ia mempertontonkan betisnya dinikmati orang maka ia telah ber-tabarruj. Kontes bibir indah, leher indah, betis indah, rambut indah dsb. Semua itu tidak syak lagi, termasuk tabarruj. Pendeknya, tabarruj, sebagaimana dikatakan Imam Al Bukhari adalah perbuatan wanita yang memamerkan segala kecantikan yang dimilikinya.
Tabarruj diambil dari akar kata al buruj yang berarti bangunan benteng, istana atau menara yang menjulang tinggi. Wanita yang ber-tabarruj berarti wanita yang menampakkan setinggi-tinggi kecantikannya, sebagaimana benteng atau istana atau menara yang menjulang tinggi-tinggi.
Tabarruj adalah perbuatan nista yang tegas-tegas diharamkan Allah. ( Sila rujuk maksud ayat 31 Surah An.Nur yang telah dicatatkan di atas )
(3) Pada masa kini difahamkan bahawa jenayah rogol telah meningkat kepada 300%, apakah punca yang merangsang nafsu syahwat tersebut perlulah sama=sama direnungi dan ditangani oleh semua pihak.
Menutup aurat wanita hukumnya wajib. Tiada alasan kerana sudah terkalam sebagai perintah Tuhan. Malah kelonggaran dari sebab-sebab kesihatan tidak pula terkalam. Sekiranya ada, perlulah merujuk hadis-hadis sahih dan ijtimak ulamak. Mengenai balasan kepada yang engkar menutup aurat tidak perlu saya sebutkan kerana begitu menakutkan. Demikianlah secara hukum.

Tujuan dihukum sedemikian sesungguhnya untuk kebaikan dan yang nyata sekali ialah untuk mengelak maksiat mata, maksiat hati (tanggapan buruk), maksiat mulut (fitnah), maksiat tangan (orang lelaki faham), khalwat, sumbang mahram, zina, rogol, anak-anak zina, cerai dan seterusnya kehancuran sesebuah umat atau negara (rasuah zina).

Nabi Adam sendiri diturun martabat ahli syurga dan dihumban ke bumi kerana engkar arahan Tuhan (memakan buah di syurga yang mengakibatkan aurat Adam dan Hawa terserlah). Berpeganglah kita kepada perintah Tuhan (dalam surah al-A'raf) yang begitu keras yang bermaksud,

"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)." (ayat 20)

"maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (ayat 22)

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (ayat 26)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (ayat 27)

Sama-samalah kita saling mengingati..insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin