MASYARAKAT SIAM MALAYSIA TINGGAL DI UTARA
Faktor Kedatangan
Kedatangan orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke
Kedah khasnya tidaklah seperti kedatangan kaum-kaum imigran yang lain
seperti India ataupun Cina. Kaum India dan Cina telah di bawa masuk
secara sistematik oleh pemerintah Inggeris pada akhir abad ke 19.
Manakala kedatangan masyarakat Siam ke Kedah bukanlah kedatangan yang
dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa kolonial pada masa itu.
Kedatangan golongan ini lebih merupakan lanjutan dari peristiwa yang
telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun krisis ekonomi yang
teruk yang memaksa mereka melakukan penghijrahan.
Pada tahun 1813, ramai rakyat Patani telah melarikan
diri ke Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis akibat serangan yang dilakukan
oleh Rama II (1809-1824) kerana keengganan pemerintah Patani, Datuk Kun
Pengkalan tunduk dan mengakui kedaulatan Siam ke atas Patani. Setelah
Patani dikalahkan oleh Siam pada tahun 1813, ia telah menjadi sebuah
wilayah di bawah naungan Siam dan pemerintah Patani terpaksa menghantar
Bunga Mas ke Bangkok. Patani bukan saja diletakkan dibawah naungan Siam
malah wilayag itu terus ditindas. Penindasan ini telah membawa akibat
yang buruk kepada orang Thai Islam.
Pada tahun 1813, orang Siam dari daerah Songkla
(Singora) dan Nakhorn Srithammarat telah masuk ke Kedah secara
beramai-ramai. Kedatangan mereka ke sini disebabkan terdapatnya satu
krisis ekonomi yang serius. Untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih
baik menyebabkan mereka berhijrah ke Kedah. Kemasukan orang Siam ke
Kedah secara beramai-ramai pada abad ke 19 adalah berdasarkan polisi
yang dijalankan oleh Rama III (1824-1851). Pada masa pemerintahannya,
Rama III telah menjalankan polisi meluaskan tanah jajahannya ke bahagian
selatan negaranya iaitu di bahagian-bahagian Utara Tanah Melayu. Pada
ketika itu Kelantan, Terengganu dan Patani telahpun ditakluki olehnya,
yang tinggal hanyalah Kedah belum ditakluki.
Dengan dasarnya ini Rama III telah menyebabkan
pertambahan orang Siam di Kedah. Bilangan ini semakin bertambah dari
semasa ke semasa.
Tidak kurang juga penduduk Siam yang masuk ke Kedah
akibat dari aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan di negara asal
mereka (Thailand). Oleh itu, mereka melarikan diri ke Kedah kerana
takutkan tindakan dari pemerintah Thailand. Keadaan ini berlaku kerana
pada masa itu undang-undang keluar masuk orang asing ke Kedah masih
belum dikuatkuasakan lagi. Dengan itu kemasukkan orang asing dipandang
ringan sahaja oleh pihak pemerintah sehinggalah tahun 1932. Namun begitu
sehingga tahun 1940an masih lagi terdapat kemasukan secara haram oleh
orang Siam ke Kedah. Pada bulan April 1948 pasukan polis dan tentera
Bangkok telah menyerbu sekumpulan penduduk Patani yang sedang membuat
ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara. Dalam serbuan itu seramai 266
orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya telah lari masuk ke Tanah
Melayu.
Di samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam
terhadap penduduk di bahagian Selatan Thai dan juga peperangan yang
berlaku antara Siam dan Kedah terdapat satu golongan orang Thai yang
dikenali sebagai Sam-Sam Siam sengaja dibawa masuk ke Kedah semasa
berlakunya peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai berasal dari
tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang Melayu yang
ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14. Mereka ini di bawa
balik ke Siam dan kemudian keturunan mereka inilah di bawa balik ke
Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang dengan Siam.
Mereka dikatakan sebagai golongan Sam-Sam kerana mempunyai darah
campuran Thai dan Melayu atau Cina. Pada masa sekarang golongan ini
terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh.
|
|
|
|
KETURUNAN SIAM MALAYSIA.
Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan