Marilah kita sama-sama bertakwa kepada Allah mudah-mudahan kita beroleh kejayaan.
Sidang Jumaat Yang dihormati,
Islam
merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sesuai di semua zaman dan
semua keadaan. Islam juga sesuai dengan fitrah kejadian manusia.
Keseragaman dan keserasian ini adalah adalah bermula dengan cara hidup
yang mempunyai perasaan kasih sayang dan hormat menghormati dengan
Syariat Islam yang dibawa oleh junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Anak
yatim adalah merupakan golongan manusia dan generasi yang amat
memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang dan perhatian daripada
semua lapisan masyarakat, khususnya mereka yang diberikan oleh Allah
kemewahan dan kelapangan masa bagi tujuan mendidik dan mengasuh. Oleh
kerana anak-anak yatim ini tidak mendapat kasih sayang dan kemudahan
yang secukupnya kerana kehilangan ibu atau bapa atau keduanya sebelum
mencapai umur baligh.
Islam
meletakkan kedudukan yang amat tinggi kepada anak yatim. Oleh itu
masyarakat bertanggungjawab memberi perhatian yang sewajarnya dengan
memberi belaian kasih sayang sepenuhnya kepada mereka. Mereka adalah
anggota masyarakat yang kurang bernasib baik yang telah ditentukan oleh
Allah (Qada’ Qadar). Dengan ini Allah meletakkan darjat dan pahala yang
tinggi bagi insan yang mahukan perubahan dan sanggup meluangkan masa,
tenaga dan perhatian yang penuh ikhlas terhadap kebajikan mereka
sebagaimana dijelaskan oleh Rasullullah dalam Hadis :
خَيْرُ
بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُحْسَنُ اِلَيْهِ
وَشَرُّ بَيْتٍ فِي الْمُسْلِمِيْنَ بَيْتٌ فِيْهِ يَتِيْمٌ يُسَاءُ
اِلَيْهِ
Ertinya :
Sebaik-baik
rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak-anak yatim
diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah
orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tetapi tidak dijaga dengan
baik.
Hadis
tersebut menjelaskan kepada umatnya bahawa sebaik-baik rumah yang
terdapat anak yatim dipelihara dan dididik dengan diberi kasih sayang
serta perhatian, diasuh dan dihormati dan melahirkan sifat kesempurnaan
di dalam dirinya. Sementara rumah dan keluarga yang dipandang hina di
sisi Allah ialah rumah dan keluarga yang mengabaikan dan mendera anak
yatim. Perkara ini adalah perlu diambil perhatian agar hidup mereka
tidak terbiar seterusnya dirundung malang. Inisatif yang baik dan ikhlas
perlu diambil perhatian oleh golongan-golongan yang diberi kelebihan
dan kemewahan oleh Allah. Kita hendaklah menyalurkan bantuan ke tempat
yang benar dan InsyaAllah diberi balasan yang setimpal kelak. Mimbar
Jumaat hari ini mengajak tuan-tuan agar bantuan disalurkan melalui
badan-badan yang didaftar lagi sah.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia ,
Sekali
lagi diingatkan kepada masyarakat Islam agar tidak menggunakan harta
anak yatim bagi kepentingan individu atau kepentingan orang lain kerana
ini termasuk dalam dosa besar. Rasulullah S.A.W sendiri telah
diperlihatkan di dalam perjalanan Israk dan Mikraj . Sejarah Rasulullah
S.A.W juga adalah dilahirkan di dalam keadaan yatim di besarkan pula
dalam keadaan yatim piatu yang menghadapi pahit maung telah dirasai
sendiri oleh baginda. Firman Allah dalam surah al-Dhuha ayat 1 –11 :
Ertinya :
Demi
waktu dhuha dan malam apabila ia sunyi sepi , (bahawa) tuhanmu (wahai
Muhammad) tidak meninggalkan mu, dan ia tidak benci (kepadamu
sebagaimana yang dituduh oleh orang kaum musyrik) dan sesungguhnya!
tuhan mu akan memberi kepada mu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan
akhirat ) sehingga engkau redha dan berpuas hati. bukankah ia mendapati
engkau yatim piatu, lalu memberikan perlindungan ? Dan didapatinya
engkau tercari-cari (jalan yang benar), lalu ia memberikan pertunjuk
(dengan wahyu al-Quran), dan di dapati engkau miskin, lalu ia memberikan
kekayaan ? Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku
kasar terhadapnya, adapun orang yang meminta ( bantuan pimpinan ) maka
janganlah engkau tengking herdik, adapun nikmat tuhanmu, maka hendaklah
engkau sebut-sebutkan sebagai menzahirkan kesyukuran.
Pengajaran
ayat tersebut bahawa baginda Rasulullah S.A.W di besarkan di dalam
pengawalan dan asuhan Allah sehingga menjadi pemimpin negara dan dunia
yang di contohi, dengan itu sudah sampai waktunya masyarakat Islam
mengorak langkah memberikan sedikit waktu, tenaga serta bantuan kepada
anak-anak yatim khususnya melalui pendidikan dan memberikan pendedahan
yang secukupnya terhadap golongan kecil yang tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya, dengan ini mereka mendapat tempat dilubuk hati
masyarakat Islam, mendapat secebis kasih sayang kerana anak-anak yatim
adalah kekasih Allah seperti juga baginda Nabi Muhammad S.A.W .
وَءَاتُوا
الْيَتَامَى أَمْوَالَهُمْ وَلَا تَتَبَدَّلُوا الْخَبِيثَ بِالطَّيِّبِ
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَهُمْ إِلَى أَمْوَالِكُمْ إِنَّهُ كَانَ حُوبًا
كَبِيرًا
petikan khutbah jumaat yang diambil dari Sepiaail
“Tidak
akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah
keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan
kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan
keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)
(Riwayat Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan