Apakah agaknya yang dikatakan bencana itu? Bagi kita rakyat Malaysia, sudah tentu soalan menganggap bencana itu perkara biasa kerana bencana alam ini seringkali melanda negara kita tanpa kita sedari. Banjir, kemarau dan gempa bumi adalah contoh bencana alam yang tidak putus-putus kita hadapi. Walaupun kebanyakkannya tidak kita alami, terkena juga tempatnya.
Kenapalah Allah menimpakan bencana ini kepada kita? Ada yang mempunyai tanggapan bahwa bencana ini berlaku disebabkan cuaca, iklim dan kedudukan geografi yang tidak strategik. Kalau begitu malanglah mereka yang negaranya terletak di garisan leingkaran gunung berapi dan bertuahlah kita kerana negara kita terletak di garisan khatulistiwa yang kononnya strategik dan terselamat daripada kebanyakan bencana alam. Hanya Allah sahaja yang tahu kenapa dan mengapa. Tapi kawan-kawan, apa yang perlu kita sedari ialah apabila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia tidak kira dimana jua lokasi kita.
Pernahkah kita terfikir mengapakah apabla hujan, langit mencurahkan airnya tanpa henti sehingga berlakunya banjir besar yang mengorbankan jiwa dan memusnahkan harta benda?
Pernahkah terlintas di benak kita apabila berlaku kemarau yang berlarutan, sungai menjadi kering kontang dan suhu menginkat secara mendadak. Tidak tergambar ketika tu bagaimana teriknya di padang masyar nanti dan betapa hebatnya bahang dan kepanasan di neraka seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran. Wana'uzubillah.
Tidak hairanlah kita apabila berlakunya musim hujan di sana sini, tetapi pada waktu yang sama ada kawasan yang kering kontang tanpa hujan? Di sana kehausan dan kelaparan sementara di sini menggigil kedinginan. Ya Allah! Adakah ini boleh dianggap lumrah?
Apabila banjir sudah mencapai had bahaya dan kemarau berlarutan dan meninggalkan bumi dengan kering kontang dan apabila terjadinya kemarau di musim hujan, maka inilah yang dikatakan MUSIBAH dan BALA. Pada masa ini, dua persoalan pokok perlu dijawab. Bukan sekadar memikirkan cara untuk mengatasinya malah yang lebih penting mengapa hal ini berlaku.
Bala atau bencana yang menimpa manusia adalah balasan di dunia daripada Allah swt. terhadap kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku sebelum manusia menerima balasan di akhirat. Allah berfirman ;
" Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu "
" Dan jagalah diri kamu daripada seksaan yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah bahawa amat berat azab seksa-Nya "
Oleh itu, perbanyakkanlah beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dan berhentilah daripada melakukan dosa. Tetapi, adakah cukup setakat itu sahaja? Jangan dilupakan kewajipan kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemugkaran. Firman Allah.
" Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat dan menambahkan bagi kamu kekuatan kamu yang sedia ada, dan jangalah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa"
Bekata Abdullah ibn Umar, "Ketika saya bersama sepuluh sahabat daripada muhajirin di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba Rasulullah berpaling kepada kami dan berkata, "Menegah sesuatu kaum daripada mengeluarkan zakat bererti menegah langit daripada menurunkan hujannya. Kalaulah tidak kerana binatang yang tidak berdosa dan hidup melata dibumi, tentu hujan tidak akan turun (sehinggalah mereka mengeluarkan zakat harta mereka)." Para sahabat sekalian, kembalilah kita ke jalan Allah kerana bala yang berlaku di sekeliling kita adalah akibat perbuatan kita sendiri.Serikanlah hidupmu dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah... InsyaAllah dirimu akan terpelihara dari kesesatan. Akhir kata pemanis bicara... jaga diri, hiasi peribadi... jaga iman, perbanyakkan amalan.
Kenapalah Allah menimpakan bencana ini kepada kita? Ada yang mempunyai tanggapan bahwa bencana ini berlaku disebabkan cuaca, iklim dan kedudukan geografi yang tidak strategik. Kalau begitu malanglah mereka yang negaranya terletak di garisan leingkaran gunung berapi dan bertuahlah kita kerana negara kita terletak di garisan khatulistiwa yang kononnya strategik dan terselamat daripada kebanyakan bencana alam. Hanya Allah sahaja yang tahu kenapa dan mengapa. Tapi kawan-kawan, apa yang perlu kita sedari ialah apabila Allah mengkehendaki sesuatu terjadi, maka jadilah ia tidak kira dimana jua lokasi kita.
Pernahkah kita terfikir mengapakah apabla hujan, langit mencurahkan airnya tanpa henti sehingga berlakunya banjir besar yang mengorbankan jiwa dan memusnahkan harta benda?
Pernahkah terlintas di benak kita apabila berlaku kemarau yang berlarutan, sungai menjadi kering kontang dan suhu menginkat secara mendadak. Tidak tergambar ketika tu bagaimana teriknya di padang masyar nanti dan betapa hebatnya bahang dan kepanasan di neraka seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran. Wana'uzubillah.
Tidak hairanlah kita apabila berlakunya musim hujan di sana sini, tetapi pada waktu yang sama ada kawasan yang kering kontang tanpa hujan? Di sana kehausan dan kelaparan sementara di sini menggigil kedinginan. Ya Allah! Adakah ini boleh dianggap lumrah?
Apabila banjir sudah mencapai had bahaya dan kemarau berlarutan dan meninggalkan bumi dengan kering kontang dan apabila terjadinya kemarau di musim hujan, maka inilah yang dikatakan MUSIBAH dan BALA. Pada masa ini, dua persoalan pokok perlu dijawab. Bukan sekadar memikirkan cara untuk mengatasinya malah yang lebih penting mengapa hal ini berlaku.
Bala atau bencana yang menimpa manusia adalah balasan di dunia daripada Allah swt. terhadap kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku sebelum manusia menerima balasan di akhirat. Allah berfirman ;
" Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu "
(As-Syura : 30)
Alhamdulillah, nasib baiklah Allah itu bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Jika hendak dihitung dosa kita sehari-hari sudah tentu bala ini akan diturunkan tanpa putus-putus. Lihat ke kiri, kemungkaran, kanan juga kemungkaran. Lelaki dan wanita yang mendedahkan aurat, anak-anak kecil yang dibuang hasil daripada persetubuhan haram, ulamak dihina dan dikeji, agama diperkecil-kecilkan, sunnah Rasulullah diejek-ejek, arak yang sudah menjadi minuman rasmi pada setiap kali perjumpaan, perjudian di sana sini. Astaghfirulllah'azimm... APA SUDAH JADI DENGAN UMAT ISLAM SEKARANG???? INGATLAH! Bala ini bukan sahaja menimpa mereka yang berdosa dan bersalah, malah keseluruhan manusia seperi yang dijelaskan dalam Surah Al-Anfal 8:25; " Dan jagalah diri kamu daripada seksaan yang bukan sahaja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum), dan ketahuilah bahawa amat berat azab seksa-Nya "
Oleh itu, perbanyakkanlah beristighfar dan meminta ampun kepada Allah dan berhentilah daripada melakukan dosa. Tetapi, adakah cukup setakat itu sahaja? Jangan dilupakan kewajipan kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemugkaran. Firman Allah.
" Dan wahai kaumku, mintalah ampun kepada Tuhan kamu kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat dan menambahkan bagi kamu kekuatan kamu yang sedia ada, dan jangalah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa"
(Surah Hud : 52)
" Sehingga aku berkata (kepada mereka), pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu " (Surah Nuh 10:11)
Dalam sebuah hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar r.a. yang bermaksud : Bekata Abdullah ibn Umar, "Ketika saya bersama sepuluh sahabat daripada muhajirin di sisi Rasulullah saw, tiba-tiba Rasulullah berpaling kepada kami dan berkata, "Menegah sesuatu kaum daripada mengeluarkan zakat bererti menegah langit daripada menurunkan hujannya. Kalaulah tidak kerana binatang yang tidak berdosa dan hidup melata dibumi, tentu hujan tidak akan turun (sehinggalah mereka mengeluarkan zakat harta mereka)." Para sahabat sekalian, kembalilah kita ke jalan Allah kerana bala yang berlaku di sekeliling kita adalah akibat perbuatan kita sendiri.Serikanlah hidupmu dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah... InsyaAllah dirimu akan terpelihara dari kesesatan. Akhir kata pemanis bicara... jaga diri, hiasi peribadi... jaga iman, perbanyakkan amalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan