Semua orang mengharapkan cinta yang sempurna, cinta yang akan dibawa ke jinjang pelamin dan bersama sehingga ke akhir hayat. Seperti dalam drama Korea, akhirnya bahagia bersama. Namun bukan semua orang bernasib baik dapat merasakan cinta sebegitu kerana cinta itu tak boleh dipaksa dan cinta itu perlukan kesefahaman.
Aku antara insan terpilih yang tidak bernasib baik itu. Aku mula berjinak-jinak dengan cinta sejak aku tingkatan 3. Mungkin aku kurang faham apa itu cinta pada usia sebegitu, tapi aku faham apa itu SETIA. Tapi aku bukanlah insan sempurna. Hubungan kami tak lama, aku diputuskan si dia dengan alasan tidak mampu hidup berjauhan walaupun aku telah cuba menjadi yang terbaik untuk dia. Sejak itu juga aku kenal erti putus cinta, hidup aku seolah-olah tamat disitu.
Mujurlah aku ada kawan-kawan yang mampu berikan aku kekuatan. 2 tahun selepas itu aku sudah pulih. Selepas itu, aku mula buang rasa cinta dalam diri aku. Aku cuba hidup tanpa perlu mengharap pada kaum hawa. Namun entah macam mana, perasaan itu datang bila aku kenal akan seorang insan Allah ini. Aku jatuh cinta lagi kerana aku manusia biasa yang lemah. Seperti dahulu, aku ditinggalkan lagi kerana aku merelakan dia pergi. Aku tak faham kenapa walaupun telah bermacam-macam aku berikan, aku masih diputuskan.

Mujurlah seorang hamba Allah ini datang menghulurkan bantuan. Dia bukanlah seseorang yang special, tapi dia tahu macam mana nak bantu aku. Kerana dia juga cinta aku wujud balik dan aku bercinta dengan dia. Kenangan lepas aku mula menghantui aku, sakit kepala aku menjadi-jadi kerana aku mula ingat, tapi alhamdulillah kerana dia, aku mampu lalui semua ini.
Ini juga cinta pertama dia. Disebabkan itu aku tidak mahu berpegangan tangan bila keluar dan manjakan dia dengan kebendaan walaupun kadang-kadang aku bagi ros merah. Aku mahu dia cinta rasa cinta itu melalui hati, bukan melalui matanya. Aku selalu berpesan kepada dia, jangan berikan harapan yang tinggi, kerana segalanya terletak kepada Allah, jika ada jodoh, maka bersatulah. Apa yang penting, teruskan berdoa, semoga hari yang diimpikan itu datang.

*****************************************************
Bagi kaum lelaki,memang ada masanya korang akan rasa marah dengan pasangan korang, tapi jangan sesekali tinggikan suara pada si dia kerana hati perempuan lembut apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap dia (aku memang pantang lelaki pukul perempuan). Jika ada niat nak cari yang lain, fikirkan dia tak cukup sempurna untuk korang? Bagi kaum hawa pula, janganlah terlalu mengharap.Jika si dia milik korang, pasti dia akan hormat korang. Ingat, cinta bukan seindah yang difikirkan. Cinta bukan sekadar seks, dan wang, cinta itu tanggungjawab bersama. Semoga korang bersama si dia sehingga akhir nyawa korang.Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan