Rabu, 25 Januari 2012

KEMULIAAN MATI SYAHID.

Nyawa kurniaan Allah hanya satu, bukan dua atau lebih. Kematian yang paling baik ialah syahid di jalan Allah. Kerja yang paling baik ialah bekerja dan berjihad di jalan dakwah. Kepuasan dan kejayaan hakiki seseorang ialah apabila dia berjaya bekerja dan mati sebaiknya.

Sesiapa yang menyangka bahawa perjuangan menegakkan dan memantapkan Daulah bagi Islam melalui jalan selain yang ditunjukkan Rasulullah saw dalam Seerah dan Hadisnya, selain cara yang disebut Allah dalam KitabNya, maka sama ada dia tidak akan berjaya mencapainya atau dia berjaya menduduki singgahsana bukan di atas erti Daulah yang dimaksudkan. Dalam kedua-dua hal, dia tersasar.

Hakikatnya, Jihad adalah satu amal yang difardhukan Allah dan RasulNya hingga ke Hari Kiamat. FirmanNya bermaksud, “Diwajibkan kamu berperang, sedang kamu tidak menyukainya. Mungkin kamu tidak suka sesuatu sedang ia baik untuk kamu. Mungkin kamu suka sesuatu sedang ia buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Quran). Jihad inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya bermaksud, “Sesiapa yang mati, sedang dia tidak pernah berperang atau dia tidak pernah berniat untuk berperang, dia mati dengan kematian jahiliyah” (Hadis Sahih).

Tidakkah cukup peperangan demi peperangan yang dipimpin sendiri oleh Rasulullah saw dan para Sahabat ra sepanjang hayat Baginda saw menggambarkan perihal kepentingan Jihad dan kemuliaan Syahid? Tidakkah cukup sejarah manusia yang dipenuhi peperangan dan kezaliman menuntut umat Islam bersedia dengan kekuatan apa sahaja yang mereka sanggupi demi kedaulatan agama yang benar lagi tercinta ini? Tidakkah cukup penjajahan Timur dan Barat ke atas Kashmir, Palestin, Gaza dll membuka mata dan memberi pengajaran?

Allah mewajibkan Jihad ke atas tiap muslim, tiada alasan untuk mengelak darinya. Allah swt menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada para Mujahideen dan Syuhadak, tidak akan memperolehi ganjaran tersebut selain mereka. Tidak akan mencapai darjat mereka selain orang-orang yang melalui jalan mereka. Allah swt menjadikan darah-darah mereka yang suci sebagai deposit pembayaran harga kemenangan Islam di dunia dan kejayaan abadi di Akhirat. Allah swt mengancam keras mereka yang tidak keluar berjihad, lepak, pengecut, menjanjikan mereka kehinaan di dunia dan azab di Akhirat yang tidak dapat ditebus walau dengan emas segunung Uhud dan menjadikan lari dari medan (al-firar) pertempuran termasuk 7 dosa besar yang membinasakan.

Dari beberapa hadis di bawah, lihatlah betapa hebat penerangan mengenainya, kuatnya ruh yang dibangkitkannya untuk mereka yang benar dan jujur dalam hidup yang sementara ini.

Dari Abi Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda maksudnya, “Demi Tuhan yang nyawaku di tanganNya, kalaulah tidak ada mereka yang sedih kerana tak dapat bersamaku dalam Jihad, aku tak dapat memberi kelengkapan perang kepada mereka, nescaya aku tidak akan ketinggalan menganggotai sariya (kumpulan perang) berperang di jalan Allah. Demi Tuhan yang nyawaku ditanganNya, aku sungguh ingin dibunuh di jalan Allah, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian aku dihidupkan, kemudian aku dibunuh, kemudian dihidupkan, kemudian dibunuh” (Hadis Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud hadis di atas, adakalanya Nabi saw tidak keluar berperang, bukan kerana takut, tetapi kerana mera’ikan sebahagian Sahabat ra yang tinggal di Madinah, yang tidak dapat menyertai perang tersebut kerana terlalu miskin, tiada kelengkapan dan ada juga ke tahap Daulah sendiri telah kehabisan kelengkapan untuk mereka keluar berjihad. Hakikatnya Nabi saw dan para Sahabat tersebut sangat ingin berjihad dan mendapat syahid.

Dari Ummu Harithah binti Suraqah ra, dia mendatangi Rasulullah saw untuk bertanya tentang anaknya yang syahid di Badar akibat panah sesat, jika Haritah di Syurga, dia akan bersabar. Jika sebaliknya, dia akan bersungguh menangis. Jawab Rasulullah saw bermaksud, “Wahai Ummu Harithah, sesungguhnya balasan baginya ialah taman-taman di Syurga. Sesungguhnya anakmu mendapat Firdaus yang tertinggi” (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Dari Abdullah bin Abi Awfa ra bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Ketahuilah kamu bahawa Syurga itu di bawah naungan pedang-pedang” (Hadis riwayat Abu Daud).

Sabda Baginda saw bermaksud, “Seorang yang berjihad di Jalan Allah seperti seorang yang berpuasa, bersolat yang khusyuk dengan bacaan Al-Quran dalam solatnya, tidak putus puasa dan solatnya sehingga orang yang berjihad tadi pulang dari jihadnya” (Hadis riwayat Abu Daud).

Ummu Khallad bertanya Rasulullah saw tentang anaknya yang syahid di Jalan Allah. Sabda Baginda saw bermaksud, “Bagi anakmu pahala 2 orang syahid... kerana dia dibunuh oleh Ahlul Kitab” (Hadis riwayat Abu Daud).

Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

“Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. Tidaklah mendung yang meliputi kita hari ini melainkan kerana cinta dunia dan takutkan mati. Persiapkanlah diri kamu untuk suatu tugas yang besar. Bersungguh melengkapkan diri untuk mati, nescaya Allah mengurniakan kamu kehidupan. Ketahuilah bahawa mati itu pasti. Ia pula hanya sekali. Jika kamu jadikan mati itu di Jalan Allah, maka untukmu keuntungan di dunia dan pahala di Akhirat. Tidak akan menimpa kamu melainkan apa yang telah ditentukan Allah ke atas kamu” … “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin