Selasa, 24 Januari 2012

KEPENDUDUKAN SIAM DI KEDAH

Dengan berlakunya serangan yang pertama oleh Siam ke atas Kedah pada akhir abad ke 13, maka bermulalah sejarah kedatangan orang Siam ke negeri ini. Sebenarnya di Kedah terdapat dua golongan masyarakat Siam. Golongan yang pertama terdiri daripada masyarakat Siam Buddha dan yang keduanya masyarakat Siam Islam.
Kedatangan orang Siam ke Kedah di akhir abad ke 13 diikuti dengan kedatangan beramai-ramai pada abad ke 18 dan 19. Kedatangan mereka ke Kedah adalah disebabkan oleh faktor penolak dan faktor penarik. Antaranya ialah krisis ekonomi yang berlaku di daerah-daerah selatan Thailand dan penaklukan Siam ke atas Kedah dan Patani. Di Kedah masyarakat Siam tertumpu di daerah-daerah yang berhampiran dengan kawasan-kawasan yang berhampiran sempadan Kedah-Thailand. Oleh itu mereka terdiri daripada penduduk-penduduk luar bandar.
Penempatan mereka yang sedemikian rupa telah mempengaruhi corak kegiatan ekonomi yang mereka jalankan di Kedah. Hampir 90% orang Siam Kedah terlibat di dalam sektor pertanian. Di dalam sektor pertanian, aktiviti yang paling utama dikerjakan oleh orang Siam ialah menanam padi dan menoreh getah. Daerah-daerah yang didiami oleh masyarakat Siam merupakan kawasan penanaman padi. Oleh itu orang Siam yang sememangnya penanam padi di Thailand tidak menghadapi masalah untuk terus bertani apabila menetap di Kedah.
Masyarakat Siam di Kedah telah berassimilasi dengan masyarakat tempatan terutamanya dengan masyarakat Melayu dan Cina. Assimilasi berlaku akibat kerana tiada sistem kelas di dalam masyarakat Siam Kedah yang membezakan kedudukan seseorang individu dengan individu yang lain. Dengan itu taraf kedudukan orang Siam adalah setaraf dengan kedudukan penduduk Melayu di luar bandar. Pergaulan yang bebas dan luas di antara orang Siam dengan masyarakat Melayu serta tiada perbezaan fahaman agama dengan di antara masyarakat Siam dengan masyarakat Cina merupakan faktor yang menggalakkan assimilasi.
Masyarakat Siam masih lagi berpegang kuat kepada fahaman animisme terutama percayakan hantu-hantu yang menggangu kehidupan mereka. Oleh itu bomoh memainkan peranan penting di dalam kehidupan mereka. Unsur-unsur animisme itu diamalkan bersama-sama dengan amalan agama Buddha yang kuat dipegang oleh orang Siam. Contohnya lelaki Siam dimestikan menjadi sami dan tempoh untuk menjadi sami terpulang kepada seseorang individu. Semasa menjadi sami inilah ajaran-ajaran Buddha betul-betul diamalkan.
Kepentingan orang Siam biasanya dipegang oleh Naiban (Ketua Kampung) dan Pegawai Luar Siam, yang berperanan sebagai orang tengah kepada masyarakat Siam. Naiban (Ketua Kampung) bertanggungjawab mengetengahkan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Siam kepada pihak yang bertangguangjawab. Tetapi pada 1960an terdapat sebuah persatuan yang bertujuan menjaga kepentingan orang Siam di Kedah dan Perlis ditubuhkan. Pada masa yang sama beberapa buah cawangan UMNO ditubuhkan oleh orang Siam Kedah dengan tujuan mengetahui dan memahami selok belok politik Malaysia disamping mendukung tujuan-tujuan yang terdapat di dalam pertubuhan UMNO sendiri.
Kerajaan telah melantik Dato Charern Intachat sebagai Ahli Dewan Negara, wakil orang Siam yang pertama pada 1996. Kini pada 30hb Februari 2002 Pn. Chun a/p Eam senator kedua menggantikan Dato Charern.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin