Jumaat, 27 Januari 2012

SOAL HUKUM BUANG BAYI

KATA Imam al-Maududi : �Kalau kita nak lihat masa depan ummah lihatlah remaja masa sekarang dan kalau kita tak mahu keruntuhan ummah masa depan didiklah remaja masa kini.�

Hidup kita bukan hanya hendak berhibur, tetapi kita hidup untuk menjadi pejuang. Kita bukan mahu melahirkan perosak dan pemusnah, tetapi kita mahu lahirkan pembina serta penegak ummah.
Mana mungkin penghibur boleh diajak berjuang, bukan tidak boleh berhibur, tetapi biarlah hiburan yang ada mesejnya dan punya tema ketuhanan dan kenabian.

Kalau mahu seronok dan hidup bebas pasti banyak yang terbabas. Bila sudah terbabas pasti parah �sehingga membawa kematian.


Kalau mati tanam sahajalah, jadilah mayat dan tinggallah kenangan, tetapi apa dibimbangkan ialah hati yang mati, jiwa nurani yang parah.



Jika hidup sekalipun nanti menjadi pemusnah dan peruntuh kebaikan yang sudah dibina atau apa-apa kebaikan yang sedang dalam pembinaan.

Yang tinggal kenangan pahit yang ditelan generasi di belakang yang terpaksa menggalas bebanan angkara perbuatan sumbang kita.

Antara mimpi ngeri yang �sedang kita alami dalam realiti ialah bebanan angka buang bayi. Angka itu seperti kita sedia maklum tidak cukup tangan hendak dikira.

Bukan satu malah bertimpa-timpa dosa mereka lakukan. Buang bayi hidup satu hal apa lagi yang mati. Jenayah dalam jenayah, dosa dalam dosa, zalim bertindan-tindan.

Buang anak adalah akibat zina kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.

Seterusnya, kita mesti mencari jawapan apakah punca pergaulan bebas. Mengenakan tuduhan ke atas pembuang bayi adalah langkah membendung gejala buang bayi.

Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah. Sebenarnya gejala buang bayi adalah berpunca daripada zina.

Cegah buang bayi juga bermakna mencegah zina. Maka dalam mencari penyelesaian sepatutnya isu ini menjadi bahan dan fikir bersama.

Sebagai metaforanya, apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untukmenadah air hujan yang menitis.

Tetapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama.

Tukar atap baru, barulah selesai masalah. Pihak berkuasa mesti bertindak segera, laksanakan undang-undang pencegahan yang menyeluruh dan sampai ke akar umbinya.

Dalam Islam memang terbukti tanpa sebarang keraguan keberkesanannya iaitu menguatkuasa undang-undang hudud dan qisas.

Bermula dengan penerangan dan perancangan yang berterusan melalui pendidikan.

Masing-masing perlu bertanggungjawab, pihak sekolah perlu mendidik dan bukan hanya mencerdik, media dan penyiaran perlu menghidang�kan program yang membina rohani secara kontemporari.

Remaja pula perlu menjauhi sebarang bentuk pergaulan bebas dan jangan sesekali menghampiri zina kerana nanti kita dekat dengan gejala membuang bayi.

Paling kita takuti ialah kemungkinan remaja membuang dan membunuh bayi itu adalah mereka dulu juga anak hasil hubungan luar nikah ibu atau ayahnya yang berzina.

Kini mereka sudah membesar dan bertindak lebih ganas lagi. Manakala ibu ayah pula perlu tegas dengan anak sedari kecil lagi. Bertegas bukan bererti berkasar, tetapi bertegas dalam soal prinsip iaitu solat, aurat, pergaulan bebas.

Jangan beri ruang anak kita memandang kecil suruhan Allah, ingatkan soal akhirat, azab kubur, syurga neraka. Didiklah anak bukan sekadar �ternak� mereka dengan makanan yang enak sahaja.

Berhabislah sedikit wang demi mengenali Allah. Hantar anak ke program motivasi yang menerapkan nilai Islam selain dapat membina kekuatan diri.

Ibu bapa perlu menjadi model kepada anak mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anaknya jalan betul sedangkan ia bengkang dan bengkok.

Zina perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: �Janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.� (Surah Al-Israa ayat 32). Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan masalah zina. Ia termasuk kesan psikologi, sosial ataupun moral.
Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel diatas. Sila lawati ke halaman utama untuk membaca lebih 1824 artikel yang terdapat disini. Jangan lupa berkongsi artikel diatas bersama anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan anda. Jika anda ingin memberi pendapat atau teguran, sila email kami di admin[at]mukmin.com.my, Insyallah kami berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita dapat ambil manafaat bersama dengan Portal Mukmin ini. Insyallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin