Khamis, 13 Oktober 2011

ADAKAH AKAN BERLAKU KIAMAT PADA TAHUN 2012.

Dahsyat…beginilah keadaan bumi yang musnah yang digambarkan menerusi filem 2012

Bismillahir rahmanir rahim.Alhamdulillahi Rabbil `alamin wassalaatu wassalam `ala  sayyidinaa Muhammadin nabbiyir rahmati  washafi`il ummati yaumil qiaamah wa`ala aalihi wasahbihi wassallim.Assalaamualaikum selamat sejahtera semua.
Mengikut KALENDAR KAUM MAYAN,hari kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012.Ramai orang menulis dan percaya bahawa dunia kini sedang menuju akhir zamannya pada tahun 2012.Bagaimana pendapat Syeikhul Inabah ini dalam perkara ini untuk renungan bersama?
Tamadun Mayan yang terletak di tengah Amerika selatan dianggap sebagai tamadun termaju dalam pengentahuan sains masa .Dan Kalendar Mayan dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakarwala dan sistem solar.Kalendar kuno berhenti pada tarikh 21 Disember 2012 dan ini lah menyebabkan ramai beranggapan berlakunya kiamat ia itu insiden berakhinya dunia seperti yang di ramalkan.Namun adakah ramalan Kalendar Mayan suatu kepastian mengikut pandangan Islam?
AKIDAH.
Sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan pasti akan berlaku.Tetapi MASA BERLAKUnya hanya ALLAH sahaja yang mengentahui.Allah tidak memberi tahu seseorang pun sama ada manusia biasa mahu pun Rasul-Nya dan tidak seorang pun yang berupaya untuk mengentahui baki umur dunia yang masih tinggal hal ini berdalilkan wahyu Allah dalam Kitab al-Quran surah al-`Araf  ayat 187 yang terjemahnya seperti berikut(harap buka al-Quran):
`Mereka menanyakan kepada mu tentang kiamat,bilakah terjadinya? Katakanlah:Sesungguhnya penegentahuan tentang kiamat itu ada lah pada sisi Tuhanku.Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia(Allah).Kiamat itu amat berat(hura haranya bagi makhluk)Yang di langit dan di bumi.kiamat itu tidak akan datang kepada mu melainkan dengan tiba tiba.Mereka bertanya kepada mu seakan-akan kamu benar benar mengentahuinya.Katakanlah:Sesungguhnya pengentahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah,tetapi kebanyakannya manusia tidak mengentahui`.
Dalam Islam tidak ada satu nas pun yang menentukan tarikh bila berlakunya hari kiamat.`
Berdasarkan dalil diatas ketepatan masa berlakunya kiamat yang berdasarkan Kalendar Mayan boleh di tolak dan tidak boleh dijadikan pegangan oleh umat Islam.Namun begitu umat Islam wajib beriman dengan ADA nya KIAMAT dan adanya tanda-tanda kiamat sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah saw.Memang terdapat hadis hadis sahih yang menceritakan tentang tanda -tanda kiamat yang sedang dan akan berlaku sama ada tanda tanda yang besar besar atau tanda tandanya yang kecil kecil.
Gambaran hari dan masa berlakunya kiamat ada termaktub didalam al-Quran wahyu Ilahi ada dalam banyak surah antaranya ialah dalam surah Al-Qariah(Peristiwa besar) ayat 1 hingga 5. Surah Al-Infithar(Pecah belah)ayat 1 hingga 5. Surah At Takwir(Menggulung) ayat 1 hingga 7 dan kelanjutan peristiwa dan juga hujjah Allah swt hingga ayat 29.Dan juga ada tersebut dalam lain lain surah (Sila rujuk Al-Quran sebenar untuk lebih tepat sebagai dalil).
Terjemah ayat 1-5 surah Al-Qari`ah:
`Peristiwa besar
Apakah itu peristiwa besar?
Tahukah engkau,apa peristiwa besar itu?
Di hari manusia bagai kupu kupu yang bertebaran
Dan gunung-gunung bagai bulu yang dihembus.`
Terjemah surah Al-Infithar ayat 1-5:
Ketika langit pecah belah
Ketika bintang-bintang bertaburan
Ketika lautan melimpah-limpah,
Dan ketika kuburan di bungkar
(Dikala itu)setiap diri menegntahui apa
yang diletakkannya di muka
dan apa yang ditinggalkannya di belakang`
Terjemah dari surah At Takwir ayat 1-7:
`Ketika matahari telah digulung
Dan ketika bintang-bintang jatuh bertaburan
Ketika gunung-gunung telah dihilangkan
Dan ketika unta- unta betina telah ditinggalkan
Dan ketika binatang- binatang liar dikumpulkan
Dan ketika lautan bergelombang besar
Dan ketika diri(manusia) dikumpulkan `.
TANDA TANDA KECIL KIAMAT
Mengenai tanda tanda kecil ada diceritakan dalam beberapa buah hadis yang sohih seperti hadis berikut:
Terjemahannya:`Aku diutuskan dan kiamat seperti dua ini,lalu Baginda mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya`.(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini bermaksud bahawa perutusan Rasulullah saw sebagai penyudah segala rasul dan nabi merupakan salah satu daripada tanda-tanda hampirnya kiamat.
Dalam hadis lain Rasulullah saw bersabda:
Terjemahannya:`Kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah berlakunya peperangan diantara dua puak yang besar dimana ia menyebabkan korban yang banyak dan kedua-dua puak itu menyeru seruan yang sama,dan sehingga diutuskan dajjal-dajjal yang pembohong yang hampir mencapai tiga puluh orang dimana kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi,dan sehingga dicabut ilmu penegentahuan[pegangan keagamaan?-p]banyaknya berlaku gempa bumi,masa menjadi semakin singkat,timbulnya fitnah fitanah,banyaknya pembunuhan,harta dikalangan kamu menjadi banyak lalu melimpah ruah sehinggakan pemilik harta inginkan ada orang yang menerima hartanya lalu ia menawarkannya maka berkatalah orang yang ditawarkan harta kepadanya:Saya tiadak inginkan harta itu,dan sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan,dan sehingga lalu seorang lelaki di kubur seorang lelaki lalu ia berkata:Alangkah baiknya jika aku berada ditempatnya,dan sehingga terbit matahari dari sebelah baratnya dan manusia semua melihatnya maka mereka pun beriman,tetapi ketika itu iman seseorang tidak lagi manfaatkan dirinya jika ia sebelum itu tidak beriman atau tidak melakukan kebaikan dalam keimanannya.Pasti akan berlaku kiamat tatkala dua orang lelaki telah merentangkan pakaian di antara mereka berdua lalu mereka tidak sempat berjual beli pakaian itu dan tidak sempat untuk melipatkanya semula.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang lelaki beredar membawa susu untanya lalu ia tidak sempat meminumnya.Kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang membaiki kolamnya lalu ia tidak sempat meneguk air dari kolam itu dan kiamat pasti akan berlaku tatkala seorang sedang mengangkat makanannya kemulutnya lalu ia tidak sempat memakannya`.[Al-Buhari].
Sesungguhnya kalau hendak dihuraikan satu persatu tiap tanda tanda kecil akan berlaku kiamat akan hadis riwayat Al-Bukhari diatas akan memakan ruang yang teramat panjang.Tetapi tanda tanda kecil seperti lahir nya dajjal dajjal pembohong yang mencapai hampir 30 orang yang kesemua mereka mendakwa dirinya sebagai nabi sudah barangkali hampir mencukupi qota iaitu semenjak Musailamah Al Kazzab  di Tanah Arab hingga lah  ada sesaorang juga yang telah mengaku nabi dan rasul di Indonesia dan juga yang muta`khir ini lahir pula seorang pembohong yang mengaku dirinya`Rasul Melayu`di Tanah Melayu…..! Sesungguhnya sabda sabda  Nabi Muhammad Rasulullah saw. tetaplah benar sepanjang zaman.
TANDA TANDA BESAR BERLAKU KIAMAT.
Banyak hadis hadis Rasullah saw yang menyatakan tanda tanda besar berlaku kiamat antaranya ialah:
Terjemahan:`Huzaifah bin Asyad al-Ghifari menceritakan:Pernah suatu ketika Nabi datang kepada kami ketika kami sedang berbual-bual,lalu baginda bertanya:Apa yang kamu bualkan?Mereka menjawab:Kami sedang menyebutkan tentang kiamat.baginda bersabda:Sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehinggalah kamu melihat sepuluh tanda.Baginda menyebut tanda tanda itu iaitu asap,dajjal,muncul sejenis binatang,matahari terbit dari sebelah barat,turunnya Isa bin Maryam,munculnya Yakjuj dan Makjuj dan berlaku tiga gerhana,satu gerhana di sebelah timur,satu disebelah barat dan satu lagi di Semenanjung Arab dan akhir sekali ialah api yang keluar dari Yaman dan mengusir manusia ketempat perhimpinan mereka`.(Riwayat Muslim).
Tetapi berkait dengan sepuluh tanda besar ini penulis ingin menarik renungan pembaca kepada satu hadis Rasulullah saw dalam Sahih Muslim dan syarah Nawawi 18:27-28 yang terjemahannya adalah seperti berikut:
Dari Huzaifah bun Usaid r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:`Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda……`Kemudian baginda menyebutkan antara lain`dan tiga gempa/tanah longsor.iaitu gempa di wilayah timur,di wilayah barat dan jazirah Arab.`
Dari Ummu Salamah ra. ia berkata:Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
Ertinya `Sesudahku nanti akan terjadi gempa bumi di wilayah timur,gempa bumi di wilayah barat dan gempa bumi di jazirah Arab.`Saya bertanya,`Wahai Rasulullah,apakah bumi akan digempakan padahal di dalamnya masih ada orang orang yang solih?` Baginda menjawab,`Apakala penghuninya telah banyak melakukan keburukan.`(R.H.ada tersebut dalam As-Shahih).
Mengenai hadis ini ada pun alamat besar kiamat itu berlaku apabila terjadi kerosakkan dan kemaksiatan yang bermaharajalela dikalangan manusia…adakah peristiwa Sunami [Kerana akibat gelincaran bumi dalam Lautan Hindi]berberapa tahun lepas seluruh wilayah timur dunia ia itu bermula dari negara Seri Langka,Timur Siam dan Barat Indonesia[Sumatera Barat dan Acheh]Yang memakan korban Ratusan ribu manusia dan yang terjadi gempa bumi di wilayah Padang Sumatera baru baru ini pula[30 September  2009M ] juga memakan korban satu ribu orang adalah satu pertanda besar kiamat  dunia akan menjelang tiba?Ada kah Gempa bumi di barat dunia sudah pun berlaku zaman 1000 tahun dahulu? atau akan berlaku? Dan di bumi Arab mungkin belum lagi berlaku sebab jika kita mengikut turutan kata kata nabi hadis di atas Wilayah bumi Arab adalah yang terakhir dan tentunya takala itu maksiat [penentangan atau pengengkaran terhadap syariat Islam ] telah pula bermaharajalela di bumi Arab pula].Walaubagaimana pun Pakar gempa bumi memberi amaran Teheran[adakah Teheran termasuk jazirah Arab atau pun ia wilayah timur?]mungkin mengalami gempa bumi besar di masa akan datang.Dan pada tahun 2003 yang lalu telah berlaku gempa besar di Bam yang meragut nyawa 40,000 orang.Teheran yang penduduknya 12 juta orang sedang berada di atas 100 gelinciran dan bandaraya besar ini tidak mungkin mampu bertahan gegaran gempa yang besar yang mungkin akan berlaku dimasa depan itu.Maka hal hal tersebut diatas boleh kah dianggap sebagai  salah satu tanda pada tanda-tanda besar akan berlaku kiamat yang tersebut dalam hadis? wallaahu a`lam.
PERMULAAN TERJADINYA KIAMAT
Keseluruhan ayat  ayat Al-Quran yang menyentuh tentang kejadian kiamat menunjukan permulaan kiamat ialah dengan berlakunya perubahan umum terhadap alam semesta ini.Fenomena yang akan terjadi ialah langit menjadi terbelah [Langit mempunyai tujuh lapis] bintang bintang berguguran dan planet -planet berlanggaran sesama sendiri serta kejadian kejadian lain yang tersebut dalam wahyu Allah-Al-Quran.Segala sesuatu yang berada di dalam alam perwujudan ini akan semua binasa-musnah.Seperti firman Allah dalam A-Quran surah Ibrahim ayat 48:
Ertinya:`Pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan demikian pula langit,dan mereka semuanya[di Padang Mahsar]berkumpul menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa`.
Dan lagi Firman Allah dalam surah al-Haqqah: 13-16:
Ertinya: `Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup.dan diangkatlah bumi dan gunung gunung,lalu dihancurkan keduanya sekali hancur.maka hari itu terjadilah hari kiamat.dan terbelahlah langit,kerana pada hari itu langit menjadi lemah.`
Berlakunya pertukaran langit dan bumi dengan kewujudan yang baharu adalah selepas tiupan sangkakala yang pertama.Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala dengan perintah Allah SWT,sehingga menyebabkan semua yang ada di langi tdan di bumi mati dan musnah semuanya melainkan sesiapa yang dikehendaki Allah seperti firaman Allah dalam Al-quran surah Al-Zummmar68.
Ertinya:`Dan ditiuplah sangkakala,maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah,kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba -tiba mereka berdiri menungguu[keputusan suratan  masing masing].
Mengikut sumber yang diriwayatkan mereka yang tidak dimatikan oleh Allah ialah empat malaikat iaitu Jibraill,Mikail,Israfil dan Izrail.Begitu juga malikat yang bertugas menanggung Arash ketika tiupan sangkakala yang pertama tetapi mereka akan mati juga setelah tiupan sangkakala  yang pertama selesai.
TIUPAN SANGKAKALA  PERTAMA OLEH ISRAFIL.
Bahawa yang meniup sangkakala itu ialah malaikat Israfil bersendirian.Sangkakala itu adalah seperti terumpit yang ditiup oleh peniup terumpit atau sebagai peniup wisel perlawanan bola.Lalu keluarlah bunyinya seperti halilintar yang amat keras.Dalam hadis riwayat at-Tabarani daripada Abu Hurairah menyebut bahawasanya tatkala Allah selesai menjadikan tujuh petala langit dan bumi,maka Allah menjadikan sangkakala lalu diberikan kepada Israfil.Kemudian Israfil meletakkan sangkakala itu pada mulutnya sambil pandangannya tertumpu ke arah Arash menanti bilakah dia diperintahkan untuk meniupnya.lalu Aku (Abu Hurairah)berkata:`wahai Rasulullah apakah maksud Sur(sangkakala) itu?`Baginda menjawab`Ia seperti satu tanduk.`Aku bertanya:`Bagaimana pula keadaannya?` Baginda menjawab:`Ia amat besar,demi Tuhan yang diriku dalam kekuasaan-Nya,bahawa edarannya(yakni mulut/ukur lilitnya)saperti lebar tujuh petala langit dan bumi.`
Dalam riwayat daripada Abu asy-syeikh daripada wahab menyebut bahawa Allah telah menjadikan sur(sangkakala) daripada lu`lu`(permata)yang jernih seperti kaca.
Ahlul kasaf menggambarkan al-sur(tetuang) seperti tanduk itu adalah sempit dibahagian al-asfal(bawah) dan amat luas dibahagian al-`ala(atas) .Bumi adalah terletak di bahagian ujungnya al-asfal panjang al-Sur sampai kepada al-`Arsil majid yang amat besar radiusnya atau dengan kata lain mengikut geocentric system bahawa al-markaz iaitu bumi yang kita huni ini merupakan`hujung tetuang` dan al-Falaqul `ala merupakan`umbi tetuang.Ada pun kedudukan tetuang itu adalah hujungnya di bawah dan umbinya diatas.
Ada pun tetuang yang terletak pada mulut Israfil untuk dihembuskan(ditiupkan) pada hari kiamat iaitu hari kebinasaan alam dan hari kebangkitan semula itu tersebut dalam al-Quraan dan al hadis nabawi dan kadang kadang disebut juga an-Naqur ertinya terumpit(lihat surah az-zumar ayat 68 dan surah al-mudathsir ayat 8-10.Dalam bahasa Melayu disebut sangkakala iaitu pengambilan dari bahasa sanskrita`sangkha`ertinya` terumpit` dan `Kala` ertinya `waktu` atau `kehebatan-kedahsatan`.
Ada pun kedudukan Israfil yang sedang memegang al-Sur itu mengikut satu hadis yang lain dinyatakan ia berada di-Assamaau thaniyyah ia itu di langit yang kedua yang mengikut kajian kosmologi Islam ialah di alam barzah.Bahawa al-Sur yang terletak pada mulut Israfil itu memang dalam keadaannya begitu,bukanlah suatu perlambangan.Ia suatu kejadian ciptaan Tuhan dalam alam ghaib tetapi tidak melampaui batas alam barzah.Menekala alam barzah sendiri terdiri dari tingkat tingkat alam syahadah(alam nyata) dan alam ghaib.Dan Israfil hanyalah dalam menunggu perintah Tuhan untuk tetuang itu  di tiup sebagai signal bermulanya peristiwa kiamat.Maka tidak ada siapa yang tahu dan tidak ada perkiraan sains masa dan kalendar dan waktu yang dapat menentukan bilakah tetuang sangkakala itu akan ditiup oleh Israfil dengan perintah Tuhan!
Mengikut kepercayaan kaum Mayan kiamat akan berlaku keatas alam semesta ini.Kepercayaan ini berdasarkan sains masa dan kalendar mereka.Nampaknya keperecayaan mereka  tentang kiamat ada.Dan sama dengan kepercayaan islam serta agama agama samawi yang lain juga. Wahyu Allah mengenai kejadian kiamat dunia tersebut dalam al-Quran terdapat pada banyak surah dan ayat.Contohnya firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Hajj-atyat 7:
Ertinya:`Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang,tidak ada keraguan padanya,dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.`
Namun mengenai masa berlakunya kiamat iaitu tiupan sangkakala pertama kali oleh malaikat Israfil tidak semestinya berlaku mengikut tarikh kalendar mereka [21 disember 2012] kerana Islam berdasarkan firman Allah SWT Maha Penguasa Semesta Alam yang mana saat kiamat itu tiada siapa pun makhluk-Nya yang tahu malah tidak juga oleh malaikat Israfil sendiri yang bertugas meniup sangkakala itu.Saat itu hanya lah Allah SWT saja yang tahu dan Dia sahajalah yang menentukan.
Walau bagaimana pun ada hadis yang menerangkan bahawa hari permulaan terjadi kiamat itu adalah  pada  hari jumaat.Tetapi jika mengikut penelitian terhadap jadual perjalanan tahun,bulan dan hari  mengikut kalendar Hijrah bahawa hari 21 disember 2012M itu ialah hari rabu bukan hari jumaat.Hal ini telah tidak berbetulan dengan sabda Rasulullah saw.Maka berdasarkan ini tidak lah berlaku kiamat pada 21 disember tahun 2012M.atau 8 safar 1434 itu.Insaallah.[Edit: sila lihat komentar Perantau dalam perkara hari jumaat tersebut setelah selesai membaca artikel ini].
Tetapi anda tanda kecil kiamat yang semakin hampir akan berlaku memang ternyata kerana seperti apa yang disabdakan Rasulullah saw memang telah banyak berlaku contohnya seperti sabda Rasulullah saw dari Anas r.a:
Ertinya:`Di antara tanda tanda-hari kiamat adalah hilangnya ilmu dan munculnya kebodohan(dalam hal beragama-p),banyak khmar diminum,zina bermaharajalela,jumlah bilangan lelaki sedikit,jumlah bilangan wanita banyak,sampai lima puluh wanita sebanding dengan satu lelaki.` [HR.Bukhari dan Turmudzi].
Ada pun tanda tanda besar akan berlaku kiamat[yang sepuluh perkara]mengikut kebanyakan ulama` masih tidak banyak berlaku iaitu Kabut,Dajjal,Haiwan Besar,Matahari terbit dari Barat,Turunnnya Nabi Isa Ibnu Mariam,Keluarnya Yakjuj dam Makjud,Terjadinya tiga gerhana bulan di barat dan timur dan Jazirah Arab dan akhiranya keluar api dari negeri Yaman yang mengusir manusia ke tempat perkumpulan mereka.
Kita ambil satu dalil sahaja dari alamat alamat besar kiamat tersebut di atas menjadi dalil kenapa kita berpendapat kiamat tidak akan berlaku pada 21 Disember 2012 mengikut sains masa dan kalendar kaum Mayan itu.Kalau kita mengikut perkiraan masa kalendar mereka kiamat akan berlaku hanyalah mengambil masa 3 tahun 1 bulan 20 hari saja lagi dari tarikh penulisan artikel ini(1 hb.November 2009).Salah satu tanda tanda besar kiamat yang tersebut mengikut sabda Rasulullah saw ialah Turunnya Nabi Isa a.s. dari langit membunuh Dajjal barmata satu.Tetapi Nabi Isa  a.s.belum lagi turun ke bumi pada saat ini.Dan jika Nabi Isa a.s. telah turun menurut riwayat ia akan mendiami bumi  selama tujuh tahun dan menurut sebahagian riwayat yang lain lagi ialah selama empat puluh tahun barulah  baginda wafat di bumi.Jadi amat bersalahan dari segi`WAKTU dan MASA pada penentuan kalendar Mayan yang mengatakan kiamat akan berlaku [hanya 3 tahun 1 bulan 20 hari saja lagi dari saat penulisan ini] ia itu pada 21 Disember 2012M.
Menurut riwayat Imam muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa rasulullah saw bersabda:
Ertinya`Lalu Allah mengutus Isa Ibnu Mariam…..lantas ia tinggal bersama orang banyak selama tujuh tahun,yang pada waktu itu tidak ada permusuhan sama sekali antara sesama manusia.Setelah itu Allah mengirim angin yang sangat dingin dari arah Syam,maka tidak ada seorang pun di muka bumi yang pada waktu itu masih mempunyai kebaikan atau keimanan dalam hati walau pun seberat atom melainkan akan dihembuskannya dan mati kerananya.`[HR.Muslim,bab Dzikrid Dajal 18:75-76].
Sedankan pula dalam riwayat Imam Ahmad dan Abu daud disebutkan:
`Kemudian ia tinggal di bumi selama empat puluh tahun,kemudian Allah mewafatkannya,dan dia disolati oleh orang- orang Muslim.`[sahih fatul-Bari 6:493].
Kedua riwayat diatas sama sama sahih, dan ini merupakan suatu kemuskilan namun jika riwayat yang mengatakan tujuh tahun itu diertikan dengan pengertian tujuh tahun setelah turun kembali kebumi,lalu ditambah usia beliau yang tiga puluh tiga tahun sebelum diangkat ke langit dahulu sehingga demikianlah menjadi kata bermaksud empat puluh tahun itu.wallahu a`lam. Tetapi walau pun di katakan lamanya nabi Isa di bumi ialah tujuh tahun sahaja sebelum wafat beliau maka fakta ini sudah pasti jua menghapuskan telahan kalendar kaum Mayan bahawa kiamat akan berlaku hanya tiga tahun satu bulan dan dua puluh hari lagi daripada tarikh artikel ini di tulis.Walaubagaimana pun pada tarikh tersebut mungkin juga ada sesuatu peristiwa kosmos semesta yang mungkin akan berlaku tetapi tidak lah KIAMATUL-KUBRA.Wallahu a`lam.
Tetapi jika berdasarkan alamat -alamat kecil tanda akan berlaku kiamat yang kian hampir memang banyak telah terjadi misalnya perkara perkara berlaku di Eropah dan Amerika dan di mana mana sahaja dunia timur juga iaitu arak dan zina bermaharajalela.Jika kita membuat penelitian sosial maka kita ketemukan ratusan ribu anak-anak haram dan yang berdaftar setiap tahunnya disebelah Eropah dan Amerika mencapai jutaan orang.Bukan hanya khamar dan zina yang menjadi tanda tanda kecil kiamat tetapi kejahatan yang telalu banyak terjadi juga mencakupi dosa dosa besar yang di haramkan agama dikerjakan.Syirik,Sihir,bunuh,zina-homosex-lesbian,minum arak bermerajalela dimana mana.Begitu juga pepereangan antara Yahudi yang di sokong oleh Amerika terhadap orang orang negara Islam dan juga peperangan oleh Amerika dengan sokongan para sekutunya terhadap negara negara islam.Dan satu hadis Rasullullah saw yang boleh menjadi perhatian kita sama ada kiamat itu sudah hampir tiba ialah apabila berlaku perkara seperti hadis yang di riwayatkan oleh Turmuzi dari Abu Hurairah ini dan persoaalan adakah perkara tersebut ini telah berlaku ia itu:
Rasulullah bersabda: Ertinya:`Tidak akan datang hari kiamat sehingga orang-orang muslim memerangi orang orang Yahudi dan membunuh mereka sampai mereka bersembunyi di sebalik bebatuan dan pepohonan,maka batu dan pohon itu berkata:`wahai orang Islam! wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakangku,kemarilah dan bunuhlah,kecuali ada satu pohon(yang melindungi mereka) yang bernama gharqad iaitu pohon Yahudi.`

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin