Isnin, 10 Oktober 2011

BILAKAH BERLAKUNYA KIAMAT


Bilakah Kiamat ?

Benarkah Kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ?

Umum mengetahui bahawa Hari Kiamat adalah hari kehancuran bumi, alamraya dan segenap alam cakerawala yang ada di dunia. Segala makhluk tidak kira manusia, jin, haiwan, tumbuhan, langit, matahari, bulan dan planet-planet akan hancur, saling berguguran, berlanggaran dan musnah. Manusia akan lenyap dan berterbangan bagaikan kalkatu dan suasana ketika hari tersebut sangat menakutkan.




Di dalam al-Quran disebut tentang hari kiamat dengan pelbagai perkataan, antaranya Al-Haaqah, Al-Waqiah, Al-Qiyamah, Al-Zalzalah dan sebagainya. Semuanya mempunyai maksud yang sama iaitu kiamat. Dengan maksud seperti “hari yang menggoncangkan”, “hari kebangkitan” dan sebagainya, ianya cukup menakutkan sesiapa yang berfikir tentangnya. Kiamat ibarat satu cermin yang menggambarkan ketakutan manusia. Berlakunya ia bermakna bermulanya satu episod perjalanan yang baru bagi umat manusia.


Akhir-akhir ini ramai orang membicarakan  dunia dan alam maya ini akan berakhir dalam jangkamasa terdekat. Tidak kurang juga yang mempercayai akan terjadinya kiamat pada tahun 2012. Post kali ini membincangkan tentang  Hari Kiamat dari segi ramalan kepercayaan kuno, doktrin barat dan sudut pandangan Islam.

Namun begitu, kepercayaan mengenai hari kiamat adalah satu ketetapan bagi umat Islam. Ianya sudah termaktub sebagai rukun iman yang kelima yang menjadi tunjang akidah, keimanan dan kepercayaan penganutnya. Bagi yang benar-benar beriman, mereka mempercayainya dengan keimanan yang bulat kepada Allah SWT bahawa hari besar tersebut sememangnya pasti akan berlaku.


RAMALAN KUNO HARI KIAMAT



Mungkinkah kiamat akan berlaku pada tahun 2012?

 


Ramalan akan terjadinya kiamat tahun 2012 itu kononnya disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden.


Antaranya;

 
1. Suku Maya.



Suku ini merupakan penduduk awal yang tinggal di teluk antara Guatemala dan Mexico pada tahun 700 SM. Mereka dianggap memiliki kemajuan dalam perhitungan tentang waktu dan masa. Suku ini juga dikatakan mempunyai kepercayaan dan kuat beribadah serta pandai membuat ramalan.


Suku Maya membuat perhitungan bahawa dalam satu tahun terdapat 18 bulan yang setiap bulannya terdiri dari 20 hari dan mereka menambahkan lagi 5 hari sehingga setahun sama dengan 365 hari. Didalam pengiraan itu mereka pun meramal akan terjadinya berbagai musibah, seperti kelaparan, banjir besar, perubahan iklim hingga berakhirnya bumi pada tanggal 21 Disember 2012.


Tanggal 21 Disember 2012 bertepatan dengan tahun 5126 M iaitu tanggal berakhirnya perhitungan panjang mereka yang sudah dimulai sejak tanggal 31 Ogos 3114 SM.

Seorang penulis yang bernama Fahd Amir Al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya ini akan adanya kejadian besar pada tahun 2012.

Kalendar Suku Maya


2. Buku Ramalan Cina



Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi cina dari keturunan Dinasti Chang (menguasai China sejak tahun 1766 SM) yang meramalkan bumi musnah pada tahun 2012 M.
Kalendar kuno China


3. Nostradamus


Di Perancis juga terdapat ramalan yang dibuat oleh seorang astrologi terkenal yang bernama Nostradamus. Beliau mengatakan planet-planet di angkasa akan berantakan pada akhir tahun 2000 dan mengakibatkan hancurnya kehidupan setelah 12 tahun.
Lagenda Nostradamus

Ramalan Nostradamus juga disokong oleh para ahli astronomi moden

Antaranya;

1. Seorang ilmuwan matematik Jepun yang bernama Haido Itakawa (tahun 1980) mengatakan planet-planet matahari akan tersusun didalam satu garis. Ini boleh boleh mengakibatkan kejadian luar biasa di angkasa yang boleh menghentikan pergerakkan bumi pada Ogos 2012.


 2. Perihal kiamat tahun 2012 ini juga diberitakan oleh berbagai Jurnal Ilmiah Amerika yang bersumber dari NASA. Dikatakan teleskop yang diletakkan oleh NASA di ruang angkasa telah menemui sebuah planet lain yang besarnya hampir sama dengan matahari dan dinamakan Nibiru.

NASA menyatakan planet Nibiru ini memiliki kekuatan magnet yang sangat besar menyamai matahari. Ianya boleh mendatangkan bahaya jika planet ini mendekati orbit peredaran bumi. Planet Nibiru dikatakan akan mendekati bumi dalam jarak yang boleh dilihat dengan jelas oleh penduduk Asia Timur pada tahun 2009 bahkan akan memasuki orbit bumi pada tahun 2011. Seluruh penduduk bumi akan dapat menyaksikannya bagaikan sebuah matahari yang lain.

Sumber lain pula menyebut, pada tahun 2012 planet Nibiru ini akan memasuki bahagian sistem suria kita hingga menyebabkan gangguan graviti.



Namun ada pula pendapat lain yang menyangkal dakwaan hari kiamat jatuh pada tahun 2012.
The father of modern physics and astronomy, Sir Isaac Newton, meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2060 sebagaimana yang tertulis di dalam satu surat pada tahun 1704.

Di dalam surat tersebut, Sir Isaac Newton telah menggunakan Bible’s Book of Daniel untuk meramal tahun berlakunya kiamat, dan surat tersebut telah di pamerkan kepada umum buat pertama kalinya sejak 1969 di Jerusalem’s Hebrew University.



Beliau juga dikatakan telah menghabiskan masanya selama 50 tahun dan menulis 4,500 pages hanya untuk meramal tahun berlakunya kiamat.


Doktrin Barat

Barat mempunyai pelbagai tafsiran dan ramalan yang mungkin benar, tetapi ada kemungkinan ianya tersasar jauh dari kebenaran. Pernah sebelum ini diwarwarkan oleh media Barat bahawa kiamat akan berlaku pada tahun 2004, dan beberapa tarikh sebelumnya, namun tiada apa yang berlaku. Kehidupan masih berjalan seperti biasa, tiada langit pecah, tiada planet berlanggar dan sebagainya.


Maka timbullah persoalan, mengapa Barat dan orang-orang yang sama waktu dengannya begitu meneliti tentang munculnya hari kiamat? Mengapa perlu menyiasat tarikh berlakunya hari kiamat? Mengapa mereka beria-ria mewar-warkan tahun tertentu akan berlakunya kiamat? Kenapa perlunya filem untuk menjadi bahantara menjelaskan tentang hari kiamat? Kenapa perlunya filem seperti 2012?


Di sinilah kita perlu memahami, mengkaji dan meneliti mengapa Barat terlalu mementingkan penerapan dogma mereka melalui cara yang cukup berkesan, iaitu melalui filem-filem yang bertemakan kemusnahan, kehancuran, peperangan dan sebagainya.


Anda semua mungkin pernah menonton filem-filem seperti sekuel filem “2012”, “The Day After Tomorrow”, “War of the World”,“Armageddon”, “Deep Impact”, “Twister”, “The End of The World”,”Independence Day”,”The Core”,”Sunshine” dan sebagainya. Filem-filem seperti ini bertemakan bencana, malapetaka dahsyat, dan juga hari kiamat.

Filem-filem tersebut disudahi dengan bumi terselamat daripada kemusnahan hasil dari keberanian dan kehebatan teknologi orang-orang Barat. Dengan itu, dunia akan mengatakan orang Baratlah hero penyelamat dunia. Penghasilan filem dan penerapan doktrin Barat sememangnya ibarat “irama dan lagu”. Bagi mereka senyaplah dunia tanpa “hiasan-hiasan” tersebut. Kita sepatutnya tidak tertipu dengan perancangan dan propaganda-progpaganda Barat.


Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa orang-orang kafir dan Barat khususnya sangat suka bermain dengan “nombor” dan “tahun” untuk hari kiamat. Bagi mereka penghasilan filem tersebut tidak lebih sebagai satu dokumentari. Sudah termaktub, orang yang tidak beriman suka menyebut tentang hari kiamat dan mahu ianya disegerakan.

Pandangan Ulama

Ulama terkenal dunia, Syeikh Yusuf Al Qaradhawi pernah ditanya tentang akan hancurnya alam ini pada tahun 2012. Beliau menjawab “Ini adalah perbicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa dan perkara yang belum berlaku. Menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda esok atau lusa berlawanan dengan qada dan qadar tuhan. Hakikat kebenaran didalam permasalahan ini tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT sebagaimana disebutkan didalam Al Qur’an”. Berdasarkan Firman Allah;
وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا
Ertinya : “Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok.” (QS. Luqman : 34)

Allahlah yang mengetahui kebenaran hakikinya bahkan terhadap berbagai penafsiran tentang alam semesta ini, perkembangan alam maupun kehidupan yang seluruhnya merupakan teori-teori ciptaan manusia semata-mata. Dan sebagaimana sebuah teori maka ada pula sebahagian ilmuwan lainnya yang melakukan penyanggahan terhadapnya dengan berbagai teori lainnya dan begitulah selanjutnya..

Sumber : www.qaradawi.net



 
Hari Kiamat Menurut Pandangan Islam

Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya mahupun Sunnah Nabi SAW, di antaranya:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي
لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ
 إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ
 وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ

Ertinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS. Al A’raf : 187)




يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا
 عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Ertinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah". Dan tahukah kamu (Wahai Muhammad), kemungkinan hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)


Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,”Kunci-kunci ghaib itu lima,’Sesungguhnya hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada didalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakanNya besok, dan tiada yang seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (HR. Sahih Al-Bukhari)

Seseorang mungkin mengetahui sesuatu dengan berbagai petunjuk akan tetapi hal itu hanyalah sebatas dugaan bukanlah kepastian.Firman Allah lagi;

وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوت
Ertinya : “dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.” (QS. Luqman : 34)


TANDA-TANDA HARI KIAMAT

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R Muslimi)



Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Terdapat 10 tanda-tanda kecil (awal) dan 10 tanda-tanda besar (akhir) akan kedatangan hari kiamat.


10 Tanda-tanda kecil (awal).

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan "salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."  - Sahih Bukhari .


2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.


3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi wanita" - Ibnu Majah.


4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim serta sikap yang buruk dalam tetangga."Adanya anak-anak yang tidak mengakui akan kewujudan ibubapanya. - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-oarang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Mak a orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".


10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani


10 Tanda-tanda besar (akhir).

1. Dukhan (asap/jelebu) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.


3. Dabbah-Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah SWT.


4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah SWT tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.


5. Turunnya Nabi Isa A.S ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.


6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Iskandar Zulkarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur. (China,Jepun,Asia Tenggara)

8. Gempa bumi di Barat. (Amerika,Kanada,Mexico,Argentina,Brazil)

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab. (Mesir,UAE)

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah Negeri Yaman.(Nuklear).



Renungan:
Sesungguhnya segala kebaikkan itu datangnya dari Allah SWT, dan yang buruk  itu datangnya dari kesilapan manusia sendiri.

Firman Allah SWTyang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).




Allah SWT amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).

 

Wallahua`lam.


Amaran 2012 dalam Ar-Rahmaan!


"Nombor Perdana adalah Kuncinya"

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hubungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.

Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.

Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31
kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11,13, 17, 19, 23 dan 29.

Penemuan 2012 dalam al-Quran


Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ



ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)  sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;


13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77 dan jumlahnya;

13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 +73 + 75 + 77 = 1433


merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana! tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).

Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);

30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 hari.


Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M). Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ


ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.

Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.


Apakah Peristiwa Itu?


Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah. "Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟


فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ


أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ

But if you don’t do it, and you shall never do it, then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.


"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ


فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ


These are they who buy the life of this world for the hereafter,so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.

" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]

بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم


قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ


Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin