Isnin, 10 Oktober 2011

DAHSYAT


Haha.. Boleh plak macam tu eh? Diorang ingat kiamat ni kat bumi je kot. Diorang ingat boleh lari dari Hari Kiamat. Sangat mustahil la. Dah tu, siap tau plak tarikhnya bila. Kat bawah ni aku ada buat sedikit terjemahan daripada isi kandungan web gila tersebut. Aku terjemah mengikut kefahaman aku dan bantuan google translate. Aku bukan terer english sangat. Aku dapat tahu pasal web ni pun daripada Cik Bulat.


KIAMAT SUDAH DEKAT! TAPI IA TIDAK HARUS BERAKHIR!

Tempah tiket sekarang untuk diri sendiri, keluarga, dan rakan-rakan bagi memastikan perjalanan yang selamat ke dunia baru.

Seperti mana yang kita tahu, dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012! Anda bertuah kerana berpeluang menyelamatkan diri dan yang tersayang dari Hari Kiamat di Bumi dengan menempah tiket kapal USS Ark 2012 untuk melarikan diri. Apa itu USS Ark 2012? Ia adalah satu-satunya pesawat untuk melarikan diri yang akan memberikan perjalanan yang selamat ke planet baru dan membina habitat baru di sana.

Bayangkan hari ini 21 Disember 2012, anda baru sahaja mendapat berita dunia ini bakal berakhir. Apa yang akan anda lakukan sekarang? Anda hanya ada beberapa jam sahaja lagi dan mungkin juga hanya beberapa minit sebelum semuanya berakhir. Semua orang bertempiaran lari bagai orang gila untuk mencari jalan menyelamatkan diri. Tapi anda tidak perlu bimbang sebab anda sudah menempah tiket Escape Earth. Anda boleh menyelamatkan diri bersama yang tersayang ke planet baru dan memulakan kehidupan yang baru di sana.
BERTINDAK CEPAT! TEMPAT ADALAH TERHAD!

EscapeEarth2012.com adalah satu-satunya pembekal rasmi tiket untuk melarikan diri dari hari kiamat akan datang di Bumi, dan belum lagi satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup anda. Bahkan, kami menawarkan jaminan pulangan 100% wang bahawa anda akan selamat pada Hari Kiamat 2012 nanti
.
PILIH PAKEJ PERJALANAN ANDA!





Hahaha.. Lawak betul. Tapi, gelak pun gelak jugak. Sekurang-kurangnya diorang ada jugak buat persediaan bagi menghadapi Hari Kiamat yang maha dahsyat tu dengan cara diorang. Kita? Dah betul-betul bersedia kah? Tepuk dada, tanya iman. Wahai muslimin dan muslimat sekalian.. Berimanlah dan bertaqwalah dengan sebenar-benar iman dan taqwa sebelum terlambat. Sekadar nasihat untuk diri sendiri.



Gempar!!! Begitulah suasana yang dapat digambarkan pada petang 12 April semasa solat Asar.Menurut sumber yang dipercayai, seorang lelaki warganegara Mesir telah merampas mikrofon semasa permulaan solat Asar yang diimamkan oleh Syeikh Abdullah Al-Juhany lalu mangatakan dirinya “Akulah Mahdi yang ditunggu-tungukan….. Akulah Mahdi yang ditunggu-tunggukan…”

Suaranya dapat didengari oleh seluruh jemaah yang sedang solat Asar di Masjidil Haram pada ketika itu. Polis yang menjaga Masjid Haram telah menahannya untuk disoal siasat. Lelaki tersebut dipercayai datang untuk menunaikan umrah atau merupakan pendatang secara haram di Arab Saudi dan dipercayai mempunyai msalah mental. Solat Asar pada hari tersebut dapat ditunaikan seperti biasa kerana kecekapan polis Masjidil Haram menyelesaikan masalah tersebut.

*Kalau terer B.Arab, dan nak baca sumber asal berita,

Sebuah menara jam tertinggi di dunia baru sahaja siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.
Menara jam berketinggian 601 m

Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya akan melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya bakal menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Jam yang berada pada setiap sudut menara adalah berukuran 43×43m menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.


Terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram


Diterangi dua juta cahaya LED pada waktu malam
Spesifikasi bangunan menara jam

Dengan terbinanya menara itu juga, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)
credit 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin