Koleksi Gambar Masjid Terbesar Dunia
Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud.
Masjid
 ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi 
orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan
 perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.
Masjid
 tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya
 masyarakat Islam setempat. Sejak zaman permulaan Islam lagi kemajuan 
umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid.
Masjid
 telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan 
merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah 
perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. 
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. 
Bagaimanapun,
 takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan 
tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat 
melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat 
lebih dikenali sebagai surau atau musala. Berikut ialah 10 buah masjid 
terbesar di dunia.
10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh

Masjid
 ini berada di ibukota Bangladesh Dhaka, masjid yang selalu penuh sesak 
terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan. Masjid ini 
dibangun sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu jemaah, namun 
dalam perkembangannya ditambah menjadi 40 ribu jemaah.
09. Masjid Jamek, Delhi India

Masjid
 yang berada di kota lama India Delhi ini termasuk sebuah masjid yang 
tertua. Masjid yang pembangunannya atas arahan pembuat Taj Mahal 
Maharaja Mughal Shah Jahan dibangun pada tahun 1656 Masihi. Puluhan ribu
 jemaah setiap solat Jumaat selalu memenuhi seluruh ruang dalam hingga 
di luar masjid.
08. Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi UAE

Nama
 Masjid diambil dari nama Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu, Sheikh 
Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mulai digunakan oleh umat Islam pada 
tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid 
terbesar di UEA tersebut.
07. Masjid Badhshahi, Lahore Pakistan

Juga
 dikenali dengan nama Masjid Sultan, masjid ini pernah menjadi masjid 
terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti hingga 100 ribu lebih 
jemaah. Berada di tengah kota Lahore Pakistan.
06. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan

Masjid
 Faisal ketika ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum
 Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menjadi Masjid 
Terbesar di dunia untuk jangka 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid 
nasional Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribu jemaah.
05. Masjid Hassan II Maghribi

Masjid
 yang berada di Casablanca ini dirancang oleh arkitek dari Perancis, 
Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih 
dari 200 meter, menghadap ke Laut Atlantik.
04.Masjid Istiqlal Jakarta Indonesia

Masjid
 yang dibangun ketika pemerintahan Presiden Sukarnao ini hingga kini 
masih menjadi Masjid Terbesar di Asia Tenggara. Walau banyak 
masjid-masjid baru muncul, namun secara keseluruhan belum mampu 
menandingi Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan 
merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia.
03. Masjid Imam Reza Shrine, Masyhad Iran
Masjid
 Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mempunyai
 makam Imam Ridha, Imam kelapan Syiah Imamiyah dan dikenali sebagai 
masjid ketiga terbesar di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid 
meliputi: Masjid Goharshad, muzium, perpustakaan, empat dewan seminar, 
pemakaman, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk 
pelawat dan bangunan lainnya.
02. Masjid Al-Nabawi, Madinah Arab Saudi

Setiap
 umat Islam di dunia pasti kenal Masjid ini, karana Masjid Nabawi 
merupakan salah satu masjid utama bagi muslim selain Masjidil Haram di 
Mekah. Merupakan tempat istirehat terakhir Nabi Muhammad SAW. Setiap 
umat Islam yang menjalankan ritual ibadah haji juga memastikan akan 
mengunjungi masjid kedua terbesar di dunia ini.
01. Masjidil Haram, Mekah Arab Saudi

Masjid
 Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di dunia di mana di 
tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi pusat arah (kiblat) 
solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4 008 020 meter persegi
 (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih dari 4 juta jemaah baik di 
dalam ruangan mahupun di luar. Masjid yang tidak pernah sepi setiap saat
 kerana selama 24 jam selalu ada umat yang beribadah, baik solat mahupun
 melakukan tawaf (berjalan mengelilingii Kaabah). Masjidil Haram paling 
ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia ketika puncak ibadah haji
 setiap tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan