Untung meniaga pasar malam lebih sikit dari untung akhirat??
(Masjid an Nabawi)
Alhamdulillah..hari ni tak gi mana-mana
pun..dok wat kerja kat rumah je..semalam gi pasar malam di Pekan
Sik,beli yong tau fuu..kena dua belas ringgit..terlopong mulut haa..bila
akak tu hulur yong tau fu yang dibungkus, saya tanpa was-was hulur
sepuluh ringgit sebab bajet lapan ringgit kebawah..huuu..tiba-tiba
telinga ni dengar sayup-sayup akak tu cakap dua belas ringgit
bang..owww..tidak!!..keluar lagi dua ringgit terus bagi kat adik tu
(bajet dia kakak,rupanya muda lagi)..
Tu la bukan senang nak meniaga
ni..kalu setakat untung dua tiga kupang nak buat apa..biarlah untung dua
tiga ringgit..tu baru kata meniaga..Bab meniaga tu takpa lah, bab solat
maghrib dengan isyak tu lagu mana??..buka tapak gerai jam 6 petang
pastu meniaga sampai jam 10 malam..Bilal dok azan kat masjid sebelah pun
tak sedar..maklumlah sibuk..rezeki tu berkat ka tidak tak tau
la..berserah saja lah pada Allah..untung didunia tak belah mana, untung
akhirat dapat kosong malahan dapat lah sikit mana-mana yang solat
lewat..sikit setara mana tu tak tau la..Hanya Allah sahaja lah yang Maha
Mengetahui..
Takda penguatkuasaan dari pihak
berkuasa Islam,maka sama-sama lah tanggung dosa...bukan payah pun nak
dapat dosa ni..tak mau tegur untuk kebaikan umat Islam, dapat la dosa
sikit sorang..Bukan senang nak berdakwah ni...setakat cakap saja tanpa
ada usaha nak tarik orang ramai ke masjid sama lah kita nak biarkan
mereka derhaka kepada Allah, kita pulak fikir diri kita ni baik sebab
dok kat masjid tang kala org lain dok hiruk pikuk kat pasar malam..Bala
dari Allah ni kalu nak datang dia bukan peduli kita ni baik ka tidak,
Allah tengok keadaan masyarakat tu macamana..silap-silap dengan
kita-kita sekali kena bala sebab kita yang dekat dengan Allah ni tak mau
tegur perkara laghro (lalai disebabkan dok ikut perangai setan)..
Jikalau lah solat tu tak penting,
maka Nabi Muhammad s.a,w tak perlulah bersusah payah semasa israk
mikraj dulu naik ke langit untuk terima amanah ni dari Allah
s.w.t..Amanah ni disampaikan terus oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad
s.a.w secara langsung tanpa melalui Jibrail..Dan nabi sendiri pun
takkan bersusah payah membina masjid bila baginda berhijrah ke
Madinah..Tapi sayang ada segelintir umat Islam yang tak
bersungguh-sungguh dalam memelihara solat..seolah-olah solat awal atau
lewat ni sama saja berkatnya..ada pulak tak solat dengan beralasan letih
dan penat selepas cari rezeki..semasa cari rezeki tu tak solat takut
terlepas untung pulak..rezeki tu pun dah jadi cari makan saja.bukan jadi
ibadah lagi..beza makna rezeki dengan cari makan ni..rezeki ni berkat
yang datang dari pemberian Allah kepada hambaNya yang taat dan soleh,
cari makan ni benda tak pasti berkatnya malahan boleh mendatangkan
kemurkaan dari Allah..pahtu dengan cara cari makan begitu kita nak bagi
pulak kat anak-anak..MasyaAllah..Tiada tuhan yang disembah melainkan
Allah..."ya Allah ya Tuhanku,ampunilah dosa kami dan seluruh umat Islam
yang telah menjauhi nikmat dan berkatnya solat yang telah diamanahkan
kepada kami..berikan lah kami petunjuk dan hidayah agar kami senantiasa
menjaga solat dan senantiasa mengingati Mu di kala susah dan
senang..Amin ya rabbal-alamin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan