Hari Kiamat
Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud: “Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”Dalam ayat lain Allah berfirman: “Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)
Remaja semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.
Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:
Penaklukan Baitulmaqdis
Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)Zina Berleluasa
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)Menghias Masjid dan Membanggakannya
“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”Bulan Sabit Kelihatan Besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang remaja, jadilah remaja yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.
MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.
Diriwayatkan
daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi
Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah
dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu
baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya
atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud). Kesimpulan Hadis: 1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t. 2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan. |
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:
Pada hari itu bumi
menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah
yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para
sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan
RasulNya yang lebih
mengetahui. Baginda s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak. |
Diriwayatkan
daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang
menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun
pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. |
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Puasa dan
al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Ahmad). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan. 2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak. |
Daripada
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw.
bersabda;
"Hampir tiba suata
masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu
bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan
mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana
kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w.
menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t.
akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati
kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu
hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta
pada dunia dan takut pada mati". H.R. Abu Daud Keterangan Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t. Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah. |
Diriwayatkan
daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah!
Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar,
apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda
s.a.w. bersabda:
"Bacalah doa: Yang
bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau
adalah Zat Yang Maha Pengampun dan
suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat. 2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar. 3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran. |
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda:
"Orang mukmin sama
ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya
ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah
s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa. 2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut |
Diriwayatkan
daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Kesimpulan
Hadis: "Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram. |
Diriwayatkan
dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w
" Barangsiapayang
solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia diantaranya
dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12
tahun" |
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah
s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan
kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya
seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang)
dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat
Imam Bukhari). Kesimpulan Hadis: 1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah. |
Bersabda
Rasulullah s.a.w
"Tiada seorang
pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki
syurga." |
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w pernah ditanya:
"Apakah amalan
yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda:
"Beriman kepada Allah s.w.t
Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah
s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah
s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah
s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu
ibadat Haji yang diterima" Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w: "Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w." Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ? Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya * Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157. |
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling
menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di
dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang
mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah
dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa." PENJELASANNYA Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya. Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak. Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu. Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi |
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w.
bersabda:
"Sesiapa yang
menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya,
pada hari kiamat kelak Allah s.w.t.
akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada
naungan kecuali naunganNya." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Kesimpulan Hadis: 1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja. 2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak. 3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada mereka serta harus berurusan dengan cara hutang. |
Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila salah seorang di
antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan
apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya
kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya
dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam
Muslim).
Kesimpulan Hadis:
1- Makruh makan dan minum dengan
menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di antara adat-adat syaitan dan
sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai syaitan.
2- Sunat mengutamakan anggota
sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di dalam persoalan memakai
kasut dan keluar dari rumah.
3- Ancaman dari melakukan
perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan syaitan.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan