Malapetaka
yang melanda dunia hari ini memberikan satu isyarat kepada kita bahawa usia
dunia sudah semakin lanjut ibarat seorang tua yang pernah digambarkan di dalam
peristiwa Israk dan Mikraj.
Jika
ketika itu usia dunia diumpamakan dengan seorang wanita tua yang sudah bongkok,
bagaimanakah pula wanita tua itu di waktu ini?
Fenomena
ketidakstabilan alam yang berlaku saban hari waktu ini seolah-olah tidak dapat
dibendung lagi. Gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar, peperangan, pembunuhan,
kemalangan maut dan kesuburan maksiat semakin menjadi-jadi.
Sebagai
contoh banjir kilat yang melanda di tengah-tengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur. Meskipun
kecanggihan teknologi yang digunakan didakwa boleh membendung kejadian ini dari
berlaku namun kuasa Allah tiada siapa dapat menghalangnya.
Sebagai
seorang muslim yang beriman, kacau bilau yang berlaku tidak seharusnya
dibiarkan berlalu tanpa sebarang iktibar dan renungan. Mengaitkan apa yang
berlaku hanya dengan perubahan cuaca global dan faktor alam semulajadi hanya membutakan
iman kita.
Jika
diteliti ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w pastinya terdapat
panduan yang boleh memberikan penjelasan mengenai suasana yang berlaku hari
ini.
Sabda
Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi
melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj.
Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat
Ibnu Majah)
Perkataan
al-Harj jika dilihat di dalam konteks hadis ini ia merangkumi makna yang lebih
luas iaitu peperangan, huru-hara dan kacau bilau yang berlaku. Sebabnya semua
suasana ini boleh membawa kepada hilangnya rasa selamat dan keamanan hidup
manusia. Dalam erti kata lain ia membunuh kesejahteraan hidup manusia.
Di
dalam hadis yang lain Nabi s.a.w pernah bersabda, “Barang siapa yang mahu
melihat gambaran hari kiamat seolah-olah ia melihat dengan matanya sendiri,
maka bacalah (surah-surah): (Apabila matahari digulung) dan (Apabila langit
terbelah) dan (Apabila langit berkecai/terbelah)”. (Riwayat Imam Ahmad dan
al-Tarmizi).
Ketiga-tiga
ayat yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w di atas ialah surah At-Takwir,
Al-Infitar dan Al-Insyiqaq. Di dalam surah Al-Takwir Allah s.w.t menyatakan
bahawa pada hari kiamat matahari yang gagah di langit akan digulung,
bintang-bintang akan jatuh berguguran, gunung-ganang yang nampak gagah hancur
berkecai. Allah juga menyatakan bahawa laut yang luas akan menjadi panas
meluap-luap.
Di
dalam surah Al-Infitar pula Allah menambah lagi penjelasan tentang fenomena
kiamat dengan menyatakan akan terbelah dan terburainya langit kemudian bumi
akan memuntahkan apa yang dikandungnya.
Begitu
juga di dalam surah Al-Insyiqaq, Allah menjelaskan sekali lagi bahawa langit
akan terbelah manakala bumi akan menjadi rata akibat kehancuran gunung-ganang
dan bukit-bukau.
Menariknya
di dalam ketiga-tiga surah ini dijelaskan bahawa ketika berlakunya suasana
kacau bilau ini barulah manusia teringat akan apa yang telah dilakukan dan
diabaikan. Di saat itu barulah timbul kesedaran dan keinsafan. Namun semuanya
telah terlambat kerana pintu taubat sudah tertutup.
Setiap
manusia akan berdepan dengan mahkamah Allah yang tiada langsung peluang untuk
menipu dan berbohong. Setiap wajah akan tunduk memandang bumi, menunggu
perbicaraan di Mahkamah Allah. Apakah selamat atau sebaliknya?
Membaca
ketiga-tiga surah bukan sahaja boleh memberikan ilmu tentang fenomena kiamat
malah boleh menimbulkan kegerunan dan ketakutan terhadap situasi dahsyat yang
akan berlaku.
Cuba lihat matahari yang gagah di atas
langit yang akan bergulung-gulung. Bayangkan pula langit yang kukuh akan
terburai dan memuntahkan bintang-bintang hingga gugur ke bumi. Apakah ia tidak
menggerunkan kita?
Perkara
yang paling menakutkan apabila Allah bertanya: (Apakah yang memperdayakanmu
hingga sanggup derhaka (waktu di dunia) kepada Tuhanmu Yang Maha Mulia).
(Al-Infitar: 6).
Ayat
ini seolah-olah satu tempelak terhadap manusia yang tidak mahu insaf meskipun
peluang diberikan seluas-luasnya ketika hidup di dunia.
Gambaran
ketakutan ini dinyatakan oleh Allah dengan menggunakan bahasa kiasan. Firman
Allah, Dan apabila unta-unta bunting ditinggalkan. (At-Takwir: 4).
Unta
adalah harta paling berharga di tanah Arab pada zaman baginda s.a.w. Unta
merupakan kenderaan kelas pertama yang terdapat ketika itu. Apa yang
dimaksudkan di dalam ayat ini ialah, ketika berlakunya kiamat setiap manusia
akan takut dan risau dengan nasib diri sendiri hingga lupa kepada harta benda
dan kemewahan yang dimiliki.
Begitulah
sebahagian dari gambaran panjang lebar yang dijelaskan oleh Allah s.w.t.
tentang fenomena hari kiamat di dalam ketiga-tiga surah di atas. Bagi seorang
yang beriman pencarian tentang bila berlakunya hari kiamat adalah merupakan kerja
sia-sia, malah ia boleh membawa kepada kesesatan akidah.
Justeru
apabila Nabi s.a.w ditanya oleh Jibril a.s tentang bila berlakunya kiamat,
Baginda menjawab: “Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya. Kerana baginda
s.a.w hanya dimaklumkan tentang tanda-tandanya sahaja”. Tarikh berlakunya
kiamat hanya menjadi rahsia Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
Kiamat Sudah Dekat|Sudah Bersediakah Kita?
KEJADIAN tsunami dahsyat di Jepun telah membuat manusia beranggapan apakah peristiwa sebegini membawa petanda dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
TSUNAMI yang berasal dari perkataan Jepun bermaksud "ombak gergasi" sudah cukup untuk menggerunkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kemampuannya untuk memusnahkan apa saja yang berada di hadapannya.
Sehinggakan manusia semakin terfikir apakah fenomena tsunami yang melanda dunia, yang dilihat lebih kerap adalah hanya satu lagi fitrah alam atau apakah ia angkara petanda kemarahan alam terhadap kerakusan manusia itu sendiri?
Melihat kepada tragedi tsunami yang melanda Jepun pada tanggal 11 Mac lepas memang mengerikan namun ia bukanlah sesuatu yang baru di negara matahari terbit itu.
Akibatnya ramai yang mula beranggapan apakah peristiwa tsunami sebegini membawa petanda apakah dunia kini semakin sampai ke penghujungnya.
Dunia sudah dilanda dua kejadian tsunami besar dalam tahun millennium baru dan semakin ramai yang terpengaruh dengan ramalan kiamat dan kemusnahan total pada 2012.
Melihat kepada telahan umum ramai yang beranggapan tahun 2012 adalah tahun di mana satu bencana besar akan berlaku malah ada yang begitu yakin kiamat akan melanda manusia pada tahun tersebut.
Kiamat 2012
Apatah
lagi sudah terdapat filem mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang
berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dalam filem 2012.
Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya yang berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012. Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.
Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.
Pada tarikh 21 Disember 2012 Bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet Bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Nostradamus
Begitu
juga bagi peminat Nostradamus bilamana mereka telah membuat andaian akan
berlaku satu peristiwa besar pada 2012, berdasarkan ramalan di bawah;
"At the place where HIERON has his ship built,
There will be such a great sudden flood,
That one will not have a place nor land to fall upon,
The waters mount to the Olympic Fesulan."
Nostradamus mendakwa planet-planet di angkasa lepas akan berantakan yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan. Namun tiada sebarang tarikh khusus yang dinyatakan cumanya pengikut Nostradamus membuat andaian berdasarkan pemahaman mereka.
Keadaan kini semakin kalut apabila dikatakan sebuah planet bernama Nibiru atau Planet X oleh NASA sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini digambarkan 100 kali ganda besar berbanding bumi atau sama besar dengan planet Musytari.

Planet Nibiru
Adalah
dijangkakan pada 23 Disember 2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat
kepada Bumi apabila ia menceroboh sistem solar Bumi.
Apabila ini berlaku kesan paling buruk adalah ia akan memutarkan kedudukan kutub-kutub sekarang kepada terbalik (polar shifting). Bagi mereka yang percaya ia dikaitkan dengan peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh alaihissalam dahulu.
Bagaimanapun planet ini dikatakan tidak akan menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi. Planet ini dikatakan hanya akan lalu di antara bumi dan matahari, dimana kecerahannya muka buminya berwarna kemerah-merahan seperti matahari.
Maka ada yang beranggapan ia sebagai antara tanda besar kiamat dimana akan kelihatan objek merah di langit.
Planet Nibiru dipercayai mempunyai muka bumi yang tandus, senantiasa berlaku letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain dan ia mampu memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Selain itu Planet Nibiru dipercayai berkuasa magnetik dan boleh menganggu kestabilan geografi bumi.
Semenangnya banyak kajian mengenai planet ini telah dijalankan namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto.
Malahan pada tamadun Mesopotamia dan pada era kegemilangan Kota Babylon yang diperintah oleh Raja Nebuchadnezzar, Planet Nibiru juga dikenali sebagai Planet Tiamat, maka adakah ia juga satu sebutan bagi kiamat?

Kod Rahsia
Selain
itu teori akan berlaku kiamat pada 2012 diperkuatkan lagi dengan penemuan kod
rahsia dalam Kitab Injil Perjanjian Lama pada tahun 1994 oleh sekumpulan
penyelidik. Menurut mereka, bumi akan dihentam asteroid sehingga menyebabkan
kemusnahan besar-besaran.
Bagi seorang penulis, Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahawa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya bahawa satu kejadian besar akan berlaku pada tahun 2012 namun masih belum diketahui jenis bahananya.
Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi China dari Dinasti Chang sejak tahun 1766, akan berlaku bencana besar pada 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012).
Seorang ahli astronomi Jepun, Haido Itakawa pula berkata pada tahun 1980 bahwa planet-planet matahari akan tersusun di dalam satu garis di belakang matahari, dan ini kemudiannya akan mengakibatkan kejadian kemusnahan di angkasa raya sekaligus menghentikan kehidupan di atas muka bumi juga pada tahun 2012.
Itu adalah antara sebahagian tilikan dan kepercayaan sesetengah manusia bahawa kejadian tsunami yang semakin hebat melanda dunia adalah antara petanda dunia sudah semakin sampai ke penghujung.
Sesungguhnya ramalan mengenai kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi moden. Namun bagi kita sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan berlaku. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsianya.

Islam
Namun begitu soal kiamat merupakan hal ghaib yang
harus dipercayai oleh setiap Muslim namun tarikh sebenar hanya diketahui oleh
Allah SWT seperti firmannya dalam surah al A'raf: 187, maksudnya :
"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba".
Malah tokoh Islam, Syeikh Yusuf al Qaradhawi pernah ditanya apakah dunia akan hancur pada tahun 2012 ?
Beliau menjawab bahawa ini termasuk pembicaraan tentang sesuatu yang akan datang, menerobos tabir masa yang akan datang, menyingkap apa-apa yang mungkin terjadi pada anda besok atau lusa, dan itu semua tidaklah ada yang mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Tsunami Jepun
Sehingga
kini berdasarkan rekod, Jepun adalah negara paling banyak dilanda tsunami dan
sememangnya ia sudah sangat sinonim dengannya. Dalam jangkamasa lebih 1,300
tahun, sebanyak 195 kejadian tsunami telah melanda Jepun dan secara puratanya
kejadian ini berlaku sekali dalam 6.73 tahun.
Malah, gempa bumi kuat berukuran 8.9 skala Richter yang juga kelima terkuat di dunia telah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di dasar laut negara itu sepanjang beratus-ratus kilometer.
Hingga kini jumlah korban sebenar masih belum boleh dipastikan kerana angkanya terus meningkat dari saban hari. Dijangka jumlah sebenar mungkin melebihi 10,000 orang.
Mengenali rakyat Jepun nyata mereka dikenali dengan semangat tinggi untuk bangkit seperti kebangkitan yang ditunjukkan mereka selepas pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.
Namun diharapkan selepas tertinggal di belakang China pada nombor tiga sebagai negara ekonomi terbesar dunia, mungkin peristiwa tsunami ini akan memberi sinar baru yang lebih baik dan bermakna dalam kehidupan.

Bila
baca je artikel ni terasa macam takut sangat-sangat sebab amalan belum lagi
cukup nak hadapi hari tu nanti..Bumi kita ni dah terlalu tua..Makin sampai ke
penghujung..Dah banyak tanda-tanda yang berlaku...Dunia kita makin hampir
dengan Hari Kiamat..Tapi kita tak tau bila akan berlaku..Cuma kita kena
percaya dan wajib beriman dengan adanya Hari Kiamat. Hanya Allah yang tahu bila
tarikh sebenar Hari Kiamat..
Ada hikmahnya Allah sembunyikan bila akan berlakunya Hari Kiamat supaya kita semua sedar dan tak leka untuk selalu beribadat kepadaNYA untuk berdepan dengan Hari Pembalasan kelak iaitu di Padang Mahsyar samada amalan kita membawa kita ke Syurga mahupun Neraka..

Kalau
korang rasa artikel ni membawa kebaikan, kongsi-kongsikanlah...Sama-sama kita
bersedia tingkatkan amalan kita...Amar Maaruf Nahi Mungkar..Kadang-kadang kita
buat apa yang tak disukaiNYA..Tapi kita masih ada masa lagi untuk
bertaubat..Untuk mendapat keampunan dariNYA...INSYAALLAH
Penceritaan bentuk
perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab ini
sebenarnya bermula dari gabungan bentuk huruf² Arab yg membentukkan
perkataannya. MENULIS dan MEMBACA (dgn melihat)
bahasa Arab adalah bermula dari kanan ke kiri tetapi apabila kita bercakap tanpa
melihat dlm bahasa Arab, kita tak tahu mula dari arah mana (takde arah mula).
Sy amat merasakan satu kerugian kpd diri sy kerana tidak mempelajari bahasa
Arab, bahasa Jawi sy tahulah.. :), . Apa² sahaja di
dunia ini, Umat Manusia perlukan panduan sebelum/untuk melakukan sesuatu.
Buat jahat, buat baik, semuanya ada panduan. Panduan dari mana? Dlm Islam, byk perbuatan yg diajar bermula/dimulai/dimulakan dari kanan.
Misalnya, Azan didengarkan pada telinga kanan bayi ketika lahir. Baca (dgn melihat) Al Quran dari kanan ke kiri, makan dgn tangan kanan (yg ada tgn kanan) dan byk lagilah. Disebabkan 'mula dari kanan'
ini, terlalu byk hikmah yg tersembunyi,
yg kadang² Umat Manusia sendiri tidak tahu, hanya Allah yg Maha Mengetahui dan
Rasul yg mengajarkannya. Di dalam Al Quran pun, perkataan 'KANAN' disebut
terlebih dahulu daripada perkataan 'KIRI. Baca firman Allah:
(■ Semasa 2 malaikat (yg
mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala
perkataan dan perbuatannya; yg satu
duduk di sebelah kanannya, dan yg satu lagi di sebelah kirinya. -
Qaaf, ayat 17. ■)
Cuba sebut kiri dahulu baru kanan? Rasanya, bacaan ayat
Al Quran tu tak tahulah apa jadi. Al Quran dipelihara oleh Allah. Itu jaminan
dari Allah.
Arah Pergerakkan Baca/Tulis Perkataan Arab.
Arah Pergerakkan Baca/Tulis Perkataan Arab.
Menulis/membaca perkataan
Arab bermula dari arah kanan ke kiri. (Cuba perhatikan gambar di sebelah ini). Menulis/membaca perkataan rumi bermula dari kiri
ke kanan. (kilabret acab helob ualak ilaucek
«). Baca tulisan pink
tu dari kanan ke kiri. Pening kan?
Sebab tak biasa. Orait. Lihat perkataan 'KIAMAT' berhuruf Arab. Dimulai
dgn QAAF - YAA - ALIF - MIM - TAA,
penulisan bergerak dari kanan ke kiri. Apabila disebut, akan terdengarlah bunyi
perkataan 'KIAMAT/KIYAMAT/QIYAMAT'.
Apabila tidak disebut, maka hurufnya sahaja yg tinggal iaitu 'KYMT/QYMT'. Lihat pula penanda 'Arah - Utara, Selatan, Timur, Barat'
yg hampir semua Umat Manusia tahu akan penggunaannya. Disebelah KANAN, T(TIMUR). Disebelah KIRI, B(BARAT). Maka, pergerakkan jari semasa menulis perkataan 'KYMT/QYMT'
berhuruf Arab adalah bermula dari kanan ke kiri atau dari timur ke
barat.
'Ruang/lubang'
pada bentuk perkataan 'KIAMAT/QIYAMAT'.
Apabila bentuk huruf 'Q',
'M' dan 'T' disebut, 'Qaaf', 'Mim' dan 'Taa'
akan didengar. Dalam penulisan perkataan (dgn sebutan) 'KIAMAT/QIYAMAT'
berhuruf Arab, kita lihat ada 3 huruf yg
menunjukkan 'lubang/ruang' pada 'diri'nya iaitu Huruf QAAF, MIM dan TAA. Cuba lihat gambar. Ada 3 'bulatan(lubang)' pada perkataan 'KIAMAT'
ini. Seperti yg dikaitkan dgn 'arah pergerakkan' tadi, didapati huruf QAAF berada di sebelah TIMUR, huruf MIM
berada di ANTARA TIMUR dan BARAT
dan huruf TAA berada di sebelah BARAT. Apakah 'ruang/lubang' pada bentuk perkataan 'KIAMAT' ini
menggambarkan sesuatu atau menceritakan sesuatu secara diam? Ini bukanlah satu
kepastian, tetapi hanyalah satu kaitan.
Kaitan
Huruf Qaaf(Q), Mim(M), Taa(T)
Dunia, kebiasaannya,
kebiasaan Umat Manusia Dunia, apabila berlakunya gempa bumi, satu lukisan
gelombang akan dilukis pada tempat berlakunya gempa bumi itu. (Cuba lihat gambar Japan quake,
anak panah besar warna merah yg ditujukan pada ilustrasi gelombang yg dilukis
pd tempat berlakunya gempa di Jepun - 11 Mac 2011 baru² ini). Dunia telah memilih bentuk lukisan tersebut utk
mewakili tempat berlakunya gempa bumi. Sy aplikasikan penggunaan simbol
gelombang tersebut dan sy letakkan pada 'ruang/lubang' huruf Qaaf(Q), Mim(M)
dan Taa(T). Lihat gambar sebelah kiri.
- Apa pula kaitan bentuk gelombang pada huruf² tersebut?
- Apakah bentuk huruf Qaaf, Mim dan Taa pada perkataan 'KIAMAT' itu menceritakan apa yg tercatat di dlm hadis 10 tanda² kiamat besar?
- Apakah bentuk bulatan (ruang) pada perkataan 'kiamat' itu menceritakan '3 kali gempa bumi' yg akan terjadi?
Allah Maha Mengetahui segalanya dan ini hanyalah sebuah
'kaitan'.
Hadis 10
tanda² kiamat besar.
Dan ini hadis tentang 10
tanda² kiamat yg besar, yg akan berlaku nanti (sebuah janji dari Allah s.w.t).
(■ Daripada Huzaifah bin
Asid Al-Ghifari ra. berkata : "Datang kepada kami Rasulullah s.a.w. dan
kami pada waktu itu sedang ber-bincang². Lalu beliau bersabda: "Apa yg
kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang
tentang Hari Kiyamat/Qiyamat". Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "TIDAK AKAN TERJADI HARI KIYAMAT/QIYAMAT sehingga kamu
melihat sebelumnya SEPULUH(10) MACAM TANDA²NYA". Kemudian
beliau menyebutkannya : "Asap, Dajjal, binatang,
terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
Ya’juj dan Ma'juj, tiga(3) kali gempa bumi, sekali di timur, sekali
di barat dan yg ketiga di
Semenanjung Arab yg akhir sekali adalah api yg keluar dari arah negeri Yaman
yg akan menghalau manusia kpd Padang Mahsyar mereka". - (H.R
Muslim) ■ )
Cuba lihat gambar. Daripada susunan kejadian tanda²
kiamat ini, yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w :-
- kejadian yg ke-7, Gempa bumi yg pertama akan berlaku di TIMUR.
- kejadian yg ke-8, Gempa bumi yg kedua akan berlaku di BARAT.
- kejadian yg ke-9, Gempa bumi yg ketiga akan berlaku di antara BARAT dan TIMUR (Semenanjung Arab).
PERINGATAN KEPADA UMAT MANUSIA !!! :
(■ Wahai UMAT MANUSIA, bertaqwalah kepada Tuhan
kamu! Sesungguhnya GEMPA HARI
KIAMAT ITU SUATU PERKARA YANG AMAT BESAR. ■)
- Al Hajj, ayat 1 -
Allah s.w.t memperingatkan
kpd kita 'BERTAKWALAH KEPADA-NYA'.
Begitu juga di dunia ini, apabila ada orang mengatakan "ini adalah perkara yg amat besar, kita kena bla..bla..bla.. ",
mengertilah kita bahawa perkara itu adalah sesuatu perkara yg perlukan
perhatian/penelitian yg serius dan rumit serta kena berhati-hati dlm
menguruskannya. Allah s.w.t memperingatkan, Hari Kiamat itu adalah satu perkara
yg kita tidak boleh ambil remeh. Kena ada fikir juga
utk Hari Kiamat, jangan tak fikir langsung. Bagi yg yakinlah, yg tak
yakin adanya Hari Kiamat, nak buat macamana, semuanya ketentuan Allah s.w.t
jua. Begitulah secara kaitan bentuk perkataan 'KIYAMAT/QIYAMAT/KYMT/QYMT'
berhuruf Arab ini. Ada
lagi beberapa kaitan dgn perkataan 'KIAMAT'
berhuruf Arab ini. Maaf kpd semua, blog ini hanyalah tempat menukang kata.
Segala urusan kembali kpd Allah jua. Jumpa lagi dalam artikel yg terakhir "Disebalik Bentuk Perkataan 'KIAMAT' - 3".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan