Khamis, 13 Oktober 2011

MENULIS SURAT CINTA.

Anda ingin belajar menulis surat cinta? Mungkin ramai orang menganggap menghantar surat cinta merupakan satu cara yang telah kuno atau ketinggalan zaman, tetapi sebenarnya apabila kita menerima surat cinta ianya lebih memberi kesan didalam sesebuah perhubungan berbanding dengan menghantar sms atau email yang romantis. Mari kita kembali sedikit masa kebelakang untuk menikmati perbezaan nikmat percintaan diantara zaman kini dengan masa dahulu. Anda pasti akan merasa lebih teruja dengan percintaan anda.
Meskipun zaman telah berubah dan penggunaan komputer dan internet telah menjadi sesuatu yang boleh dikatakan wajib didalam kehidupan seharian namun penulisan secara tradisional tidak dapat digantikan oleh komputer sepenuhnya. Bukankah semua penulisan yang ada diinternet terhasil daripada karya penulisan tradisional dan pengolahan ayat-ayat dan rangka-rangka mulanya ditulis secara tradisiona? Jadi, bagi anda yang ingin belajar untuk menulis surat cinta, anda boleh ambil tips-tips ini sebagai panduan menulis surat cinta anda.
1. Hasilkan sebuah suasana yang romantis.
Sebelum anda mula menulis surat cinta, anda hendaklah berada didalam suasana yang tenang dan agak romantis. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi gaya penulisan anda.
2. Pilihlah kertas, sampul surat dan pena yang terbaik.

3. Sediakan kertas lain untuk rangka surat anda.
Di kertas ini, anda tuliskan tentang kesucian cinta anda dan anda tuliskan juga harapan-harapan anda jika suatu saat dia menerima cinta anda.
4. Pembukaan Surat
Sebaiknya ucapkan salam yang mesra dan penuh makna kasih sayang, seperti “Halo Sayang”, “Sayangku” dan lain-lain
5. Isi
Dibagian pertama isi surat sebaiknya sebutkan apa yang anda pikirkan tentang dia, tentang kekaguman anda pada dia, dan sebutkan pula mengapa dia begitu istimewa di hati anda. Setelah itu baru anda ungkapkan paling tidak dua hal penting dari dia yang membuat anda jatuh cinta. Misalkan karena rambutnya yang indah, matanya yang menawan atau kerana bibirnya yang seksi dan lain-lain. Pokoknya dibagian ini, anda wajib memuji tentang dia. Masih dibahagian isi, akhirnya anda tuliskan harapan-harapan anda dan angan-angan anda bila dia menerima cinta anda.
6. Akhiri surat anda dengan kata-kata yang romantis, misalnya “Aku Cinta kamu”, “Aku akan selalu sayang sama kamu”, “Kamu tercipta hanya untuk ku”.
7. Jangan lupa untuk meletakkan tanda tangan anda di surat yang anda tulis.
8. Untuk jadi lebih romantis, semburlah surat anda dengan minyak wangi yang paling harum.
9. Surat Cinta yang telah anda buat, sebaiknya jangan dihantar, tapi tunggulah sehari atau dua hari, siapa tahu anda berubah fikiran. Bila setelah satu hari anda benar-benar yakin, maka barulah anda mengirimkan surat tersebut
10. Setelah Surat Cinta terkirim, kini anda tinggal menunggu jawaban.
Mudah bukan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin