Selasa, 11 Oktober 2011

TEKA-TEKI HARI KIAMAT 2012

Teka-Teki Hari Kiamat : 2012 dan Planet Nibiru

Oleh Mohd Riduan Khairi Planet Nibiru Melanggar Bumi?
Planet Nibiru diramalkan akan melanggar bumi  pada tahun 2012. Insiden ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan hari kiamat atau sekurang-kurangnya tanda-tanda hari kiamat.
Idea perlanggaran planet Nibiru ini dikemukakan lama dahulu pada tahun 1535 oleh seorang ahli falsafah Perancis bernama Notramadus. Idea asalnya peristiwa ini akan berlaku pada tahun 2003, namun tertunda hingga ke tahun 2012. Kiraan ini dibuat berdasarkan kiraan kalendar kaum Mayan dari Amerikan Tengah. Tarikh kelandar ini berakhir pada 21 Disember 2012, oleh yang itu perlanggaran ini akan berlaku sebelum tarikh akhir kalendar ini.
Ini maklumat popular yang dinukil oleh sebahagin besar media, baik akhbar bercetak mahupun internet. Bahkan lebih dari itu, sejak 15 tahun yang lalu banyak tulisan dan buku diterbitkan membincangkan peristiwa 2012 ini. Termasuk dalam negara kita, buku bertema subjek ini mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki carta buku paling laris di rumah-rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.
Peristiwa Planet Nibiru ini tidak sedikit menimbulkan polemik dan keresahan di kalangan umat manusia termasuk rakyat negara kita Malaysia. Sehinggakan hal ini terpaksa dijelaskan dalam persidangan Dewan Negara. Dilaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap di Dewan Negara, memberitahu bahawa dakwaan Planet Biru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Planet Biru pun masih diragui.
Bahkan Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan turut menjelaskan, “Jika benar Planet Nibiru ini akan melanggar bumi pada tahun 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”
Perlanggaran Planet Nibiru
Ramalan tentang Planet Nibiru termasuk perkara akan datang yang termasuk dalam hal-hal yang ghaib. Tentu sahaja Allah sahaja yang lebih mengetahui semuanya. Belum ada siapa yang boleh menentukan secara tepat esok hujan atau tidak, sekalipun keadaan awan sangat mendung. Banyak kali juga terjadi awan mendung, namun tidak hujan. Begitu juga sebaliknya. Inikah pula menentukan sesuatu yang besar seperti perlanggaran planet atau hari kiamat. Untuk urusan dunia seperti ini, seharusnya dikembalikan kepada pakar dalam bidangnya seperti ahli astronomi.
Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda-tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian dari rukun iman. Salah faham tentang perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka.
Justeru itu bilakah hari kiamat? Solan ini telah pun ditanya oleh seorang lelaki Arab Badui kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat bernama Abu Hurairah (semoga Allah redha kepadanya),
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badui datang bertanya kepada Nabi, “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata, “Manakah orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata, “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab, “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan, “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?”. Nabi menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Hadis ini dan juga banyak hadis-hadis menjelaskan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui bilakah hari kiamat akan berlaku secara tepat. Bahkan malaikat yang bertugas meniup trompet ketika hari kiamat juga tidak mengetahui bilakah hari kiamat. Nabi menjelaskan dalam satu hadis malaikat Israfil tertunggu-tunggu arahan dari Allah untuk menipu trompet,
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trompet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya…” (Hadis Tirmizi dan Al-Albani)
Jelas berdasarkan bukti dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, tiada siapa mengetahui bilakah terjadinya kiamat melainkan Tuhan yang mencipta alam ini, Allah.
Namun Islam tidak meninggalkan umatnya terkontang-kanting tanpa panduan untuk menghadapi hari kiamat. Nabi banyak sekali menceritakan kepada sahabat-sahabatnya tentang tanda-tanda akan berlakunya hari kiamat. Antara kepentingan dan hikmah mengetahui tanda kiamat ini ialah supaya umat Islam bersedia dengan ilmu dan amal yang cukup dan berusaha untuk tidak melibatkan diri dalam tanda-tanda itu.
Tanda-Tanda Kiamat
Salah satu darinya seperti yang dijelaskan dalam hadis sebelum ini nabi mengatakan “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. Antara urusan umat akhir zaman yang diserahkan kepada bukan ahlinya ialah urusan pemimpin (umara’) dan ulama’. Begitu ramai manusia yang bercita-cita dan mencalonkan dirinya menjadi pemimpin. Hari ini hampir semua profesyen mengidamkan jawatan pemimpin baik penjawat awam, peniaga, posmen, suri rumah, remaja sehinggalah orang-orang yang belajar agama. Pendek kata, tidak ada orang yang mengidamkan jawatan pemimpin melainkan sedikit sahaja.
Begitu juga halnya dengan gelar ulama’ atau ahli ilmu. Nabi pernah berkata,
“Ada tiga hal yang termasuk tanda-tanda kiamat, salah satunya ; ilmu diambil dari orang-orang kecil (bodoh).” (Kitab Zuhd, Abdullah Al-Mubarak)
Sahabat Abdullah bin Mas’ud menjelaskan,
“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu dari kalangan sahabat Muhammad dan tokoh-tokoh (ulama’) mereka. Jika mereka mengambil ilmu dari orang-orang kecil (ahli bid’ah) dan hawa nafsu mereka bercerai-berai, maka mereka akan binasa.”
Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Qabil telah menulis sebuah buku yang komprehensif tentang tanda-tanda kiamat berjudul, Asyratus Sa’ah (diterjemahkan oleh Pustaka Ibnu Katsir dengan judul Hari Kiamat Sudah Dekat). Beliau menghimpunkan dari Al-Qur’an dan As-Sunnah 57 tanda-tanda kecil dan 9 tanda-tanda besar hari kiamat.
Mohd Riduan b Khairi
rencana ini terbit dalam akhbar Berita Harian edisi 25 Deisember halaman 39 dengan tajuk “Tiada Siapa Termasuk Israfil Tahu Bila Kiamat”. Berita Harian. Juga dipetik oleh laman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin