Ahad, 8 Januari 2012

MAKAN SEMEJA DENGAN BENDA YANG HARAM.

Apakah hukumnya seorang pekerja yang setiap minggu terpaksa bersama bos bukan islam makan di tempat ada babi dan arak? Pekerja makan semeja dengan bos walaupun tidak menjamah babi dan arak. Tetapi restoran tersebut memang sah bukan untuk Islam. Tidakkah haram makan di restoran yang menggunakan perkakasan yang sama untuk penyediaan makanan
Nak tanya beberapa soalan. diharap disertakan dengan dalil yg sahih. kalau ade sebarang hadis yang dhaif, jugak tlg sertakan (bersama taraf hadith).
1. Kalau dtg ke function yg ada sediakan arak, tapi tak tau pada awalnya, apakah hukumnya? Adakah kena meninggalkan function
secepat mungkin? Mcmn kalau dah berjanji utk dtg, contohnya untuk business purpose? Boleh ke makan @ minum kt ctu (yg halal laa)?
2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam
diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan keada kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Sebahagian dari soalan anda pernah kami jawab didalam Soal-Jawab yang lalu. Berikut adalah jawapannya.
SJ-13-0267 : Hukum memasuki tempat maksiat wrote:
Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn ‘Amr berkata, bahawa Nabi saw bersabda :-
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ
“Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka” [Hadith Riwayat Ibn Maajah #3377].
Dalam konteks kedai makan atau restaurant yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah ‘Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan anda yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap dalurat.
Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restaurant tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
” hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” [surah al-Maa'dah : 2]
Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop ‘pekerjaan’.
Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.

Didalam keadaan yang anda mempunyai pilihan untuk memilih (choice), adalah lebih baik bagi anda meninggalkan function tersebut. Akan tetapi, jika tidak terdapat apa-apa pilihan (disebabkan desakan majikan dan sebagainya), anda boleh menyertai function tersebut dengan minum dan makan makanan yang halal.
Quote:
2. Pegi/minum kt lounge yg jual beer, hukumnya? Tak minum/mkn selain yg halal jer. Boleh ke dipercayai? Kalau guna gelas yg sama cam diorang hidangkan beer, boleh ke minum guna gelas tu (dah basuh la)?


Sebagaimana yang kami nyatakan diatas, kalau lounge tersebut semata-mata menjual beer, hendaklah anda mengelak untuk pergi. Jika tempat tersebut menjual minuman yang bercampur-campur dan akibat desakan masjikan, anda boleh makan dan minum makanan n yang halal disitu.
Bagi gelas yang pernah digunakan untuk meminum arak, apabila ia sudah hilang bau, warna dan rasa, gelas tersebut boleh digunakan. Najis Arak adalah Najis Hukum dan bukan zat arak. Maknanya, arak hukumnya HARAM di minum, menyentuhnya hanya diperlukan membasuh untuk menghilangkan bau, warna dan rasa. Gelas tersebut tidak perlu di samak. WA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin