7 sebab mengapa manusia berbuat maksiat:
1- Jahil: ada orang yang melakukan maksiat dalam keadaan dia memang
jahil, dia tidak tahu. seharusnya kita menasihatinya dengan hikmah.
2- Kelemahan diri: ada lelaki yang lemah melihat wanita, maka dia
cenderung untuk melakukan maksiat dengan tidak menjaga mata. Dan setiap
manusia ada kelemahan masing-masing.
3- Keras hati: Ada pasangan yang pantang dicabar, seorang yang suka
membalas dendam dan hendak tunjuk yang dia boleh buat apa yang orang
lain kata-kata kekurangannya. Kerana sikap keras hati inilah manusia
akan melakukan maksiat kerana didorong oleh rasa-rasa yang sebegini.
4- Nafsu dan syaitan: Nafsu itu merengek mahukan sesuatu, adapun syaitan itu membisikkan sesuatu untuk melakukan kejahatan.
5- Mazmumah
Gabungan kelima-lima faktor ini memberi kesan kepada pelaku maksiat,
apabila dia melakukan maksiat tiada langsung rasa menyesal walau
sedikitpun.
6- Peluang yang ada di depan mata: Biasanya seseorang melakukan maksiat
kerana peluang yang ada di depan mata. Contohnya suami panas baran,
jangan pula isteri cucuk-cucuk untuk buat suami marah. Suami pula
apabila tahu isteri kuat membebel, jangan pula sengaja cakap tentang
kahwin lagi. Tutuplah jalan-jalan kemaksiatan, contohnya sekiranya
seorang suka melihat benda-benda tidak elok, maka tutuplah peluang dan
halanglah dari jalan2 kepada maksiat itu.
7- Faktor orang di sekeliling: Lihat dengan siapa pasangan berkawan. Lihat di FB, cara dia melayani orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan