Khamis, 18 April 2013

POLIS DI RAJA MALAYSIA ADALAH SIFAT ZALIM DAN TIDAK MEMBERI KEMANUSIAAN

PAPISMA merakamkan rasa dukacita dengan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia yang melakukan ‘semburan air berkimia’ ke atas Hospital Tung Shin dengan water canon dan melepaskan gas pemedih mata (tear gas) serta menceroboh ke dalam hospital tersebut dalam himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai baru-baru ini.  Setelah membaca dan meneliti bukti bergambar dan pengakuan sebelas orang doktor di hospital berkenaan, PAPISMA mengutuk serangan itu kerana ia merupakan perlanggaran terhadap hak asasi manusia. Ia adalah sangat serius dan tidak sepatutnya berlaku di Malaysia apatah lagi dilakukan oleh badan beruniform seperti Polis sebagai pendokong undang-undang dan hak asasi rakyat.
Polis Malaysia Zalim Serang Hospital

PAPISMA turut merakamkan rasa dukacita apabila Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menafikan serangan itu.
Kekasaran yang dilakukan oleh Polis juga turut berlaku sebagaimana laporan wakil PAPISMA sendiri yang turut memerhatikan perjalanan himpunan tersebut di Menara Maybank. Para peserta himpunan hanya berjalan beramai-ramai yang turut disertai oleh kanak-kanak, orang tua dan wanita. Tetapi secara tiba-tiba mereka ditembak dengan water canon sedangkan wakil kami tidak melihat sebarang keganasan yang dilakukan. Selepas itu mereka ditembak pula dengan gas pemedih mata bertubi-tubi. Sebahagian tembakan gas pemedih mata yang dilakukan itu amat merbahaya kerana dihalakan terus ke hadapan bukan di atas kepala. Wakil kami telah merawat seorang peserta yang telah tercedera di kaki dan dua orang yang pengsan akibat gas pemedih mata itu, manakala seorang lagi cedera di rusuk kiri dengan kesan tapak kasut yang dipercayai akibat kekasaran pihak polis.
Selain itu, kekasaran yang dilakukan kepada seorang mangsa, Allahyarham Baharuddin Ahmad dan kegagalan memberikan bantuan perubatan sehingga menyebabkan kematiannya merupakan kesalahan yang kami anggap serius dan mengecewakan. Begitu juga dengan bukti bergambar yang berlaku kepada Hj. Shuhardi Mohd yang diikat tangannya ke belakang tetapi tidak dibuka semula oleh pihak Polis setelah mengalami kejang otot dan terpaksa bertarung nyawa melebihi 15 minit tanpa sebarang bantuan yang sepatutnya. Semua bukti-bukti ini menunjukkan pihak polis telah gagal menjaga keamanan dan melanggar hak asasi manusia.
Oleh itu, pihak PAPISMA meminta agar pihak Menteri Kesihatan memohon maaf di atas kesilapan fakta yang dilakukan serta mengakui bahawa serangan yang dilakukan ke atas Hospital Tung Shin itu benar-benar berlaku. Kami juga berharap agar pihak kerajaan dapat melakukan penyiasatan yang menyeluruh terhadap pihak polis dan melakukan penambahbaikan ke atas segala kelemahan agar Malaysia tidak dilihat sebagai negara yang melanggar hak asasi manusia dengan sewenang-wenangnya di mata dunia.
Kenyataan Media,
A.I Ghazali
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA
)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


















KETURUNAN SIAM MALAYSIA.

Walaupun saya sebagai rakyat malaysia yang berketurunan siam malaysia,saya tetap bangga saya adalah thai malaysia.Pada setiap tahun saya akan sambut perayaan di thailand iaitu hari kebesaraan raja thai serta saya memasang bendera kebangsaan gajah putih.

LinkWithin