Seringkali, pasangan yang ingin berkahwin, hanya memikirkan
tentang majis perkahwinan mereka sahaja. Baju apa yang mahu dipakai?
Apakah tema majlis perkahwinan mereka? Berapa kad jemputan yang akan
diedarkan? Pelamin bentuk bagaimana yang mahu dipasangkan? Dan pelbagai
lagi perkara berkaitan majlis perkahwinan yang akan diadakan menjadi isu
utama di dalam fikiran mereka. Seolah-olah, majlis perkahwinan yang
akan diadakan kelak, adalah kemuncak dan penghujung bagi kisah cinta
mereka. Sedangkan, majils tersebut, adalah merupakan satu titik
permulaan kepada satu lagi perjalanan kehidupan yang lebih mencabar....
iaitu, Alam Rumahtangga!
Alam dimana, si lelaki akan bergelar "suami" dan si gadis pula akan bergelar "isteri"....
Gelaran "suami" atau "isteri", membawa maksud dan tanggungjawab yang lebih besar. Apatah lagi apabila pasangan tersebut dikurniakan cahayamata, satu lagi gelaran dan tanggungjawab besar akan dipikul, iaitu sebagai "ibu" dan "bapa"...
Jadi, mahu atau tidak.. anda perlu bersedia! Bersedia memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut kelak... kegagalan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami / isteri.. menyebabkan pelbagai masalah di dalam rumahtangga muncul... berikut adalah antara beberapa keluhan SEBENAR pasangan suami isteri mengenai situasi rumahtangga mereka....
Itulah antara beberapa keluhan mereka yang sudah bergelar suami/isteri. Alam rumahtangga yang pada mulanya disangkakan penuh dengan keindahan, bertukar menjadi hambar dan penuh dengan perasaan marah, dendam, geram dan menyakitkan hati.
Sehingga pada satu tahap, apabila perasaan dendam dan amarah ini tidak dapat dibendung lagi, maka berlakulah kes-kes penceraian yang acapkali kita dengar.

- Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya
- Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain...
- Setiap kali saya mahu keluar rumah, dia akan marah-marah dan kata saya nak pergi berdating dengan betina lain.
- Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
- Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya
- Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
- Sudah lebih 2 tahun saya tidak melakukan hubungan intim bersama isteri saya. Saya sudah tidak tahu lagi apa yang harus saya lakukan untuk mengembalikan semula kemesraan hidup kami semula.
- Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar
Itulah antara beberapa keluhan mereka yang sudah bergelar suami/isteri. Alam rumahtangga yang pada mulanya disangkakan penuh dengan keindahan, bertukar menjadi hambar dan penuh dengan perasaan marah, dendam, geram dan menyakitkan hati.
Sehingga pada satu tahap, apabila perasaan dendam dan amarah ini tidak dapat dibendung lagi, maka berlakulah kes-kes penceraian yang acapkali kita dengar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan