Remaja
Islam seharusnya membataskan pergaulan seperti yang dituntut agama
supaya terselamat daripada bencana dosa besar yang boleh menjerumuskan
diri ke lembah maksiat. Setiap remaja harus belajar membatasi dirinya
dalam pergaulan.
Jika
terikut dan tergoda oleh nafsu syaitan seseorang itu boleh terjerumus
ke lembah hina. Oleh itu, pendidikan akhlak dan budi pekerti penting
bagi mengawal diri daripada terjebak dalam pergaulan bebas tanpa batas.
Pergaulan
antara lelaki dengan wanita bukan muhrim mempunyai batas tertentu yang
perlu dipelihara. Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa
bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati kamu.” - (Riwayat Muslim)
Maruah
adalah amanah Allah kepada kita sementara sifat malu pula adalah salah
satu cabang iman. Melalui maruah dan iman di hati akan dapat
menghindarkan seseorang itu daripada terjebak dalam pergaulan bebas.
Beberapa
faktor boleh diamalkan untuk menghindarkan diri daripada terperangkap
ke lembah hina dalam pergaulan bebas tanpa batas. Antaranya:
l Membataskan pergaulan kerana pergaulan bebas lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.
l Pengawalan adalah daripada diri sendiri untuk menjauhi perkara tidak diingini.
l
Remaja perlu tahu mengenai seks terlarang yang akan membawa akibat
buruk kepada diri mereka sendiri, ibu bapa, keluarga dan masyarakat.
l
Remaja Muslim perlu menjaga maruah diri dan menjadikan agama sebagai
panduan hidup kerana mereka yang beragama akan berjaya di dunia serta
akhirat.
l
Setiap remaja perlu tahu perubahan fizikal diri selain mengambil
tanggungjawab memastikan diri tidak terjebak dengan perlakuan yang akan
membawa kemudaratan.
Takut
kepada Allah dan balasan bakal diterima boleh menjadi benteng kepada
remaja daripada melakukan perbuatan menyalahi agama seperti pergaulan
bebas.
Firman
Allah yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina,
maka deralah masing-masing mereka seratus kali dera, pukul dan janganlah
kamu belas kasihan kepada kedua-duanya menghalangi kamu untuk
menjalankan agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat, dan hendaklah dilaksanakan hukuman mereka itu disaksikan oleh
sekumpulan orang yang beriman.” - (Surah An-Nur, ayat 2)
Pergaulan
bebas boleh menjerumuskan seseorang itu ke arah seks bebas,
bersekedudukan, melahirkan anak luar nikah dan perzinaan. Oleh itu,
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan barang siapa yang beriman kepada
Allah, nescaya Dia akan memberi hidayah pada hatinya.” - (Surah
At-Taghabun, ayat 11)
Daripada
ayat di atas dapat difahami bahawa Allah akan melenyapkan kesengsaraan
kepada orang yang beriman dan mengampuni dosanya, akan menghilangkan
kegusaran, menerangi jalannya dan meluruskan langkahnya.
Justeru,
kita diingatkan supaya sentiasa beriman kepada Allah supaya terlindung
daripada segala hasutan dan bisikan syaitan yang sentiasa mencari
peluang untuk menyesatkan manusia.
Peningkatan
gejala sosial di kalangan remaja masa kini amat membimbangkan terutama
ibu bapa dengan meningkatnya kes jenayah rogol, mencabul kehormatan,
sumbang mahram, penderaan kanak-kanak, pengguguran haram dan pembuangan
bayi.
Tindakan
tegas dan pantas perlu dalam usaha mendidik kalangan muda dan ibu bapa
supaya menyedari kesan buruk daripada pergaulan antara lelaki dan wanita
yang tidak dibataskan oleh hukum agama.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu)
kerana menegakkan agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan
diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah
(dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu kerana
sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha supaya baik amalannya.”
- (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Pergaulan
bebas adalah dilarang oleh Islam dan tujuannya untuk mengelakkan gejala
sosial yang negatif menular dalam masyarakat memandangkan pergaulan
tanpa batas banyak menjurus kepada kesan tidak baik yang boleh
menghancurkan kekuatan ummah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan